omniture

MTE Memperluas Portfolio Penapis Harmonik Matrix® dengan Memperkenalkan Matrix® APAX untuk Pasaran Asia Pasifik

MTE Corporation
2014-10-21 08:00 167

- Penapis Harmonik Matrix® APAX yang baharu menawarkan 10 hingga 15 peratus prestasi THID dalam pakej yang mudah untuk disepadukan dan dipasang

MENOMONEE FALLS, Wisconsin, 21 Oktober 2014 /PRNewswire/ -- MTE Corporation, sebuah syarikat SL Industries, adalah merupakan peneraju dunia dalam bidang reka bentuk dan pengeluaran bagi penyelesaian kualiti kuasa elektrik kecekapan tinggi untuk penggunaan komersil dan perindustrian. MTE Corporation telahmemperkenalkan Penapis Harmonik Matrix® APAX yang telah  dipatenkan. Siri penapis ini telah memperluaskan lagi portfolio penapis harmonik Matrix® MTE untuk memenuhi penggunaan yang memerlukan 10 hingga 15 peratus prestasi THID dalam pasaran Asia Pasifik. Rangkaian baharu penapis harmonik tersebut boleh didapati dalam 380V-415V 50Hz, daripada 6A hingga 320A, dalam konfigurasi lekapan panel.

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20120118/CG37578LOGO

Matrix® APAX direka di Amerika Syarikat dan menggunakan komponen yang mantap dan terbukti pada panel padat untuk memudahkan integrasi dan pemasangan. Memandu Frekuensi Variabel (VFD) dan lain-lain peralatan elektrik tak linear boleh mengakibatkan harmonik yang berbahaya kepada peralatan berdekatan dan seterusnya ke sistem grid elektrik, lalu menghasilkan kualiti kuasa yang lemah, kecekapan tenaga yang lebih rendah serta potensi dikenakan penalti daripada syarikat utiliti. Penggunaan penapis harmonik pasif Matrix® APAX dapat mengurangkan kesan harmonik berbahaya ini bagi tujuan meningkatkan produktiviti dan masa hidup.

Penapis Harmonik Matrix® APAX yang telah dipatenkan ini secara khususnya menyasarkan aplikasi yang memerlukan 10 hingga 15 peratus THID dalam pasaran HVAC, Lif, Minyak dan Gas, Air/Air Buangan, Pengairan serta Marin. Setiap penapis harmonik Matrix® APAX dilengkapi dengan blok terminal penyentuh bagi membolehkan pelbagai penyentuh dipasangkan di lapangan bergantung kepada penggunaan.

"Pengeluar Peralatan Tulen dan Sistem Penyepadu menghargai penapis yang mudah disepadukan serta dipasang; dan juga penapis yang mereka amat yakin dapat memenuhi prestasi dan keandalan untuk pelbagai penggunaan," kata Z Zakaria, Pengarah Pemasaran dan Pengurusan Produk MTE Corporation. "Mereka sudah pun mengetahui dan menggunakan teknologi Penapis Harmonik Matrix® AP Pasif Adaptif AP yang terkemuka dalam industri untuk 5 peratus prestasi THID. Matrix® APAX memberikan mereka keupayaan untuk memenuhi penggunaan yang memerlukan 10 hingga 15 peratus prestasi THID dengan keyakinan yang berteraskan penyelesaian daripada MTE."

Matrix® APAX beroperasi pada suhu-40 darjah C sehingga 50 darjah C dan termasuk dalam Senarai UL serta cUL. Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang rangkaian penuh penyelesaian kualiti kuasa MTE, sila layari: www.mtecorp.com atau hubungi +1- 262-253-8200.

Latar Belakang MTE Corporation

MTE Corporation merupakan pembekal antarabangsa bagi penyelesaian kualiti kuasa yang direka bentuk untuk meningkatkan keandalan sistem elektronik kuasa dan pemacu frekuensi boleh laras. MTE menghasilkan reaktor talian/beban, Penapis Harmonik Pasif AP Matrix®, penapis EMI/RFI, pencekik pautan DC, dV Sentry™ dan juga penapis perlindungan motor SineWave Guardian™, serta pelbagai produk bermagnet yang menyediakan penyelesaian kualiti kuasa untuk pelbagai aplikasi.

Latar Belakang SL Industries, Inc.

SL Industries, Inc. (NYSE MKT: SLI) mereka bentuk, mengeluarkan dan turut memasarkan peralatan dan sistem elektronik kuasa, gerakan kuasa, perlindungan kuasa, teleperlindungan serta komunikasi yang digunakan dalam pelbagai aplikasi perubatan, aeroangkasa, komputer, komunikasi dataperindustrian, telekomunikasi, pengangkutan dan juga utiliti kuasa elektrik. Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai SL Industries, Inc. dan produknya, sila layari laman web syarikat di www.slindustries.com.

Maklumat Perhubungan MTE:

Maklumat Perhubungan Media:

Frank Han

Samantha Gajdostik

Pengurus Jualan Asia Pasifik

Pengurus Komunikasi Pemasaran

+86-21-64857759

+1-262-946-2820

frank.han@mtecorp.com

samantha.gajdostik@mtecorp.com

www.mtecorp.com

www.mtecorp.com

Source: MTE Corporation
Related Stocks:
AMEX:SLI
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components HVAC Utilities New products/services