-- Laporan mengetengahkan jaringan rakan kongsi yang mantap, kehadiran di setiap peringkat serta penerimaan pelanggan yang pantas; AirWatch raih kedudukan teratas keseluruhan dengan markah tertinggi untuk bahagian pasaran hasil
SYDNEY, 27 Oktober 2014 /PRNewswire/ -- AirWatch® by VMware®, penyedia pengurusan mobiliti perusahaan (EMM) terkemuka, mengumumkan hari ini ia telah dipilih sebagai Juara bagi Darjah Industri Frost untuk Pasaran Pengurusan Peranti Mudah Alih Australia, 2014* oleh Frost & Sullivan, dengan kedudukan teratas keseluruhan bagi darjah. Jaringan rakan kongsi saluran AirWatch yang telah mantap dan kemampuannya untuk menyediakan pelaksanaan yang luas membawa kepada pemilihan AirWatch untuk disenaraikan sebagai salah satu daripada dua Juara dan diberikan markah tertinggi bagi bahagian pasaran hasil.
Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20141023/154125-INFO
Frost & Sullivan menilai 10 vendor pengurusan peranti mudah alih (MDM) utama dalam pasaran Australia, yang bertambah sebanyak 95.7 peratus pada tahun 2013 berbanding tahun sebelumnya, menurut laporan tersebut. AirWatch disenaraikan sebagai salah satu daripada dua juara dan juga juara tertinggi daripada segi strategi pertumbuhan masa depan dan bahagian pasaran hasil. AirWatch "beroleh kedudukan yang dominan dalam pasaran," menurut laporan tersebut, yang menyebutkan jaringan rakan kongsi saluran AirWatch yang mantap serta pelaksanaannya yang luas.
"Pasaran MDM di Australia telah berkembang pada kadar yang agak pantas, dan komitmen AirWatch terhadap jaringan rakan kongsi salurannya serta pelaksanaan di seluruh perusahaan telah mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu vendor teratas kami dalam pasaran," kata Audrey William, Pengarah Penyelidikan, Amalan ICT Australia, Frost & Sullivan. "Pasaran tersebut berkembang dengan amat pantas, meningkat hampir sekali ganda pada tahun 2013. AirWatch bersedia secara tersendiri untuk memanfaatkan perkembangan ini, hasil daripada perkongsiannya dengan syarikat telekomunikasi terkemuka serta pemain mobiliti dipercayai lain di rantau ini." William, yang menulis laporan tersebut, akan berucap di AirWatch Connect Sydney minggu ini.
Kekuatan tambahan AirWatch yang dinyatakan dalam laporan tersebut termasuklah kehadiran yang pelbagai pada setiap peringkat serta penerimaan pelanggan yang pantas. Rakan kongsi saluran utama terdiri daripada Telstra, MSC Mobility serta UXC Connect, dan AirWatch terus berusaha melanjutkan hubungan dengan Dimension Data dan Optus. Frost & Sullivan turut menyatakan kehadiran AirWatch yang signifikan merentasi pasaran peringkat utama sebagai kekuatan utama, hasil daripada "minat yang semakin meningkat daripada sektor Penjagaan Kesihatan dan Kerajaan" di samping perbankan utama, khidmat kewangan dan juga insurans (BFSI) serta industri runcit.
"AirWatch segera mengutamakan Australia dalam strategi MDM kami. Kami juga telah bertumpu pada pembinaan ekosistem rakan kongsi kami serta kepercayaan terhadap syarikat terkemuka di rantau ini, bersama-sama menghasilkan penyelesaian terbaik untuk para pelanggan kami," kata Rob Roe, pengarah urusan, Australia dan New Zealand, AirWatch by VMware. "Penempatan Juara kami dalam laporan ini memperlihatkan kemampuan kami untuk melaksanakan wawasan untuk memudahkan mobiliti perusahaan. Kini ia telah berkembang kepada tindakan memudahkan pengkomputeran pengguna akhir. Kami berharap dapat berkongsi maklumat tentang pasaran yang kian berkembang dan pelbagai anugerah dan inovasi bersama para pelanggan kami, rakan kongsi serta prospek di AirWatch Connect Sydney akhir bulan ini."
Awal tahun ini, AirWatch mengumumkan Loker Kandungan Selamat mematuhi kehendak Direktorat Isyarat Australia bagi menyediakan status sekuriti tahap DILINDUNGI. Pada tahun 2013, Frost & Sullivan melaporkan AirWatch menerajui pasaran MDM Australia berdasarkan bahagian pasaran. Frost & Sullivan juga memilih AirWatch untuk Anugerah Kecemerlangan Australia bagi Vendor Pengurusan Peranti Mudah Alih Terbaik tahun 2013.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang AirWatch, layari http://www.air-watch.com/. Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang AirWatch Connect Sydney, layari www.air-watch.com/connect/sydney-2014.
* Darjah Industri (IQ) Frost: Pasaran Pengurusan Peranti Mudah Alih Australia, 2014 oleh Audrey William.
Latar Belakang AirWatch by VMware
AirWatch by VMware merupakan peneraju dalam pengurusan mobiliti perusahaan, dengan lebih 13,000 pelanggan pada peringkat global. Platform AirWatch terdiri daripada penyelesaian peranti mudah alih, e-mel, aplikasi, kandungan serta pengurusan pelayan yang terkemuka dalam industri. Organisasi dapat memanfaatkan penyelesaian ini bagi apa jua jenis peranti dan urutan tindakan bermatlamat (use case), termasuk EMM lengkap untuk pelaksanaan bidang perniagaan dan korporat, serta penyelesaian kontena untuk program bawa peranti anda sendiri (BYOD). Diambil alih oleh VMware pada Februari 2014, AirWatch berpangkalan di Atlanta dan berada dalam talian di www.air-watch.com. VMware mempunyai ibu pejabat di Silicon Valley dan berada dalam talian di www.vmware.com.
Maklumat Perhubungan Akhbar:
Justin Grimsley
Perhubungan Awam
justingrimsley@air-watch.com
+1-404-353-6253