MELBOURNE, Australia, 21 Oktober 2014 /PRNewswire/ -- Penantian telah berakhir! Dainty Group International dengan sukacitanya mengumumkan Michael Buble akan mengadakan jelajah global beliau ke Asia pada Januari dan Februari 2015.
Selepas jelajah beliau ke Asia yang amat berjaya pada tahun 2011, Michael akan mengadakan konsert di Shanghai, Singapura, Hong Kong, Bangkok*, Kuala Lumpur, Jakarta, Manila serta Tokyo*.
Michael Buble memecahkan rekod pecah panggung di seluruh dunia dengan tiket yang paling hangat tahun ini.
"Saya tidak sabar untuk menjelajah ke Asia pada Januari dan Februari tahun hadapan. Saya berharap dapat bertemu semua rakan saya di sana dan menjalin persahabatan baharu. Terima kasih kerana memberi sokongan kepada muzik saya. Saya amat sayangkan para peminat saya." kata Buble.
Pengerusi Dainty Group International Paul Dainty berkata: "Saya amat bertuah kerana dapat bekerjasama dengan beberapa tokoh hebat dan saya secara jujur boleh katakan Michael ialah salah satu artis kegemaran saya sepanjang zaman. Amat mudah untuk bekerjasama dengan beliau dan beliau sentiasa mempersembahkan secara langsung."
Tarikh Jelajah Asia Michael Buble
Shanghai
Selasa 13 Januari 2015
Dipersembahkan oleh Dainty Group International dan Unusual Entertainment
Singapura
Jumaat 16 Januari 2015
Hong Kong
Rabu 21 Januari 2015
Dipersembahkan oleh Dainty Group International dan Unusual Entertainment
Bangkok
Sabtu 24 Januari 2015*
Dipersembahkan oleh Live Nation dan BEC Tero
Kuala Lumpur
Selasa 27 Januari 2015
Dipersembahkan oleh Dainty Group International dan Unusual Entertainment
Jakarta
Khamis 29 Januari 2015
Pameran Konvensyen Indonesia, BSD City
Dyandra Entertainment melalui pengaturan dengan Dainty Group International
Manila
Sabtu 31 Januari 2015
Tokyo
Jumaat 6 Februari* 2015
Dipersembahkan oleh Live Nation
Rakan Kongsi Penganjur Muktamad dan Butiran Tempat bakal diumumkan tidak lama lagi
http://www.daintygroup.com/tour/michael-buble-asia-2015/ / www.michaelbuble.com/tour
LATAR BELAKANG DAINTY GROUP INTERNATIONAL:
Dainty Group telah menjadi syarikat hiburan langsung pada peringkat global, yang kini menerbitkan dan mempromosikan pertunjukan di sekitar Australia, New Zealand, Amerika Syarikat, United Kingdom, Asia Tenggara dan juga Afrika Selatan. Konsert Jelajah termasuklah Katy Perry, Bon Jovi, Eminem, George Michael, U2, Prince, Neil Diamond, The Rolling Stones, Pitbull, Tony Bennett, David Bowie, Miley Cyrus, Cliff Richard, Spandau Ballet, Il Divo, Britney Spears, kd lang, Queen + Adam Lambert dan juga Stevie Wonder. Jelajah Komedi & Acara Istimewa pula termasuk Jerry Seinfeld, Chris Rock, MythBusters: Behind the Myths serta Jeremy Clarkson's Top Gear Live. Acara Hiburan Sukan termasuklah World Wrestling Entertainment. Penerbitan Teater pula termasuk Jersey Boys, Mamma Mia!, 700 Sundays oleh Billy Crystal, Hairspray the Musical, The Rocky Horror Show dan juga Eat Pray Laugh oleh Barry Humphries.
Dainty Group International
E-mel: promoter@daintygroup.com