omniture

Forum Antarabangsa Moscow ketiga bagi Pembangunan Inovatif "Inovasi Terbuka" dan Ekspo Inovasi Terbuka berlangsung pada 14-16 Oktober

Moscow International Forum for Innovative Development "Open Innovations"
2014-10-22 14:28 66

MOSCOW, 22 Oktober 2014 /PRNewswire/ --

Lebih 15,000 peserta dari 70 negara serata dunia berhimpun di Moscow untuk melihat pencapaian teknologi terkini, membincangkan gangguan pasaran yang kreatif dan mencari model kepimpinan yang menggalakkan pada abad ke-21.

Bagi melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik:

http://www.multivu.com/players/English/72762574-open-innovations-expo-moscow/

Forum Antarabangsa Moscow III bagi Pembangunan Inovatif "Inovasi Terbuka" dan Ekspo Inovasi Terbuka pada tahun 2014 telah dianjurkan oleh Rusia dengan kerjasama Republik Rakyat China. Pada 14 Oktober, ketua kerajaan kedua-dua negara itu mengadakan sidang pleno – "Peta Inovasi Global Baru Muncul: Merapatkan Jurang Antara Negara". Kerjasama antarabangsa turut dibincangkan semasa acara "Dialog Inovasi: Interaksi Rakan Kongsi Terhadap Dasar Inovasi". Projek penyelidikan khas bertajuk "Membangunkan pasaran teknologi: perspektif untuk Rusia" yang disediakan oleh EY dan bertumpu pada arah aliran utama pembangunan pasaran global dan teknologi inovatif serta kesannya terhadap persekitaran perniagaan Rusia telah dibentangkan pada sidang pleno hari kedua bertajuk "Apabila pengetahuan dan teknologi bertemu: membolehkan inovasi merentasi industri".

Program perniagaan Forum dan Pameran 2014 terdiri daripada lebih 160 acara: perbincangan, persidangan meja bulat, ceramah, bengkel, pembentangan, selain majlis menandatangani perjanjian antara syarikat, universiti, yayasan, dan lain-lain bahagian ekosistem inovasi.

Populariti Forum dan Ekspo "Inovasi Terbuka" ini semakin meningkat saban tahun: terdapat 286 syarikat permulaan yang turut serta pada tahun 2013 dan lebih 800 syarikat dari 19 negara pada tahun 2014. Para peserta terdiri daripada lebih 2000 wakil syarikat korporat kecil, sederhana dan besar, wakil 64 wilayah Rusia, lebih 100 universiti Rusia dan luar negara, 19 persatuan antarabangsa, serta lebih 900 wartawan. Lebih 10 acara program perniagaan Forum itu juga diadakan dengan disertai oleh menteri persekutuan dan timbalan mereka.

Kawasan seluas 13000 meter persegi diperuntukkan untuk Ekspo Inovasi Terbuka di Technopolis Moscow, yang menempatkan 84 gerai pameran untuk mewakili 490 syarikat dari 15 negara. Lebih 50 acara telah berlangsung di zon pembentangan terbuka, sementara 110 pasukan membentangkan projek mereka di zon khas untuk Syarikat Permulaan. Ekspo tersebut juga merupakan ruang utama untuk Program Belia Forum berkenaan. Sebanyak 32 aktiviti untuk usahawan muda dan para pelajar telah diadakan di dua pentas Zon Perbincangan Syarikat Permulaan.

Forum Antarabangsa Moscow ke-4 bagi Pembangunan Inovatif "Inovasi Terbuka" dan Ekspo Inovasi Terbuka akan berlangsung pada bulan Oktober 2015.

Source: Moscow International Forum for Innovative Development "Open Innovations"
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Consumer Electronics Internet Technology Trade show news