SHENZHEN, China, 18 April 2024 /PRNewswire/ -- Di Sidang Kemuncak Penganalisis Huawei 2024, Steven Zhao, Naib Presiden Barisan Produk Komunikasi Data Huawei menyampaikan ucapan yang bertajuk "Mempercepatkan Transformasi Rangkaian Ke Arah Kecerdasan Penuh." En. Zhao memberi penerangan mengenai bagaimana Huawei memperkenalkan teknologi AI bagi menaik taraf keupayaan rangkaian pada peringkat kes, proses dan sistem serta mempercepatkan kecerdasan rangkaian. Peserta, termasuk rakan kongsi industri turut meninjau trend semasa dan prospek masa depan industri Net5.5G.
"Tatkala teknologi AI menjadi semakin maju, kami menyaksikan titik lengkok balas dalam menggunakan kecerdasan rangkaian. Rangkaian perlu disepadukan secara mendalam dengan teknologi AI, mendorong rangkaian Net5.5G menuju era pintar," kata Steven Zhao. "Kami percaya inovasi rangkaian dalam era Net5.5G meliputi dua aspek: AI untuk Rangkaian dan Rangkaian untuk AI. Rangkaian pintar memerlukan elemen rangkaian (NE) pintar, kembar digital dan AI generatif, yang menyokong operasi rangkaian yang cekap dan pintar. Penyelesaian rangkaian berkuasa-AI pula memenuhi keperluan rangkaian pintar dengan tepat dan lebih penting lagi, mempercepatkan latihan AI dan memaksimumkan kapasiti transmisi pengkomputeran pintar."
Huawei telahpun mempelopori dalam mengaplikasikan teknologi kecerdasan rangkaian kepada bidang komunikasi data. Khususnya, Net Master (dikuasakan oleh AI generatif) rintis Huawei dan peta digital rangkaian HD mempercepatkan langkah menuju rangkaian autonomi L4. CloudCampus 10 Gbps Berkualiti-Tinggi Net5.5G memanfaatkan teknologi AI untuk menaik taraf pengalaman tanpa wayar, aplikasi serta operasi dan penyelenggaraan (O&M). WAN Tertumpu Net5.5G pula — membawakan daya pemprosesan tinggi, keanjalan tinggi dan prestasi yang amat terjamin — menawarkan kapasiti transmisi pintar untuk era kuasa pengkomputeran. HiSec SASE mengupayakan pertahanan pintar dan meningkatkan kecekapan operasi keselamatan sebanyak 100 kali ganda.
Ethan, Pengarah Rangkaian Infrastruktur di iFlytek, berkongsi amalan inovatif mereka dengan Penyelesaian Rangkaian Pusat Data Xinghe Net5.5G Huawei. Penyelesaian ini memperkasa iFlytek dengan kluster lebih 10,000 GPU/NPU, meningkatkan kecekapan latihan model AI sebanyak 17% sekali gus mengurangkan gangguan latihan AI sebanyak 80%.
Tahun 2023 merupakan tahun pertama bagi penggunaan komersial Net5.5G. Di acara ini, World Broadband Association (WBBA) dan ahli-ahlinya mengemukakan inisiatif industri Net5.5G bagi membina infrastruktur rangkaian premium, berkelajuan tinggi. China Academy of Information and Communications Technology (CAICT) turut mendalami seni bina Internet generasi seterusnya Net5.5G, menandakan satu lagi gelombang inovasi dalam teknologi rangkaian.
Steven Zhao menyeru semua pihak berkepentingan industri untuk bersama-sama menerima Net5.5G, memperkenalkan teknologi pintar, menggunakan kembar digital rangkaian secara meluas dan menginspirasikan inovasi teknologi AI, akhirnya mempercepatkan transformasi rangkaian ke arah kecerdasan penuh.