-- Umumkan beberapa peningkatan Azure, perkakasan awan dan perkongsian industri, serta pasaran bagi menghubungkan syarikat permulaan dan pelanggan perusahaan dengan mudah.
SAN FRANCISCO, 22 Oktober 2014 /PRNewswire/ -- Pada hari Isnin, bertempat di acara San Francisco, Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft Corp. Satya Nadella menjelaskan bagaimana Microsoft menggunakan Microsoft Azure, Office 365 serta Microsoft Dynamics untuk menyediakan awan paling lengkap dalam industri – untuk setiap perniagaan, setiap industri dan juga setiap lokasi. Bagi melanjutkan komitmen ini, Microsoft mengumumkan beberapa peningkatan kepada platform awan hibrid gred perusahaan miliknya yang berskala hiper, termasuk mesin maya Azure siri-G baharu dan Penyimpanan Premium; ketersediaan umum bagi Sistem Platform Awan Microsoft, dikuasakan oleh Dell; beberapa perkongsian dengan Cloudera Inc. dan CoreOS; serta Azure Marketplace baharu.
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20000822/MSFTLOGO
"Perusahaan pada masa kini dan akan datang mahukan platform awan yang andal, boleh skala dan juga fleksibel," kata Nadella. "Memandangkan lebih 80 peratus daripada senarai syarikat Fortune 500 menggunakan awan Microsoft, kami menyediakan awan paling lengkap dalam industri – untuk setiap perniagaan, setiap industri serta setiap lokasi."
Infrastruktur awan hibrid dan gred perusahaan yang berskala hiper
Permintaan sedunia terhadap pengkomputeran awan terus meningkat dengan pantas, dan Microsoft melabur bagi memenuhi permintaan ini. Pada hari Isnin syarikat tersebut mengumumkan pencapaian terkini dalam peluasan Azure pada peringkat global, dengan ketersediaan umum Azure di rantau Australia pada minggu hadapan. Pada akhir tahun 2014, Microsoft Azure akan beroperasi di 19 rantau di seluruh dunia – sekurang-kurangnya sekali ganda bilangan rantau operasi apa jua penyedia awan awam yang lain.
Microsoft turut mengumumkan mesin maya siri-G dan penyimpanan premium untuk Microsoft Azure. Siri-G dikuasakan oleh pemproses Intel Xeon terkini, yang akan menjadi mesin maya terbesar yang boleh didapati dalam awan awam sehingga kini, manakala Penyimpanan Premium Azure akan menyediakan prestasi hebat bagi setiap mesin maya. Kedua-duanya akan bersama-sama menyediakan prestasi dan skala bergred perusahaan yang diperlukan oleh perusahaan serta pembangun bagi mengendalikan beban kerja paling mencabar dalam awan.
Ketika perusahaan mempercepat penggunaan pengkomputeran awan, permintaan semakin meningkat terhadap penyelesaian awan hibrid yang andal dan boleh skala dengan sekuriti dipertingkat. Sistem Platform Awan (CPS) Microsoft dikuasakan oleh Dell dan menyatukan Azure, Windows Server serta Microsoft System Center untuk menyampaikan "produk sedia guna untuk pengaturan penggunaan awan peribadi yang konsisten dengan Azure". Dengan perkakasan pra-bersepadu daripada Dell dan perisian daripada Microsoft, CPS menyampaikan pembelajaran daripada Azure kepada para pelanggan dan rakan kongsi dengan kawalan perkakas di premis. CPS boleh mula dibeli pada 3 November.
Perusahaan + syarikat permulaan dan ISV = inovasi dan penggunaan awan dipercepat
Memandangkan lebih 40 peratus pendapatan Azure diperoleh daripada beberapa syarikat permulaan dan ISV, Azure Marketplace baharu akan menghubungkan ekosistem penting ini dengan para pelanggan perusahaan di mana-mana sahaja. Kini para pelanggan Azure boleh mencari dan mengatur penggunaan sistem pengendalian, perkhidmatan ataupun aplikasi kegemaran mereka, dengan hanya beberapa klik sahaja. Pada hari Isnin, dua rakan kongsi baharu menyertai Docker Inc., Oracle serta ratusan rakan kongsi lain di Azure Marketplace:
"Ekosistem kami merupakan tunjang kepada platform awan kami, dan penerimaan kami terhadap teknologi sumber terbuka adalah sepenuh hati," kata Scott Guthrie, naib presiden eksekutif Awan dan Perusahaan di Microsoft. "Dengan membantu menghasilkan platform terbuka yang didukung oleh pilihan dan fleksibiliti, kami membolehkan perusahaan dan pembangun pada masa kini serta masa hadapan untuk berhubung antara satu sama lain serta mencipta peluang perniagaan baharu dalam dunia yang mengutamakan awan dan mudah alih."
Setelah ditubuhkan pada tahun 1975, Microsoft (Nasdaq "MSFT") merupakan peneraju sedunia bagi perisian, perkhidmatan, peranti dan juga penyelesaian yang membantu orang ramai serta perniagaan mengenali potensi sebenar mereka.