omniture

Axel Springer dan Microsoft memperluas perkongsian merentasi pengiklanan, AI, kandungan dan perkhidmatan Azure

Microsoft Corp.
2024-04-29 23:00 91

Syarikat akan memanfaatkan kekuatan masing-masing dalam penerbitan digital dan teknologi untuk mempercepat pertumbuhan dalam era AI

REDMOND, Wash., dan BERLIN, 29 April 2024 /PRNewswire/ -- Axel Springer SE dan Microsoft Corp. telah mengumumkan perkongsian pelbagai aspek yang diperluaskan merentasi pengiklanan, AI, kandungan dan pengkomputeran awan. Kerjasama ini bertujuan memanfaatkan inovasi canggih untuk menyokong kewartawanan bebas di seluruh dunia. 

Perkongsian ini akan memperluas dan memperdalam kerjasama sedia ada pada tahap berbeza. Kerjasama teknologi pengiklanan (adtech) sedia ada akan diperluas untuk merangkumi POLITICO. Membina komitmen bersama terhadap prinsip dan potensi AI yang bertanggungjawab, kedua-dua syarikat akan bekerjasama membangunkan pengalaman baharu dipacu AI untuk pengguna syarikat masing-masing. Di samping itu, pengguna Microsoft Start-MSN akan mempunyai akses kepada lebih banyak kandungan premium daripada jenama berita Axel Springer dan Axel Springer akan memindahkan penyelesaian SAP kepada Microsoft Azure. 

"Dalam era baharu AI ini, perkongsian adalah penting untuk memelihara dan mempromosikan kewartawanan bebas sambil memastikan landskap media yang berkembang maju," kata Mathias Döpfner, Ketua Pegawai Eksekutif Axel Springer. "Kami berasa optimistik tentang masa depan kewartawanan dan peluang yang boleh kami peroleh melalui perkongsian yang diperluas dengan Microsoft ini." 

"AI generasi baharu ini mengubah hampir setiap aspek kerja dan kehidupan, termasuk cara individu mencari dan menggunakan kandungan dalam talian," kata Satya Nadella, pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft. "Perkongsian kami yang diperluas dengan Axel Springer menyatukan kepimpinan syarikat berkenaan dalam penerbitan digital dengan kuasa Awan Microsoft sepenuhnya — termasuk penyelesaian iklan kami — untuk membina pengalaman berinovatif yang dipacu AI dan mewujudkan peluang baharu untuk pengiklan dan pengguna."

Elemen utama perkongsian 

  • Melanjutkan kerjasama teknologi pengiklanan (adtech) ke Amerika Syarikat: Axel Springer akan menerima guna Pengiklanan Microsoft sebagai penyelesaian pelayan iklan, memperluas perkongsian sedia ada dari Eropah ke POLITICO Amerika Syarikat akan mengintegrasikan teknologi Pengiklanan Microsoft sebagai penyelesaian menyeluruh yang dipertingkat oleh Adlib, lapisan pengurusan dan pengoptimuman teknologi pengiklanan (adtech) Axel Springer. POLITICO juga akan diintegrasikan ke dalam Rangkaian Pengiklanan Microsoft, membolehkan pengiklan menjangkau khalayak yang lebih luas.
  • Menguasakan pengalaman dan penjanaan pendapatan AI baharu: Axel Springer akan bekerjasama dengan Microsoft untuk merintis pengalaman sembang yang dipacu AI berinovatif baharu untuk memberitahu dan melibatkan pengguna syarikat dengan kandungan kewartawanan Axel Springer yang lebih baik. Kerjasama ini akan terus memacu usaha niaga Axel Springer dalam AI, membina projek seperti pembantu AI Hey_, yang dikuasakan antara lain oleh Azure OpenAI Service. Di samping itu, Axel Springer akan memanfaatkan API Iklan Sembang Pengiklanan Microsoft untuk penjanaan pendapatan AI.
  • Tawaran kandungan yang dipertingkat melalui Microsoft Start-MSN: Axel Springer memperluas perkongsian Microsoft Start-MSN untuk menyediakan pengguna dengan akses kepada lebih banyak kandungan premium daripada jenama kewartawanan terkemuka seperti Business Insider, POLITICO, BILD dan WELT, menjangkau jutaan pengguna merentasi peranti dan pasaran.
  • Pengembangan Microsoft Azure: Selain memperluas penggunaan keupayaan AI Azure untuk inovasi AI, penerbit digital ini juga akan mengubah dan memindahkan penyelesaian SAP kepada Microsoft Azure, platform awan yang dipercayai dan selamat, untuk meningkatkan kebolehskalaan, keandalan dan prestasi merentasi infrastruktur digital.

Maklumat Tentang Axel Springer 

Axel Springer ialah syarikat media dan teknologi dan aktif di lebih daripada 40 buah negara. Dengan menyediakan maklumat di seluruh jenama medianya yang pelbagai (antara lain BILD, WELT, BUSINESS INSIDER, POLITICO) dan portal iklan kecil (The Stepstone Group dan AVIV Group), Axel Springer memperkasa orang ramai membuat keputusan bebas bagi kehidupan mereka. 

Syarikat itu telah berjaya berubah daripada syarikat media cetak tradisional kepada penerbit digital terkemuka di Eropah. Melalui pertumbuhan pesat, Axel Springer menyasar untuk menjadi peneraju pasaran global dalam kandungan dan iklan kecil digital. Syarikat ini beribu pejabat di Berlin dan mempunyai lebih daripada 18,000 tenaga kerja di seluruh dunia. 

Maklumat Tentang Microsoft

Microsoft (Nasdaq "MSFT" @microsoft) mencipta platform dan alatan yang dikuasakan oleh AI untuk memberikan penyelesaian berinovatif yang memenuhi keperluan pelanggan kami yang sentiasa berubah-ubah. Syarikat teknologi ini komited untuk menjadikan AI tersedia secara meluas dan melakukan perkara tersebut dengan bertanggungjawab, bersama misi untuk memperkasa setiap individu dan organisasi di planet ini berupaya mencapai lebih banyak lagi.  

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1702517/Microsoft_Company_Logo.jpg?p=medium600 

Source: Microsoft Corp.
Related Stocks:
NASDAQ:MSFT NEO:MSFT
Keywords: Advertising Computer Software Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Licensing/marketing agreements Artificial Intelligence Cloud Computing / Internet of Things