omniture

Bendon Umumkan Heidi Klum Sebagai Wajah dan Pengarah Kreatif Koleksi Intimates Kemegahannya

Bendon
2014-10-18 07:52 133

-- Heidi Klum Intimates akan dilancarkan di lebih 1800 kedai di seluruh dunia pada Januari 2015

AUCKLAND, New Zealand, 18 Oktober 2014 /PRNewswire/ -- Bendon, salah satu syarikat pakaian Intim yang terkemuka di dunia, telah mengumumkan perkongsian baharu yang menarik bersama supermodel dan hos televisyen Heidi Klum, sebagai Pengarah Kreatif dan wajah untuk koleksi Intimates kemegahan Bendon, menggantikan Elle Macpherson setelah 25 tahun bersama jenama tersebut. Klum telah dikenali sebagai ikon gaya dan kecantikan. Dengan apa yang dipercayai sebagai yang pertama seumpamanya di dunia, koleksi Elle Macpherson Intimates akan dijenamakan semula sebagai Heidi Klum Intimates dan akan dilancarkan pada 1 Januari 2015. Pengalaman Klum yang luas dalam dunia pakaian dalam serta peragaan akan membantu membawakan perspektif yang serba baharu untuk koleksi legasi itu.

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20141017/152718

"Sebagai supermodel yang terkenal pada peringkat global dan juga usahawan berjaya, kami amat teruja untuk mengalu-alukan Heidi bagi koleksi Intimates kemegahan kami ini," kata Justin Davis-Rice, Ketua Pegawai Eksekutif Bendon. "Memandangkan industri kami terus ke peringkat global, rekaan yang serba baharu dan juga publisiti yang aktif menjadi semakin penting. Elle telah menjadi rakan kongsi yang hebat untuk Bendon. Walau bagaimanapun, sudah tiba masanya untuk membawa jenama ini ke peringkat lebih tinggi, dan Heidi ialah pilihan sempurna untuk melaksanakannya. Sejak perjumpaan pertama, amat jelas kelihatan yang kami telah ditakdirkan untuk bekerjasama dan berusaha bersama-sama – tenaga, etika kerja serta semangat beliau terhadap pakaian dalam adalah amat mengagumkan. Saya tidak sabar untuk bekerjasama dengan beliau ketika kami terus membina warisan bagi jenama Intimates kami."

Cik Klum berkata, "Saya sentiasa meminati pakaian dalam dan tidak dapat menjelaskan perasaan keterujaan ini untuk melancarkan koleksi Intimates saya pada peringkat global bersama Bendon, peneraju sebenar industri ini. Di samping menghabiskan waktu kerjaya saya dalam bidang peragaan pakaian dalam, saya juga wanita yang tubuhnya telah berubah sejak beberapa tahun ini. Saya seorang ibu kepada empat anak jadi saya benar-benar memahami kepentingan mendapatkan pakaian dalam yang tepat. Saya mahu wanita di mana-mana sahaja merasa seksi, berkuasa dan yakin dengan koleksi saya setiap kali mereka memakainya."

Bendon dimiliki oleh Eric Watson melalui Cullen Investments dan Ketua Pegawai Eksekutif Justin Davis-Rice, yang telah menerajui perkembangan global perniagaan ini sejak lima tahun lalu, termasuklah jenama antarabangsa seperti Stella McCartney Lingerie, Pleasure State, Bendon, Fayreform dan juga Lovable. Syarikat tersebut telah melancarkan koleksi Intimates kemegahannya bersama Elle Macpherson pada tahun 1990, dan jenama ini telah menjadi koleksi pakaian intim paling besar di dunia yang diiktiraf oleh selebriti, diedarkan secara meluas di Australia, New Zealand, Eropah dan juga Amerika Syarikat.

Watson mengulas tentang perjanjian tersebut dengan berkata, "Pengedaran pada peringkat global telah menjadi tumpuan sebenar untuk Bendon. Pengumuman hari ini tentang perkongsian kami bersama Heidi akan membolehkan kami memanfaatkan hubungan dengan pelanggan global yang telah kami wujudkan, selain berkembang secara pesat. Apabila anda menggabungkannya dengan warisan perniagaan Intimates kami selama 25 tahun, masa depan untuk Bendon kelihatan sangat menguja."

Kempen pemasaran berbilang platform yang menampilkan Heidi Klum akan mengumumkan Heidi sebagai rakan kongsi baharu Bendon untuk jenama Intimates dan akan mencetuskan kegirangan dalam kalangan peminat Heidi Klum serta peminat pakaian dalam di seluruh dunia.

Koleksi Heidi Klum Intimates akan turut merangkumi jenama lelaki, HKMAN, dan juga Heidi oleh Heidi Klum, rangkaian keperluan harian yang lebih mudah didapati. Di samping itu, Bendon dan Heidi Klum sedang mengusahakan kategori produk yang diperluas termasuk pakaian renang.

Latar Belakang Bendon

Bendon merupakan peneraju dunia bagi pakaian intim. Ditubuhkan pada tahun 1947, syarikat tersebut telah merevolusikan industri pakaian dalam menerusi kualiti dan inovasi, lalu menghasilkan falsafah rekaan yang telah berkembang mantap sepanjang sejarah syarikat selama 67 tahun. Jenama Bendon terdiri daripada Bendon, Bendon Man, Davenport, Evollove, Fayreform, Hickory, Lovable, Pleasure State serta Stella McCartney Lingerie. Pada peringkat global, jenama syarikat itu diedarkan melalui lebih 4,000 gerbang di 34 negara selain rangkaian yang semakin berkembang bagi 60 kedai dan kedai cawangan Bendon yang dimiliki oleh syarikat di Australia, New Zealand dan juga United Kingdom. Bendon juga mempunyai pejabat di Auckland, Sydney, Melbourne, New York, London serta Hong Kong.

Latar Belakang Heidi Klum

Heidi Klum merupakan bintang utama dalam dunia fesyen dan hiburan. Klum dikenali sebagai model terkemuka, kerana memberikan impak besar kepada para pelanggan dan muncul pada muka depan beberapa majalah utama budaya pop termasuk isu Sports Illustrated Swimsuit. Klum juga merupakan hos yang memenangi anugerah Emmy dan penerbit eksekutif bagi Project Runway yang dicalonkan untuk anugerah Emmy sebanyak 10 kali. Beliau turut menjadi hos untuk Germany's Next Top Model – rancangan yang mendapat sambutan ramai. Usaha lain termasuklah koleksi pakaian aktif untuk New Balance dan koleksi untuk Babies"R"Us yang dikenali sebagai Truly Scrumptious oleh Heidi Klum. Keterlibatan Klum dalam kerja amal termasuklah usahanya bersama Children's Hospital Los Angeles, UNICEF, American Red Cross, God's Love We Deliver dan beliau merupakan jurucakap untuk inisiatif Red Dress/Heart Health selama empat tahun. Klum turut muncul dalam PSA untuk program Berjuang terhadap Kanser Yayasan Industri Hiburan (Entertainment Industry Foundation's Stand Up to Cancer).

Source: Bendon
Keywords: Fashion Retail Textiles Personnel announcements Women-related news