omniture

Paris Baguette Berganding Bahu dengan Paris Saint-Germain Siar Iklan "Let's Paris" Di Seluruh Dunia

Paris Baguette
2024-04-19 13:27 79

Apakah Pilihan Utama Pemain Paris Saint-Germain di Paris Baguette?

  • Paris Baguette menyiarkan iklan Digital global pertama di Korea Selatan, Amerika Syarikat, Perancis dan Asia Tenggara
  • Pemain Paris Saint-Germain membintangi video Mukbang, menawan hati penonton dengan sentuhan jenaka dalam iklan terkini Paris Baguette; Lima produk yang dipilih oleh pemain, kini tersedia di Paris Baguette

PARIS dan SEOUL, Korea Selatan, 19 April 2024 /PRNewswire/ -- Paris Baguette menyiarkan video iklan "Let's Paris" dengan kerjasama Paris Saint-Germain, kelab bola sepak yang paling berjaya di Perancis, untuk kedua-dua penonton Korea dan global.

Paris Baguette’s “Let's Paris” ad video, in collaboration with Paris Saint-Germain
Paris Baguette’s “Let's Paris” ad video, in collaboration with Paris Saint-Germain

Video Let's Paris bertemakan sekitar pilihan kegemaran pemain handalan Paris Saint-Germain. Pemain-pemain yang ditampilkan dalam video ini menikmati roti dengan perisa terbaru daripada Paris Baguette dengan rasa gembira, menambah cetusan rasa baharu kepada pengembaraan rasa mereka.

Video ini dimulakan dengan para pemain menikmati sajian Paris Baguette di Parc Des Princes, stadium Paris Saint-Germain di tempatnya sendiri. Para pemain yang pada mulanya berkumpul untuk menyambut hari lahir rakan sepasukan terus terlupa akan sambutan itu dek kerana mereka begitu tertarik dengan roti yang enak.

Lima produk utama daripada iklan ini akan tersedia dalam masa terdekat di kedai-kedai Paris Baguette. "Chaltteok Cream Bread," digandingkan dengan Lee Kang-in, menggabungkan sifat kenyal Chaltteock (Kek beras pulut), diinspirasikan oleh Gyeongdan (Bebola nasi manis), dengan kemanisan krim putar yang ringan, melambangkan pertemuan budaya antara Korea dan Perancis. "Strawberry Tart," pencuci mulut berbentuk seperti mahkota kemenangan dan dihiasi dengan buah strawberi segar dan krim kustard kacang vanila yang pekat, mengingatkan kepada penjaga gol Gianluigi Donnarumma. "Vanilla Flan Tart" mewakili Nuno Mendes, tafsiran semula yang menarik bagi pencuci mulut Perancis popular Paris Baguette, menggabungkan intipati flan menjadi tart untuk melambangkan pertahanan dengan daya tarikan yang manis. "Kouign-Amann," pastri Perancis tradisional yang terkenal kerana rangup di luar dan lembap di dalamnya, merupakan padanan yang sempurna untuk penyerang Ousmane Dembélé. Akhir sekali, "Onion Croque Monsieur," sandwic pedas Perancis klasik yang menggabungkan kontras yang enak antara manis dan savuri dengan campuran bawang besar, ham, keju dan sos béchamel, mencerminkan kemahiran versatil Marco Asensio yang sempurna dalam kedua-dua corak permainan ofensif dan defensif.

YeonJeong Kim, Naib Presiden Pemasaran di Paris Baguette menyatakan, "Iklan ini, sebagai sebahagian daripada perkongsian global kami bersama Paris Saint-Germain pastinya membawa kegembiraan kepada pelanggan dan peminat di serata dunia." Beliau selanjutnya menyatakan bahawa "Ia mempunyai kepentingan dalam menonjolkan strategi pemasaran global kami apabila iklan ini disiarkan bagi mencapai khalayak global merentas Korea Selatan, Amerika Syarikat, Perancis dan Asia Tenggara buat julung kalinya."


LET'S PARIS! ParisBaguette X ParisSaintGermain!

Source: Paris Baguette
Related Stocks:
Korea:005610
Keywords: Advertising Art Computer/Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet Sports Licensing/marketing agreements