JEDDAH, Arab Saudi, 30 April 2024 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, Arctech menandatangani perjanjian pajakan tanah dengan MODON Arab Saudi berhubung pembinaan kilang Arctech di Jeddah, menandakan fasa baharu untuk pelaburan kilang Saudi Arctech.
Kilang ini akan meliputi sekitar 97,00㎡. Setelah siap, ia akan menjadi pangkalan pengeluaran luar negara kedua Arctech, selepas Gujarat, India. Dirancang untuk mengeluarkan sistem penjejakan PV berkualiti tinggi dengan kapasiti 3GW, ia boleh memberi bekalan kepada projek-projek PV dalam pasaran Timur Tengah. Digandingkan dengan rantaian bekalan global Arctech, pengeluaran setempat ini mengupayakan kapasiti penyerahan setempat 10GW, lalu memperkukuh kebingkasan rantaian bekalan luar negara.
Kilang Jeddah Arctech akan memacu pembangunan rantaian industri PV tempatan dan meningkatkan peluang pekerjaan, memberi impak secara positif kepada pembangunan ekonomi mampan Arab Saudi. Perjanjian ini menandakan permulaan baharu untuk Arctech bagi melaksanakan inisiatif kerjasama "Jalur dan Jalan". Arctech akan terus mendukung strategi globalisasi "menuju global, bercampur dan bersepadu", menyumbang kepada pembangunan mampan global.
Di Sidang Kemuncak Tenaga Masa Depan Dunia 2024 di Abu Dhabi mulai 16-18 April, Arctech mempamerkan produk termasuk sistem penjejakan "SkyWings" pemacu berbilang titik dwibaris dan penyelesaian BIPV storan-PV-tambahan luar grid sehenti, mendemonstrasikan teknologi yang terkemuka dalam industri ini.
SkyWings menampilkan reka bentuk transmisi dwiarah berpaten bagi mencapai penjejakan selari dwibaris dengan 25% kebolehsuaian cerun dan 15% peningkatan toleransi pemasangan baris bersebelahan, menawarkan kepada pelanggan dengan peningkatan kestabilan, perolehan kuasa dan keberkesanan kos pada rupa bumi mencabar dan keadaan yang teruk seperti kemarau dan ribut pasir. Tahun ini, fasa pertama projek Uzbekistan 1GW menggunakan SkyWings mencapai sambungan grid, mengupayakan kapasiti pemasangan yang lebih besar pada rupa bumi yang sama, mengurangkan pemasangan cerucuk sebanyak 20%, mengurangkan kos cerucuk pasang siap sebanyak ~20% dan mengurangkan kos EPC sebanyak ~2%.
Mengatasi cabaran reka bentuk modul besar, SkyLine II, SkySmart II dan SkyWings daripada Arctech mengguna pakai pemacu berbilang titik untuk sudut muat 0° optimum, lantas mengurangkan risiko mikro-retak. Reka bentuk tiub tork D ganda tiga meningkatkan lagi kestabilan, meminimumkan beban angin dan mengurangkan kos pemasangan, bagi menampung keperluan modul besar dalam keadaan yang rumit.
Arctech turut mempamerkan penyelesaian BIPV storan-PV-tambahan luar-grid yang mengintegrasikan sistem PV dan storan tenaga. Dengan keupayaan pemasangan modular, kalis bunyi, penebatan dan penempatan semula, ia boleh disesuaikan untuk pelbagai senario seperti pejabat dan kediaman.
Melangkah ke hadapan, Arctech akan terus menyampaikan teknologi termaju, produk luar biasa dan perkhidmatan berkualiti terbaik kepada pelanggan Timur Tengah dan global, lalu menyumbang secara berterusan kepada pembangunan tenaga hijau wilayah ini.
World Future Energy Summit 2024 | Interview with Arctech management team