omniture

TANGAN BERSIH, KANAK-KANAK SIHAT!

SAFEGUARD MENDIDIK & MEMBERI INSPIRASI KEPADA KELUARGA UNTUK MELINDUNGI DIRI MEREKA 'SEPANJANG WAKTU' PADA HARI CUCI TANGAN GLOBAL KE-7
Procter & Gamble
2014-10-24 18:28 85

CINCINNATI, Oct. 24, 2014 /PRNewswire/ -- Pada tahun ketujuh berturut-turut, jenama kesihatan dan kebersihan terkemuka, Safeguard, sedang bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan dan Pendidikan di seluruh dunia untuk memanfaatkan Hari Cuci Tangan Global, 15 Oktober, sebagai peluang yang bagus untuk mendidik dan memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk mencuci tangan mereka. Hampir sedekad telah berlalu sejak penyelidikan yang diterbitkan telah mengenal pasti amalan mencuci tangan dengan menggunakan sabun sebagai 'penawar perubatan paling penting untuk kanak-kanak di negara membangun'1. Penemuan ini lebih penting sekarang. Inilah sebabnya mengajar kanak-kanak bagaimana untuk membasmi kuman yang menyebabkan penyakit dengan mencuci tangan adalah komponen penting dalam matlamat Safeguard bagi membantu orang ramai melindungi kesihatan dan perkembangan insan tersayang.

Photo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20141011/709901-a
Photo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20141011/709901-b
Photo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20141011/709901-c

Sebagai rakan kongsi hebat PPPHW Global (Perkongsian Awam-Swasta untuk Mencuci Tangan), Safeguard sentiasa menjadi penyokong utama Hari Cuci Tangan Global, kerana telah menderma sebanyak $140,000 sejak ditubuhkan pada tahun 2008. Setiap tahun jenama tersebut menggunakan kempen komunikasi menyeluruh yang terdiri daripada hubungan media, pelibatan sosial, acara pengguna, sokongan selebriti dan juga perkongsian kerajaan serta Pertubuhan Bukan Kerajaan.

"Mencuci tangan menggunakan sabun adalah antara cara paling berkesan dan murah untuk menyelamatkan nyawa dengan mencegah penyebaran kuman yang menyebabkan penyakit," kata Janet Allgaier, Naib Presiden Penjagaan Peribadi Global P&G "dan Safeguard komited terhadap Hari Cuci Tangan Global sebagai strategi utama untuk menanamkan tabiat yang positif ini dalam kalangan kanak-kanak di serata dunia."

Pada tahun ini, wira jenama ini, Komander Safeguard, akan memainkan peranan utama bagi menarik minat dan memberi inspirasi kepada kanak-kanak. Watak ikonik ini muncul dalam pelbagai kandungan bertema 'Sepanjang Waktu' yang menonjolkan beberapa detik menarik sepanjang hari persekolahan biasa bagi kanak-kanak apabila mereka amat terdedah kepada kuman, lalu membantu mereka untuk mengingati betapa pentingnya amalan mencuci tangan untuk memelihara kesihatan mereka. Ketahui lebih lanjut di: http://www.safeguardsoap.com

Di Mexico, filem pendek akan dilancarkan di media sosial, memaparkan Safeguard Clean Hand Shake – yang merupakan adegan menyeronokkan bagi menunjukkan kegilaan 'jabat tangan rahsia' global yang sering kali dikaitkan dengan budaya pop. Filem tersebut diakhiri dengan seruan tindakan untuk 'Berkongsi kasih sayang. Bukan berkongsi kuman' dengan mengamalkan jabat tangan bersama rakan dan keluarga – semestinya selepas mencuci tangan mereka! Tonton filem tersebut di: http://youtu.be/GMeRWumOKjw

Di China, Safeguard sedang bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan serta beberapa rakan kongsi runcit utama, untuk membantu menyebarkan mesej 'Sepanjang Waktu'. Di samping itu, perkongsian bersama badan amal One Foundation akan membekalkan sabun cecair tangan Safeguard selain menyediakan beberapa stesen mencuci tangan berikutan gempa bumi berskala 6.1 Richter yang telah melanda wilayah Yunan di bahagian Barat Daya China pada Ogos lalu.

Pada 15 Oktober, lindungi diri anda dan insan kesayangan anda dengan membantu Safeguard menggalakkan amalan mencuci tangan yang betul Sepanjang Waktu. Kongsi kasih sayang ini. Bukan berkongsi kuman!

– TAMAT –

Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang Safeguard, hubungi:

Wendy Kennedy, Pengurus Komunikasi Safeguard Global, kennedy.ws@pg.com

Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang Hari Cuci Tangan Global, hubungi:

Hanna Woodburn, PPPHW, hwoodburn@fhi360.org atau layari http://www.globalhandwashingday.org #iwashmyhands

Nota kepada Editor

Selain menyokong Hari Cuci Tangan Global, Safeguard mengendalikan penyelidikan kesihatan dan kebersihan bersama beberapa organisasi seperti Persatuan Penyakit Berjangkit Pakistan dan juga Persatuan Teknologi Perubatan di Filipina, serta menawarkan bantuan bencana melalui beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan termasuklah Save the Children, Palang Merah serta Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit.

Latar Belakang Safeguard

Safeguard telah dilancarkan sebagai sabun buku di Amerika Syarikat pada tahun 1963, dan kini boleh didapati dalam bentuk produk lain termasuk Pembersih Badan, Sabun cecair tangan serta Pensanitasi tangan. Safeguard kini dijual di lebih 50 negara di seluruh Asia, Eropah, Afrika dan juga Amerika Latin dengan penguasaan bahagian pasaran di China dan Filipina.

Source: Procter & Gamble
Keywords: Health Care/Hospital Household Products Household/Consumer/Cosmetics New products/services