BENSHEIM, Jerman, 23 Oktober 2014 /PRNewswire/ --
Frank Reppel Dilantik sebagai Pengarah Urusan TONBELLER (Asia) Pte. Ltd.
TONBELLER, penyedia terkemuka pada peringkat antarabangsa untuk penyelesaian perisian terhadap jenayah kewangan, memperluas aktivitinya di Asia dengan menubuhkan TONBELLER (Asia) Pte. Ltd.. Syarikat subsidiari di Singapura ini akan melayani para pelanggan Asia Pasifiknya serta-merta.
Tujuannya adalah untuk meningkatkan hubungan pelanggan tempatan di penjana kewangan Asia dan untuk mengeksploitasi potensi tinggi penyelesaian TONBELLER di seluruh rantau ini. Institusi kewangan Asia juga berdepan dengan permintaan yang semakin meningkat bagi pematuhan cekap dengan peraturan antarabangsa yang rumit tentang pengubahan wang haram, pembiayaan keganasan serta penipuan.
'Peluasan ini merupakan pencapaian penting bagi mengukuhkan kedudukan kami dalam pasaran tersebut. Kami telah mantap di Eropah, Timur Tengah dan juga Afrika serta layak untuk berada dalam kalangan penyedia terkemuka dalam industri. Kami berbesar hati untuk menyaksikan permintaan yang meningkat terhadap penyelesaian pematuhan di Asia dan kami yakin dapat meneruskan kejayaan kami di sini,' kata Torsten Mayer, Ketua Pegawai Eksekutif TONBELLER AG.
Memandangkan Frank Reppel bertindak sebagai Pengarah Urusan, syarikat subsidiari baharu itu bakal diurus oleh pengurus yang berpengalaman. Beliau pernah memegang beberapa jawatan pada peringkat antarabangsa dalam industri ICT selama lebih 25 tahun dan mempunyai pengalaman pengurusan yang luas dalam bidang penyelidikan & pembangunan, perundingan serta jualan. Di Asia, En. Reppel pernah bertugas untuk beberapa syarikat seperti Siemens dan IXOS selain mengurus firma perundingan Reppel & Partners sebagai Pengasas dan Rakan Kongsi Urusan selama beberapa tahun.
'Saya dapati usaha untuk membina lokasi jualan dan Pusat Kecekapan Asia untuk TONBELLER di Singapura merupakan suatu cabaran yang hebat. Saya berharap dapat bekerjasama dengan lebih erat bersama para pelanggan sedia ada kami dan mencipta kejayaan besar untuk syarikat kami di sini dengan memanfaatkan kepakaran dan pengalaman saya,' kata Frank Reppel, Pengarah Urusan TONBELLER Asia.
Maklumat lanjut tentang TONBELLER: http://www.tonbeller.com
Maklumat Perhubungan Media
Anja Scheidweiler
+65-31573373
+65-96780224
anja_scheidweiler@tonbeller.com
SUMBER TONBELLER AG