YINGKOU, China, 20 Oktober 2014 /PRNewswire/ -- Pada 16 Oktober, Tapak Pengeluaran Infinitus Yingkou ("Tapak"), tapak pengeluaran kedua LKK Health Products Group (LKKHPG) di tanah besar China, telah memulakan pengeluaran, sebagai simbol reka letak strategik "satu Tapak Selatan dan satu Tapak Utara" di tanah besar China telah dibentuk secara rasmi.
Tapak itu, berikutan upacara pecah tanahnya yang telah berlangsung pada Julai 2012, boleh berbangga dengan pelaburan berjumlah RMB1.5 bilion untuk fasa awalnya. Sehingga kini, siri kemudahan moden telah dibina dan digunakan, termasuk bengkel penyarian, bengkel pengeluaran untuk ubat cecair oral, kapsul serta tablet, pusat teknologi dan juga kampus Yingkou untuk Universiti Infinitus. Kebanyakannya digunakan untuk menghasilkan makanan kesihatan herba Cina berkualiti tinggi, tetapi juga bertindak sebagai platform pengalaman berbilang fungsi untuk budaya korporat dan produk dengan laluan lawatan yang direka dengan baik.
Talian pengeluarannya telah dilengkapi dengan teknologi terbaik dunia sejajar dengan GMP, HACCP, ISO22000 serta ISO9001, dan juga dicirikan oleh penggunaan bertenaga rendah dan kadar pembebasan gas rendah namun masih berkecekapan tinggi. Makmal Pemeriksaan Produknya telah direka bentuk mengikut kriteria CNAS, manakala bilangan serta kriteria projek pemeriksaannya pula mencapai standard dunia.
LKKHPG kebanyakannya terlibat dalam produk dan perkhidmatan kesihatan herba Cina berkualiti tinggi, dan penubuhan Tapak ini memainkan peranan strategik yang penting dalam pembangunan pasaran China utaranya. Encik Harry Yeung, Naib Presiden Kanan LKKHPG berkata, "China utara merupakan tempat yang strategik untuk perusahaan produk kesihatan herba Cina kerana kekayaan sumber bahan mentahnya serta penggunanya yang matang. Tapak ini bukan sahaja boleh memenuhi bekalan pasaran untuk China utara, tetapi juga menggalakkan pembentukan rantaian industri kesihatan sekitarnya serta kemakmuran industri kesihatan di rantau timur laut."
Di selatan China, LKKHPG telah pun menubuhkan Tapak Pengeluaran Xinhui dengan pelaburan terkumpul sebanyak lebih RMB3 bilion dan kemampuan penghasilan tahunannya melebihi RMB10 bilion. Bagi Tapak Yingkou, kemampuan penghasilannya dijangka akan mencecah RMB18 bilion dalam tahun kelimanya apabila ia beroperasi penuh kelak.
En. Yeung turut berkata, "Kedua-dua tapak itu akan membentuk sinergi yang sangat cekap dalam bidang seperti Penyelidikan & Pembangunan, pengeluaran, logistik, perkhidmatan serta IT. Ini boleh meningkatkan secara signifikan kemampuan pengeluaran bagi memenuhi dengan lebih baik keperluan yang sentiasa meningkat untuk produk kesihatan herba Cina dan turut menggerakkan pembangunan mampan industri perubatan Cina tradisional di seluruh dunia."
Samson Su
+86-20-3816-8859
samson.su@infinitus-int.com