omniture

Kepware Kemas Kini Produk Kemegahannya untuk Sokong Analisis Data Besar dan Maju Internet Perkara Perindustrian

Kepware Technologies
2014-10-21 21:00 95

-- KEPServerEX versi 5.16 memperkenalkan kolaborasi dengan Splunk Inc., Pemalam Sejarah Tempatan baharu serta Set Kuasa yang diperluas

PORTLAND, Maine, 21 Oktober 2014 /PRNewswire/ -- Kepware Technologies, syarikat pembangunan perisian yang bertumpu pada komunikasi untuk automasi, hari ini mengumumkan pelancaran KEPServerEX versi 5.16. Keluaran tersebut menampilkan Penghantar Data Perindustrian (IDF) baharu, untuk Pemalam Splunk, Pemalam Sejarah Tempatan serta Set IEC 60870-5 yang memperluas penawaran Kepware untuk industri Kuasa, Pembuatan dan juga Minyak & Gas.

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20141017/152792
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20130402/NE86794LOGO

KEPServerEX V5.16 memajukan analisis Data Besar dan Internet Perkara Perindustrian (IIoT) dengan IDF baharu untuk Pemalam Splunk. Perisian Splunk (NASDAQ: SPLK) dan perkhidmatan awan membolehkan organisasi mencari, memantau, menganalisis dan turut menggambarkan data besar dijana mesin daripada laman web, aplikasi, pelayan, rangkaian, sensor dan juga peranti mudah alih. Pemalam Kepware memanfaatkan lebih 150 pemacu komunikasi yang tersedia dengan KEPServerEX untuk menjalankan strim data mesin dan sensor perindustrian masa nyata dengan lancar secara terus kepada platform perisian Splunk untuk Perisikan Pengendalian masa nyata. Para pengguna Splunk kini dengan mudah dapat mendapatkan data perindustrian bagi menambah baik pengendalian, mempercepat penyelesaian masalah, melaksanakan penyelenggaraan pencegahan dan juga meningkatkan produktiviti.

Penyimpanan data automasi perindustrian untuk analisis di lokasi yang sama dan pada masa depan adalah amat penting, tetapi boleh menjadi cabaran untuk banyak organisasi. Kini tersedia dengan KEPServerEX V5.16, Pemalam Sejarah Tempatan menyimpan maklumat sejarah pada saat pengumpulan melalui penyelesaian yang mudah dikonfigurasi, fleksibel, terbuka serta berkesan daripada segi kos. Ia membolehkan pengumpulan data, penyimpanan dan juga capaian kepada sumber data untuk mengelakkan kehilangan data dan meningkatkan kecekapan pengendalian.

Di samping itu, KEPServerEX V5.16 memperkenalkan penambahbaikan signifikan kepada Set Kuasa. Pemacu IEC 60870-5-101 dan IEC 60870-5-104 baharu hadir dengan peningkatan kelajuan dan ketersambungan untuk peranti IEC 60870-5 di beberapa pencawang elektrik yang melibatkan RTU, IED, pengawal serta gerbang. Pemacu IEC 60870-5 berfungsi bersama KEPServerEX bagi menyediakan ketersambungan dan komunikasi dengan aplikasi pelanggan Sejarah, SCADA dan juga HMI. Pemacu baharu itu juga diharapkan dapat memberi impak paling hebat di Eropah dan Asia, yang mempunyai IEC 60870-5-101 dan IEC 60870-5-104 sebagai protokol automasi pencawang utama.

"KEPServerEX V5.16 ialah salah satu keluaran paling signifikan kami," kata Tony Paine, Ketua Pegawai Eksekutif, Kepware. "Produk baharu kami membolehkan para pelanggan sedia ada memenuhi keperluan untuk kecekapan pengendalian yang lebih hebat – dan mereka juga boleh mengalu-alukan industri baharu yang bersedia untuk memanfaatkan data perindustrian. Teknologi Pengendalian (OT) dan Teknologi Maklumat (IT) sedang bergabung bersama untuk membolehkan ketercapaian yang lebih luas serta penyepaduan yang lebih hebat untuk maklumat. Kami yakin ini merupakan arah aliran yang akan berterusan."

Baru-baru ini Kepware turut memperkenalkan penambahbaikan untuk LinkMaster dan RedundancyMaster, lalu membolehkan para pengguna bertukar-tukar data dengan mudah antara pelayan OPC DA dan mengkonfigurasi berbilang pelayan OPC kepada beberapa pasang yang lewah, masing-masing.

Sila layari Kepware Technologies secara dalam talian atau hubungi wakil di +1 (207) 775-1660 atau sales@kepware.com bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Latar Belakang Kepware Technologies
Kepware Technologies merupakan syarikat swasta pembangunan perisian yang beribu pejabat di Portland, Maine. Kepware menyediakan portfolio penyelesaian perisian untuk membantu perniagaan menghubungkan pelbagai peranti automasi dan aplikasi perisian. Dari lantai kilang ke tapak telaga minyak serta ladang angin, Kepware menyediakan perkhidmatan kepada pelbagai pelanggan dalam pelbagai pasaran menegak antarabangsa termasuk Pembuatan, Minyak & Gas, Automasi Bangunan, Pengedaran Kuasa, dan banyak lagi. Setelah ditubuhkan pada tahun 1995 dan kini diedarkan di lebih 100 negara, penyelesaian perisian Kepware membantu beribu-ribu perniagaan menambah baik pengendalian dan pengambilan keputusan.

Ketahui lebih lanjut di www.kepware.com, dan lihat secara menyeluruh syarikat tersebut serta budayanya melalui video Gambaran Keseluruhan Korporat Kepware yang boleh didapati di sini.

Maklumat Perhubungan Media
Ryan Lilly
rlilly@matternow.com
+1-978-518-4533
www.matternow.com

Source: Kepware Technologies
Related Stocks:
NASDAQ:SPLK
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Machinery Oil/Energy Utilities New products/services