NOIDA, India, 30 April 2024 /PRNewswire/ -- Addverb, peneraju global dalam robotik dan automasi, mengeluarkan Laporan Kelestarian pertama yang bertajuk 'Ekologi Teknologi'. Laporan itu dihasilkan mengikut Standard Universal GRI dan menggabungkan faktor Persekitaran, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) yang menekankan dedikasi Addverb yang tidak berbelah bahagi terhadap kelestarian dan komitmen. Melaporkan inisiatif dari 1 Januari hingga 3 Disember 2023, laporan berkenaan memaparkan komitmen Addverb terhadap Ekologi Teknologi, bertujuan mengurangkan impak ekologi sambil menyumbang kepada kesejahteraan planet ini.
Laporan tersebut boleh diakses di laman web Syarikat.
Mengulas mengenai pengeluaran laporan itu, Sangeet Kumar, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif, Addverb berkata, "Addverb memanfaatkan tenaga suria, menggunakan jentera cekap tenaga dan mengintegrasikan amalan pembuatan yang menumpukan kepada pengurangan sisa bertujuan mengurangkan pelepasan gas Rumah Hijau (GHG) dan menggalakkan penggunaan kuasa dengan tanggungjawab. Visi kami melangkaui penciptaan produk untuk memasukkan kelestarian ke dalam reka bentuk dan sepanjang proses pembuatan kami, dengan memberikan tumpuan kepada keseimbangan ekologi dan kemajuan teknologi."
Addverb komited untuk mengurangkan impak alam sekitar melalui langkah proaktif dan inovasi, termasuk inisiatif penanaman pokok yang strategik, pemupukan tali pinggang hijau untuk pemulihan ekologi, amalan pengurusan air mampan dengan tumpuan diberikan kepada pengimbuhan air bawah tanah dan memupuk persekitaran tempat kerja yang terangkum melalui inisiatif Kepelbagaian, Kesaksamaan dan Keterangkuman (DEI).
Addverb, melalui laporan ini, mencerminkan dedikasi yang tidak berbelah bahagi terhadap kelestarian, inovasi dan amalan perniagaan yang bertanggungjawab. Dengan mengutamakan pengawasan alam sekitar dan tanggungjawab sosial, syarikat itu terus membuka jalan untuk masa depan yang lebih hijau dan mampan.
Maklumat Tentang Addverb
Ditubuhkan pada tahun 2016, Addverb menawarkan penyelesaian robotik yang menyeluruh untuk automasi gudang dan industri. Addverb berpangkalan di India, dengan kemudahan R&D di India dan Amerika Syarikat dan anak syarikat di seluruh dunia, termasuk Australia, Singapura, Belanda dan Amerika Syarikat. Kumpulan robot automatik dan teknologi pengendalian bahan syarikat, bersama dengan integrasi sistem dan penyelesaian perisian dalaman, meningkatkan kecekapan dan ketepatan operasi gudang.
Addverb menyediakan penyelesaian automasi yang disesuaikan, dengan produk yang dihasilkan sendiri dan pelbagai portfolio yang terdiri daripada Robot Bergerak Berautonomi, Robot Pengisihan, Sistem Penyimpanan dan Pengambilan Automatik dan Teknologi Memilih, yang didorong oleh perisian perusahaan; dengan 350+ pelanggan sekadar menyatakan beberapa nama seperti Coca-Cola, PepsiCo, Unilever, Reliance, DHL, Amazon, ITC.
Untuk maklumat lanjut, kunjungi: www.addverb.com atau berhubung dalam automate@addverb.com.
Foto: https://mma.prnasia.com/media2/2399932/Bioretention_pond.jpg?p=medium600
Logo : https://mma.prnasia.com/media2/2399931/Addverb_Logo.jpg?p=medium600