-- Menjalinkan perkongsian dengan Jabatan Negeri A.S. dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia untuk Memindahkan dan Merawat Pekerja Kemanusiaan yang Dijangkiti;
-- Menjalankan kolaborasi dengan Fakulti Perubatan Universiti Massachusetts untuk Menyediakan Latihan dan Peralatan;
-- Menyelaras dan Mengoptimumkan Global Giving dengan Melancarkan Platform Derma "Biayai Keperluan"
SEATTLE, 25 Oktober 2014 /PRNewswire/ -- Dermawan Paul G. Allen hari ini meningkatkan komitmen beliau untuk Menangani Ebola sehingga menjadi sekurang-kurangnya $100 juta dan menyeru komuniti global untuk menyertai perjuangan ini. Krisis ini memerlukan pendekatan berbilang penjuru untuk menyelesaikannya. Justeru itu, En. Allen sedang menerajui inisiatif berikut:
Dana Pemindahan Perubatan Pekerja Bantuan Kemanusiaan dan Pengangkutan Pemindahan Perubatan:
Bagi menangani krisis Ebola dengan berkesan, komitmen berterusan diperlukan daripada para profesional perubatan. Salah satu cabaran penting dalam pengambilan mereka bekerja ialah kekurangan laluan pemindahan perubatan yang jelas sekiranya mereka dijangkiti dan memerlukan rawatan.
En. Allen bertekad ingin menyelesaikan cabaran ini dengan membiayai pembangunan dan penghasilan dua unit pembendungan pemindahan perubatan, yang akan digunakan oleh Jabatan Negeri A.S. bagi memindahkan para profesional perubatan dengan selamat dari Afrika Barat. Tambahan lagi, En. Allen telah bekerjasama dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia bagi meningkatkan kemampuannya untuk menyelaras logistik yang diperlukan untuk memindahkan pekerja bantuan antarabangsa.
Kos pengangkutan pemindahan perubatan juga boleh mengekang langkah organisasi untuk menghantar para profesional penjagaan rapi mereka. Bagi menangani perkara ini, En. Allen telah mewujudkan Dana Pemindahan Perubatan Ebola, yang direka bagi mendekatkan jurang antara apa yang diliputi jaminan insuran dan kos pengangkutan sebenar. Dana sebanyak $2.5 juta itu direka sebagai geran pemadanan dolar ke dolar dengan Yayasan Keluarga Paul G. Allen.
Fakulti Perubatan Universiti Massachusetts (UMMS):
Satu lagi komponen penting bagi menangani krisis ini ialah memastikan pendidikan, bekalan dan juga para profesional perubatan berada di tapak krisis. En. Allen memberi derma kepada UMMS bagi membantu menyediakan latihan, pekerja perubatan serta peralatan makmal bagi usaha bantuan di Liberia. Perkongsian dengan UMMS akan bertumpu pada usaha membekalkan peralatan dekontaminasi dan perkakas makmal kepada hospital daerah serta program khidmat masyarakat dan pendidikan bagi menyediakan pemantauan dan sokongan kepada kakitangan untuk membuka semula hospital daerah yang ditutup.
Biayai Keperluan:
En. Allen juga telah mencipta cara bagi individu untuk menyumbang kepada organisasi khusus dan membiayai keperluan respon kritikal melalui TackleEbola.com. Platform derma itu direka bagi menyelaras dan mengoptimumkan bantuan global individu.
Sebarang jumlah derma akan dialirkan bagi membiayai penyelesaian yang diperlukan untuk merawat, membendung dan turut mencegah Ebola daripada merebak. Penderma boleh memilih keperluan yang mereka benar-benar ingin biayai dan 100 peratus daripada sumbangan itu akan disalurkan kepada keperluan tertentu itu. Laman itu juga menawarkan cara bagi penderma melihat kesan sumbangan tergabung mereka dengan kemas kini tentang perkembangan untuk mencapai matlamat.
Petikan Kata Sokongan:
"Virus Ebola ini sangat berbeza dengan apa jua krisis kesihatan lain yang pernah kami alami, jadi ia memerlukan respon yang tidak pernah dilihat sebelum ini," kata En. Allen. "Bagi membendung penyakit ini dengan berkesan dan mengelakkannya daripada menjadi epidemik global, kita mesti menggembleng tenaga kita bagi mengumpul derma, menyelaras sumber dan turut membangunkan penyelesaian kreatif yang diperlukan bagi memerangi masalah ini. Saya bertekad untuk memainkan peranan saya dalam menangani krisis ini."
"Kami mengucapkan terima kasih kepada Paul Allen dan yayasan beliau bagi sumbangan mereka terhadap isu penting ini," kata Andrew O'Brien, Perwakilan Khas Perkongsian Global, Jabatan Negeri A.S. "Kami berharap ini menetapkan contoh yang sangat diperlukan untuk kepimpinan sektor swasta yang utuh dan pantas, berganding bahu dengan kerajaan A.S. Kempen #TackleEbola En. Allen menyediakan mangkin yang penting untuk membantu kami menghantar pasukan perubatan ke Afrika Barat bagi memerangi Ebola di pusatnya sendiri. Kepimpinan beliau tiba tepat pada masanya dan menggiatkan lagi usaha yang dilakukan oleh kerajaan A.S., organisasi antarabangsa, pertubuhan bukan kerajaan, dan lain-lain di tapak krisis setiap hari."
"Kami di Fakulti Perubatan Universiti Massachusetts sangat menghargai sokongan Yayasan Keluarga Paul G. Allen, yang akan membenarkan kami bekerjasama secara khusus dengan rakan kongsi strategik kami serta rakan sekerja kami di Liberia untuk membantu membendung epidemik Ebola dan menguatkan lagi sistem penjagaan kesihatan Liberia yang rapuh," kata Michael F. Collins, MD, Canselor Fakulti Perubatan Universiti Massachusetts. "Usaha kolaborasi akademik kami pernah bekerjasama secara produktif dengan kepimpinan Liberia dan tenaga kerja penjagaan kesihatan, dan kami tidak sabar-sabar lagi mahu meneruskan perkongsian itu dengan melibatkan diri terus dengan rakan usaha sama Liberia kami dan menyediakan bantuan di tapak krisis, latihan dan juga bekalan."
Sumbangan En. Allen Setakat Ini:
Sejak peringkat awal letusan penyakit itu, En. Allen dan Yayasan Keluarga Paul G. Allen telah bertumpu pada usaha untuk mencari, membiayai dan turut menyelaras penyelesaian strategik yang boleh dijalankan dengan pantas dan akan menangani beberapa keperluan yang paling kritikal. Setakat ini, En. Allen telah membantu melaksanakan penyelesaian berikut:
Dana Pemindahan Perubatan Ebola akan dilaksanakan oleh Yayasan Masyarakat Lembah Silikon. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, layari www.tackleebola.com serta ikuti @TackleEbola dan @PaulGAllen di Twitter atau Facebook.
Maklumat Perhubungan Media:
Alexa Rudin
Vulcan Inc.
+1-206-342-2230
alexar@vulcan.com
Dana Lengkeek
Burson-Marsteller
+1-415-994-4008
dana.lengkeek@bm.com