omniture

Beyonce - di MESSIKA JOAILLERIE, Paris

Messika
2014-10-17 18:36 118

PARIS, 17 Oktober 2014 /PRNewswire/ -- Gedung MESSIKA JOAILLERIE PARIS dengan sukacitanya menampilkan penyanyi Beyonce mengenakan kepingan barang kemas yang berharga oleh Valerie Messika. 

Bagi melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik: http://www.multivu.com/players/English/72762572-beyonce-messika-joaillerie-paris/

Bersempena percutian bersama keluarga beliau ke Paris, Beyonce mengenakan dua kepingan ikonik MESSIKA: cincin XL Move Jewelry dan cincin berkembar Glam'Azone, dengan berlian serta emas 18kt.

Bagi lawatan peribadi beliau ke The Louvre bersama keluarga, Beyonce telah memilih untuk menikmati cincin Glam'Azone MESSIKA serba baharu beliau. Barang kemas ikonik ini, diilhamkan daripada mitos Amazon, disesuaikan secara sempurna dengan kebebasan, kekuatan dan juga keghairahan Queen B. Selain mengambil foto ketika dikelilingi hasil kerja seni yang ikonik, Beyonce turut memuat naik ke Instagram gambar cincin beliau di hadapan Mona Lisa, lukisan paling terkenal oleh Leonardo da Vinci.

Pada kesempatan percutian bergaya keluarga beliau ke London pula, Beyonce telah membuat kenyataan ketika memakai cincin Glam'Azone MESSIKA beliau dengan cincin XL Move Jewelry. Beliau mentafsirkan semula dengan indah tiga berlian boleh alih pada cincin Move, sebagai lambang kasih masa lampau, masa kini serta masa hadapan.

KOLEKSI MOVE JEWELRY: 

Direka dengan gaya kontemporari dan busana anggun, Move Jewelry merupakan salah satu koleksi pengenalan Messika. Tiga berlian boleh alih melambangkan kasih masa lampau, masa kini serta masa hadapan. Koleksi Move Jewelry bersifat klasik, elegan dan juga agak rock'n'roll, yang memenuhi setiap keinginan dan melengkapi setiap penampilan.

KOLEKSI GLAMA'ZONE: 

Messika telah mengilhamkan koleksi Amazone dengan semangat penakluk wanita bebas. Berdasarkan idea panah dan tombak Amazon, barang kemas tersebut mempunyai ciri garis halus yang diakhiri dengan berlian yang dipotong bujur, dikelilingi oleh batu lebih kecil yang lain, umpama perisai, melambangkan kekuatan dan kecergasan.

http://www.messika.com 

Source: Messika
Keywords: Entertainment Fashion Jewelry Retail New products/services