omniture

iXBlue lancarkan sistem pandu arah inersia (INS) Siri MARINS M di EURONAVAL 2014

iXBlue
2014-10-27 19:30 79

- Siri MARINS M menetapkan standard baharu bagi pandu arah angkatan laut pada tahap strategik dan mengukuhkan rangkaian produk iXBlue INS dengan menyediakan sehingga tiga kali prestasi berbanding sistem lain.

MARLY-LE-ROI, Perancis, 27 Oktober 2014 /PRNewswire/ -- iXBlue, peneraju global bagi sistem kedudukan dan pandu arah awam serta tentera laut, memperkenalkan INS siri MARINS M baharu di EURONAVAL 2014, di Paris, Perancis. Siri ini terdiri daripada sistem MARINS M3, M5 dan juga M7 serta direka dengan tujuan untuk memenuhi keperluan tentera laut yang paling maju di dunia bagi operasi kapal di permukaan laut dan kapal selam di kawasan pesisir serta laut terbuka.

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20141024/154220

Pandu arah yang tepat dan andal, termasuk penjajaran peluru berpandu, adalah amat penting untuk kejayaan misi kapal selam serta kapal di permukaan laut. Siri MARINS M meninggikan sasaran pencapaian daripada segi prestasi dan kebolehskalaan dengan menangani keperluan pandu arah kapal di permukaan bagi kawasan tanpa GPS. Berkaitan kapal selam pula, MARINS M7 membolehkan pandu arah teliti berautonomi sehingga tiga kali lebih lama berbanding sistem sedia ada yang lain dengan menawarkan hanyut kurang 1 Nm/72 j.

Siri MARINS M memperlihatkan teknologi giroskop gentian optik (FOG), mengikat paling canggih, dan bersedia untuk bertempur terhadap penafian GNSS. Unit spesifikasi ketenteraan menghasilkan kedudukan, arah tuju, guling, anggul, kedalaman dan juga kelajuan, serta amat senyap. Sistem tersebut amat serasi dengan pelbagai sensor bantuan dan boleh mula beroperasi dalam beberapa minit sahaja.

Rangkaian tambahan produk iXBlue, termasuk sistem siri QUADRANS, OCTANS, PHINS serta MARINS M, kini memperlihatkan kebolehskalaan penyelesaian yang lebih tinggi, daripada kapal serang sehinggalah kapal induk pesawat udara serta kapal selam.

Lebih 30 tentera laut di seluruh dunia telah memilih rangkaian produk iXBlue, termasuk sistem MARINS keluaran sebelumnya. Sebagai contoh, Tentera Laut Diraja UK menerima pakai penyelesaian iXBlue canggih untuk kapal selam Astute Class miliknya. Produk iXBlue terus dipilih berdasarkan prestasi keseluruhannya, keandalan serta faedah kos sepanjang zaman. Tanpa bahagian bergerak atau unsur penting yang boleh merosot dari masa ke masa, unit tersebut menyediakan jumlah kos pemilikan yang terbaik. Oleh yang demikian, keandalannya adalah tinggi dan tidak memerlukan penyelenggaraan. Unit tersebut juga adalah padat, ringan serta cekap kuasa dan juga amat mudah untuk disepadukan, tidak seperti sistem yang biasa digunakan untuk kapal selam.

Berdasarkan pengalamannya yang melebihi 30 tahun, iXBlue merupakan peneraju global bagi pandu arah FOG prestasi unggul untuk kegunaan pertahanan tentera laut.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang produk tentera laut iXBlue, termasuk siri MARINS M, sila lawati gerai pameran iXBlue (F64).

HUBUNGI:
Anne Colliou, +33-1-30-08-88-88 (Perancis), anne.colliou@ixblue.com
Majid Foodeei, +33-631-66-3999, majid.foodeei@ixblue.com

PAUTAN BERKAITAN
http://www.ixblue.com

 

 

 

Source: iXBlue
Related Links:
Keywords: Aerospace/Defense Maritime/Shipbuilding Transportation New products/services Trade show news