omniture

Vantage Markets Menang Anugerah "Broker Paling Inovatif" daripada FXBT; Menakrifkan Semula Pemberdayaan Pedagang

Vantage
2024-04-25 16:45 26

PORT VILA, Vanuatu, 25 April 2024 /PRNewswire/ -- Vantage Markets (atau Vantage) dengan bangganya mengumumkan pengiktirafannya sebagai penerima anugerah "Broker Paling Inovatif" daripada FX Broker Tester (FXBT), menandakan pencapaian penting dalam industri kewangan.

Vantage Markets Menang Anugerah "Broker Paling Inovatif" daripada FXBT; Menakrifkan Semula Pemberdayaan Pedagang
Vantage Markets Menang Anugerah "Broker Paling Inovatif" daripada FXBT; Menakrifkan Semula Pemberdayaan Pedagang

FXBT ialah platform yang menyemak, memberi kedudukan dan membandingkan broker tukaran mata wang asing (forex), dengan misi teras untuk memperkasa individu dengan maklumat penting agar mereka dapat membuat keputusan kewangan yang bijak. Metodologinya memfokuskan kepada penilaian aspek-aspek kritikal terhadap setiap broker, termasuk yuran, teknologi, sokongan pelanggan dan juga keselamatan.

FXBT menganugerahkan gelaran "Broker Paling Inovatif" kepada Vantage, sebagai pengiktirafan terhadap komitmen syarikat dalam menyediakan alatan dan sumber termaju kepada pedagang. Khususnya, integrasi broker Vantage dengan TradingView meningkatkan akses pedagangnya kepada perdagangan yang lancar dan alat carta termaju. Peningkatan baru-baru ini kepada laman sesawang Vantage dan aplikasi Vantage turut menyediakan pengalaman perdagangan yang lebih baik, dengan perbandingan harga yang telus, kandungan pendidikan komprehensif dan pelaksanaan perdagangan yang pantas pada peranti mudah alih.

Mengimbas kembali perkembangan ini, Marc Despallieres, Ketua Pegawai Strategi & Perdagangan di Vantage, mengulas, "Di Vantage, kami berada dalam perjalanan perkembangan dan inovasi yang mengujakan. Dedikasi kami untuk melangkaui sempadan dan menyediakan kepada pedagang dengan alat-alat termaju menjadi tumpuan dalam segala-gala yang kami lakukan. Pengiktirafan daripada FX Broker Tester mengesahkan lagi komitmen kami untuk mentakrifkan semula pengalaman perdagangan. Tatkala kami berkembang, misi kami kekal jelas: untuk memimpin dengan inovasi dan menyokong pedagang dalam perjalanan perdagangan kewangan mereka."

Untuk maklumat lanjut mengenai Vantage Markets dan perkhidmatan brokernya yang inovatif, sila kunjungi Vantagemarkets.com.

Latar Belakang Vantage

Vantage ialah broker pelbagai aset yang menawarkan kepada pelanggan akses kepada perkhidmatan yang pantas dan hebat bagi memperdagangkan produk Kontrak untuk Perbezaan (CFD) termasuk tukaran mata wang asing (Forex), Komoditi, Indeks, Saham, ETF dan Bon.

Dengan pengalaman pasaran selama lebih 13 tahun, Vantage melangkaui peranan sebagai broker, menyediakan ekosistem dagangan yang dipercayai, aplikasi dagangan mudah alih yang memenangi anugerah dan platform dagangan mesra pengguna yang memperkasa pelanggan untuk merebut peluang perdagangan. Muat turun Vantage App pada App Store atau Google Play.

berdagang lebih bijak @vantage

https://www.vantagemarkets.com 

 

Source: Vantage
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Mobile Entertainment Awards Financial Technology