SHANGHAI, 25 April 2024 /PRNewswire/ -- SANY Group (SANY) mengambil bahagian dalam projek pembinaan jalan raya di Bay of Plenty, New Zealand, projek penaiktarafan jalan raya ke-12 di New Zealand tatkala negara berkenaan memulakan penaiktarafan yang besar kepada infrastruktur pengangkutannya.
Globalisasi merupakan elemen penting dalam strategi pembangunan SANY, dengan matlamat untuk membina dunia yang lebih baik. Kumpulan ini mengeksport peralatan termaju secara aktif bagi menyokong projek-projek penaiktarafan dan infrastruktur bandar di serata dunia. Setelah siap, jalan raya Bay of Plenty akan menyediakan pilihan pengangkutan yang lebih mudah dan lebih selamat kepada masyarakat setempat dan pelancong yang melawat kawasan berkenaan.
SANY telah menyerahkan tiga unit peralatan pembinaan jalan raya yang beroperasi secara segerak bagi menjamin baik kualiti mahupu kecekapan pembinaan:
Sebagai pembekal yang utama bagi peralatan pembinaan jalan raya yang lengkap, SANY membina portfolio produk komprehensif dengan lima kategori teras – penurap, penggelek, perata, mesin pengisar dan loji bancuh asfalt. Pada tahun 2021, penggelek hidraulik SANY, loji asfalt dan penurap memiliki bahagian pasaran yang tertinggi di China, menurut statistik daripada China Construction Machinery Industry Association (CCMIA).
"Dengan musim sejuk yang pendek dan musim panas yang panjang, Bay of Plenty merupakan salah satu destinasi percutian paling cerah dan paling popular di New Zealand. Keindahan alam semula jadinya yang menakjubkan dan budaya yang unik menarik minat ramai pelancong dari seluruh dunia dan kami berbesar hati dapat menyokong pembinaan jalan raya menerusi produk kami bagi membantu membina Bay of Plenty yang lebih baik dan kami berharap dapat mengambil bahagian dalam lebih banyak projek yang akan mencipta pengalaman pelancongan yang lebih baik untuk pengunjung dari seluruh dunia," kata Jat Zhang, Pengurus Besar Negara SANY.