omniture

LinkShadow diletakkan sebagai Wakil Vendor dalam Panduan Pasaran Gartner® 2024 untuk Pengesanan dan Respons Rangkaian (NDR)

LinkShadow
2024-04-19 20:29 24

ATHENS, Georgia, 19 April 2024 /PRNewswire/ -- LinkShadow, peneraju global dalam Pengesanan dan Respons Rangkaian (NDR) pintar telah diiktiraf dalam Panduan Pasaran Gartner 2024 untuk penyelesaian NDR. Laporan Gartner yang berwawasan ini menghuraikan cara NDR dapat menguatkan keselamatan infrastruktur dengan mengintegrasikan pelbagai teknologi seperti SOAR, SIEM, EDR, MDR dan banyak lagi.

LinkShadow is positioned as a Representative Vendor in the 2024 Gartner® Market Guide for Network Detection and Response (NDR)
LinkShadow is positioned as a Representative Vendor in the 2024 Gartner® Market Guide for Network Detection and Response (NDR)

Seperti yang dinyatakan oleh Gartner , "Pasaran pengesanan dan respons rangkaian terus berkembang dan meluas kepada senario rangkaian hibrid dengan penggunaan IaaS. Pemimpin keselamatan dan pengurusan risiko harus mengutamakan semula NDR sebagai penyedia utama analisis AI dalam konteks lebih banyak pembantu operasi keselamatan automatik." 

Gartner juga menyarankan supaya  "perusahaan harus mempertimbang penyelesaian NDR dengan kuat untuk melengkapkan alatan keselamatan rangkaian berasaskan tandatangan dan kotak pasir rangkaian. Sebahagian besar pelanggan Gartner telah melaporkan bahawa alatan NDR mengesan trafik rangkaian mencurigakan yang tidak dapat dikesan oleh alatan keselamatan perimeter lain."

Mengulas mengenai perkara ini, Fadi Sharaf, Pengarah Jualan Serantau, LinkShadow, berkata: "Kami percaya pengiktirafan Gartner ini mengukuhkan kedudukan LinkShadow dalam domain NDR. Matlamat kami ialah untuk memperluas keupayaan LinkShadow NDR yang mantap kepada perusahaan dan terus memperkasa untuk terus mendahului keluk ancaman, mengambil pendekatan proaktif bagi melindungi aset sensitif masing-masing."

Menurut Gartner , "Walaupun terdapat persaingan yang kuat daripada platform lain, hasil pasaran global NDR terus berkembang sebanyak dua digit, mencatatkan peningkatan sebanyak 19% bagi tempoh 1Q23 hingga 3Q23, tahun ke tahun.  Apabila pasaran NDR mula tumbuh, bahagian tersebut terdiri daripada gabungan syarikat permulaan yang tertumpu kepada industri tertentu dan syarikat pemantauan rangkaian yang berkembang kepada kes penggunaan keselamatan. Apabila pasaran berkembang, ini menarik minat lebih banyak penyedia platform yang besar."

Dapatan Penting Gartner:

•  Pengesanan dan respons rangkaian (NDR) kebiasaannya digunakan sebagai teknologi pengesanan dan respons pelengkap, serta menjadi sebahagian daripada alatan pusat operasi keselamatan (SOC) yang lebih luas.

•  Kemunculan lapisan analisis "AI-terimbuh", dalam bentuk pembantu SOC, akan memanfaatkan pasaran NDR sebagai sumber cerapan yang berguna untuk paparan diagregat dan diringkaskan.

•  Segelintir vendor NDR menarik minat sebahagian besar perhatian dalam pasaran. Organisasi dengan kematangan lebih tinggi, selalunya dengan kes penggunaan pengesanan lebih khusus, sering menggabungkan vendor terkenal ini dengan pemain tempatan yang baharu muncul dalam senarai pendek masing-masing.

•  Kebanyakan organisasi menghargai keupayaan respons semasa NDRmasing-masing memberikan penilaian, tetapi hanya menggunakan respons automatik yang sangat sempit melepasi fasa rintisan.

Saranan Gartner:

•  Mulakan secara kecil-kecilan. Melaksanakan NDR untuk mengesan tingkah laku tidak normal dan menyediakan keupayaan penyiasatan untuk aktiviti pascapelanggaran, dilanjutkan secara berperingkat merentasi pelbagai jenis rangkaian.

•  Kenal pasti cara pengesanan berasaskan tingkah laku NDR, sebaik sahaja ditala, mungkin dapat mengimbuh keupayaan SOC anda untuk memberikan respons kepada kejadian dengan lebih cepat dan lebih tepat.

•  Bandingkan vendor NDR dengan mentakrifkan metrik yang diwajarkan dan menilai cara alatan NDR ini memberikan impak positif terhadap pengesanan ancaman dan respons kejadian.

•  Lancarkan respons automatik secara beransur-ansur, berdasarkan SLA respons kejadian sedia ada anda untuk jenis kejadian dan pada kadar positif palsu enjin pengesanan.

Untuk butiran lebih menarik mengenai Laporan Gartner: https://www.linkshadow.com/LinkShadow-as-a-Representative-Vendor-in-2024-Gartner-Market-Guide-for-Network-Detection-and-Response.

Penafian: 

Gartner, Panduan Pasaran untuk Pengesanan dan Respons Rangkaian, Jeremy D'Hoinne, Thomas Lintemuth, et al, 29 Mac 2024.

GARTNER ialah tanda dagangan dan tanda perkhidmatan berdaftar Gartner, Inc. dan/atau syarikat gabungan di Amerika Syarikat dan pada peringkat antarabangsa, serta digunakan di sini dengan keizinan. Hak cipta terpelihara.

Gartner tidak menyokong mana-mana vendor, produk atau perkhidmatan yang digambarkan dalam penerbitan penyelidikan dan tidak menasihati pengguna teknologi untuk memilih hanya vendor yang mempunyai penilaian tertinggi atau penetapan lain. Penerbitan penyelidikan Gartner terdiri daripada pendapat organisasi penyelidikan Gartner dan tidak boleh ditafsirkan sebagai pernyataan fakta. Gartner menafikan semua waranti, tersurat atau tersirat, berhubung dengan penyelidikan ini, termasuk apa-apa waranti kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu.

Maklumat Tentang LinkShadow

LinkShadow ialah syarikat berdaftar Amerika Syarikat dengan pejabat serantau di Timur Tengah. Dipelopori oleh pasukan berkemahiran tinggi dengan visi untuk merumuskan penyelesaian keselamatan siber generasi akan datang, serta menyediakan pengesanan yang tiada tandingan bagi ancaman paling canggih. LinkShadow dibina dengan visi untuk meningkatkan pertahanan organisasi terhadap serangan siber lanjutan, perisian hasad hari sifar dan perisian tebusan, sambil pada masa yang sama memperoleh cerapan yang pantas tentang keberkesanan pelaburan keselamatan sedia ada syarikat itu. Kunjungi www.linkshadow.com.

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/2390905/LinkShadow.jpg?p=medium600

Hubungan media: 
Ann Paterson 
Naib Presiden Pemasaran 
ann@linkshadow.com
+1 877 267 7313

 

Source: LinkShadow
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics High Tech Security Publishing/Information Service Survey, Polls & Research Data Analytics Artificial Intelligence