omniture

Empire State Realty Trust Mengumumkan Larian Ke Puncak Bangunan Empire State 2015

Empire State Realty Trust, Inc.
2014-10-18 08:31 159

-- Larian ke Puncak Bangunan Empire State Tahunan ke-38 Dijadualkan untuk 4 Februari 2015

NEW YORK, 18 Oktober 2014 /PRNewswire/ -- Empire State Realty Trust, Inc. (NYSE: ESRT) hari ini mengumumkan selepas 37 tahun, Bangunan Empire State akan mengemas kini acara khas tahunannya – Larian ke Puncak Bangunan Empire State – dengan format perlumbaan lebih eksklusif dan bertumpu serta ciri baharu yang menguja untuk perlumbaan tahun 2015 itu. ESRT telah berjaya mendapatkan rakan kongsi pengurusan perlumbaan, penaja utama dan rakan kongsi amal baharu, yang akan diumumkan pada bulan November, di samping maklumat pendaftaran perlumbaan yang akan didapati di www.empirestatebuilding.com. Larian ke Puncak Bangunan Empire State (ESBRU), acara kemuncak dalam larian menara global, akan terus mencabar pelari dari seluruh dunia dalam perlumbaan untuk mendaki 1,576 anak tangga dan 86 tingkat Bangunan Pejabat Paling Terkenal di Dunia itu pada 4 Februari 2015.

ESRT komited untuk mengekalkan dan memperbaiki ESBRU sebagai perlumbaan menara tinggi terbaik dan tidak sabar-sabar lagi untuk menempuh era baharu dengan pesaing antarabangsa, rakan kongsi penaja serta penonton seluruh dunia.

"Larian ke Puncak Bangunan Empire State sudah menjadi salah satu perlumbaan paling ikonik dan tersendiri, bukan sahaja di Bandar Raya New York, tetapi juga bagi pelumba seluruh dunia selama hampir empat dekad," kata Anthony Malkin, Pengerusi, Ketua Pegawai Eksekutif serta Presiden ESRT. "Kami sangat teruja untuk meneruskan kejayaan Larian ke Puncak kami dan tidak sabar-sabar lagi untuk meningkatkan pengalaman sekali seumur hidup ini kepada para pelumba."

Latar Belakang Bangunan Empire State
Tersergam setinggi 1,454 kaki di bahagian tengah kota Manhattan (dari tapak ke antena), Bangunan Empire State, yang dimiliki oleh Empire State Realty Trust, Inc. merupakan "Bangunan Pejabat Paling Terkenal di Dunia". Dengan pelaburan baharu dalam kecekapan tenaga, infrastruktur, kawasan awam dan juga kemudahan, Bangunan Empire State telah menarik penyewa kelas pertama dalam pelbagai industri dari seluruh dunia. Teknologi penyiaran pencakar langit itu yang mantap menyokong semua stesen televisyen dan radio FM utama dalam pasaran metropolitan New York. Bangunan Empire State diiktiraf sebagai bangunan kegemaran Amerika dalam tinjauan yang dikendalikan oleh Institut Arkitek Amerika, manakala Balai Cerap Bangunan Empire State pula merupakan salah satu tarikan paling digemari seluruh dunia sebagai destinasi pelancong No.1 rantau itu. Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang Bangunan Empire State, sila layari www.empirestatebuilding.com, www.facebook.com/empirestatebuilding, @EmpireStateBldg, www.instagram.com/empirestatebldg, www.youtube.com/esbnyc ataupun www.pinterest.com/empirestatebldg.

Latar Belakang Empire State Realty Trust
Empire State Realty Trust, Inc. (NYSE: ESRT), dana pelaburan harta tanah (REIT) terkemuka memiliki, mengurus, mengendali, membeli dan turut menetapkan semula kedudukan harta tanah pejabat dan runcit di Manhattan dan kawasan metropolitan besar New York, termasuk Bangunan Empire State, bangunan pejabat paling terkenal di dunia. Beribu pejabat di New York, portfolio pejabat dan peruncitan Syarikat itu merangkumi 10.0 juta kaki persegi kawasan boleh sewa, setakat 15 Julai 2014, terdiri daripada 9.3 juta kaki persegi kawasan boleh sewa dalam 14 harta tanah pejabat, termasuk sembilan di Manhattan, tiga di Daerah Fairfield, Connecticut serta dua di Daerah Westchester, New York; dan kira-kira 732,000 kaki persegi kawasan boleh sewa dalam portfolio peruncitan. Syarikat itu juga memiliki tanah di Stamford, Pusat Pengangkutan Connecticut yang menyokong pembangunan kira-kira 380,000 kaki persegi kawasan bangunan pejabat dan garaj yang boleh sewa.

Kenyataan Pandang ke Hadapan
Siaran akhbar ini mengandungi "kenyataan pandang ke hadapan". Kenyataan pandang ke hadapan boleh dikenal pasti dengan penggunaan perkataan seperti "percaya", "menjangka", "mungkin", "akan", "patut", "ingin", "kira-kira", "berniat", "merancang", "pro forma", "menganggarkan", "mempertimbangkan", "menyasarkan", "terus", atau "mengagak" ataupun maksud berlawanan semua perkataan dan frasa ini mahupun perkataan atau frasa yang mirip. Faktor berikut, antara lainnya, boleh menyebabkan keputusan sebenar dan kejadian masa hadapan jelas berbeza daripada yang dinyatakan atau dipertimbangkan dalam kenyataan pandang ke hadapan itu: faktor ini terkandung dalam Laporan Tahunan Syarikat itu dalam Borang 10-K bagi tahun berakhir 31 Disember 2013, termasuk yang dinyatakan di bawah tajuk "Faktor Risiko", "Perbincangan dan Analisis Pengurusan tentang Keadaan Kewangan dan Keputusan Pengendalian", "Perniagaan", serta "Harta Tanah". Walaupun kenyataan pandang ke hadapan mencerminkan kepercayaan dan keyakinan Syarikat, ia tidak menjamin prestasi masa hadapan. Syarikat menafikan sebarang tanggungjawab untuk mengemas kini atau menyemak semula secara awam sebarang kenyataan pandang ke hadapan bagi mencerminkan perubahan dalam andaian atau faktor terselindung mahupun maklumat, data atau kaedah baharu, kejadian masa hadapan ataupun perubahan lain selepas tarikh siaran akhbar ini, kecuali jika diwajibkan oleh undang-undang. Bagi perbincangan lanjut tentang semua ini dan faktor lain yang boleh memberi impak kepada keputusan, prestasi, atau urusniaga masa hadapan Syarikat, lihat seksyen bertajuk "Faktor Risiko" dalam Laporan Tahunan pada Borang 10-K bagi tahun berakhir 31 Disember 2013 serta risiko lain yang digambarkan dalam dokumen yang difailkan selepas itu oleh Syarikat dari semasa ke semasa dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa. Bakal pelabur tidak patut menaruh kepercayaan yang tidak berasas pada apa jua kenyataan pandang ke hadapan, yang hanya dibuat berdasarkan maklumat yang sedia ada kepada Syarikat (mahupun kepada pihak ketiga yang membuat kenyataan pandang ke hadapan itu).

Hubungi:
United Entertainment Group untuk Bangunan Empire State
Matt McCullough
Matt.McCullough@uegworldwide.com

Source: Empire State Realty Trust, Inc.
Related Stocks:
NYSE:ESRT
Keywords: Banking/Financial Service Real Estate Sporting Events Sports