omniture

Derivative System Technologies Menjadi Wakil MetaQuotes Software di Afrika Selatan

MetaQuotes Software Corp.
2014-10-21 00:26 149

CENTURION, Afrika Selatan, 21 Oktober 2014 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini MetaQuotes Software telah memperkenalkan MetaFintech sebagai pejabat perwakilan baharunya di UAE. Syarikat tersebut kini mengumumkan peluasan selanjutnya: Derivative System Technologies akan bertindak sebagai ejennya di Afrika Selatan.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140424/683323)

Bagi melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik: http://www.multivu.com/players/English/72762570-MetaQuotes-introduced-MetaFintech/

Pejabat perwakilan baharu itu akan bertanggungjawab terhadap promosi platform perdagangan MetaTrader dan sistem pengurusan perniagaan TeamWox. Usaha sama MetaQuotes Software dan Derivative System Technologies ini bermatlamat untuk meningkatkan jumlah pelanggan MetaTrader di rantau ini dan memperluas geografi jualannya. Bakal pelanggan Derivative System Technologies ialah bank tempatan dan juga broker. Perancangan keutamaan rakan kongsi baharu itu melibatkan integrasi platform MetaTrader5 dengan Johannesburg Stock Exchange (JSE) serta bursa Afrika lain.

"Kami gembira dapat menandatangani perjanjian dengan MetaQuotes Software, yang merupakan pembangun terbesar perisian untuk pasaran kewangan," ujar André van der Walt, ketua Derivatives System Technologies. "Sejak penubuhannya pada tahun 1999, syarikat kami telah berjaya menghasilkan perisian untuk pelbagai syarikat broker serta ahli Johannesburg Stock Exchange JSE. Pasukan Derivatives System Technologies terdiri daripada ahli profesional berpengalaman, menyediakan perkhidmatan pembangunan perisian dan juga bantuan teknikal. Di samping itu, kami juga berkebolehan untuk menyesuaikan diri dengan keunikan tempatan serta tahu bagaimana untuk bekerjasama dengan para pelanggan tempatan. Digabungkan dengan potensi meluas MetaQuotes, ini merupakan kunci bagi menjadi peneraju di rantau ini."

Latar Belakang MetaQuotes Software

Setelah ditubuhkan pada tahun 2000, MetaQuotes Software Corp. telah berusaha membangunkan platform perdagangan untuk pasaran kewangan di bawah tanda dagangan MetaTrader. Organisasi ini dikenali pada peringkat antarabangsa sebagai peneraju dalam pasaran perisian tukaran mata wang asing. Platform perdagangan MetaTrader kini ditawarkan oleh lebih 700 syarikat pembrokeran dan bank di seluruh dunia. Platform terbaharu, MetaTrader5, telah dihasilkan oleh Syarikat tersebut dengan memberi tumpuan kepada pasaran saham dan kini sedang aktif dipromosikan untuk perdagangan dalam pelbagai bursa dunia.

http://www.metaquotes.net

Video: 
http://www.multivu.com/players/English/72762570-MetaQuotes-introduced-MetaFintech/

SUMBER  MetaQuotes Software Corp.

Source: MetaQuotes Software Corp.
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Publishing/Information Service Licensing/marketing agreements New products/services