omniture

Shutterstock Memeterai Perjanjian Muktamad untuk Mengambil Alih Envato, Menampilkan Envato Elements, Langganan Kandungan Kreatif Tanpa Had

Shutterstock, Inc.
2024-05-04 02:15 77

NEW YORK, 4 Mei 2024 /PRNewswire/ -- Shutterstock, Inc. (NYSE: SSTK), platform kreatif global terkemuka yang menawarkan kandungan kreatif berkualiti tinggi untuk jenama transformatif, media digital dan syarikat pemasaran, pada hari ini mengumumkan bahawa syarikat tersebut memeterai perjanjian muktamad untuk mengambil alih Envato Pty Ltd. ("Envato"), peneraju dalam aset dan templat kreatif digital. Produk utama Envato, Elements, ialah langganan kreatif yang menyediakan muat turun pelbagai aset, templat dan banyak lagi tanpa had—rakan kreatif yang bijak membantu penciptaan kreatif memperoleh pengiktirafan pada peringkat global.

Shutterstock Enters into Definitive Agreement to Acquire Envato, Featuring Envato Elements, the Unlimited Creative Content Subscription
Shutterstock Enters into Definitive Agreement to Acquire Envato, Featuring Envato Elements, the Unlimited Creative Content Subscription

Ditubuhkan pada tahun 2006 dan beribu pejabat di Australia dengan kehadiran di Mexico dan New Zealand, Envato membolehkan jutaan individu di seluruh dunia membeli dan menjual aset kreatif, menggunakan templat reka bentuk pintar dan mempelajari kemahiran kreatif. Melalui gabungan jenis aset yang luas, perpustakaan yang mendalam, saranan nilai yang menarik dan kesenian berkualiti, Envato membantu kreatif menyelesaikan projek dengan lebih cepat dan berkesan.

"Kami teruja dengan transaksi ini dan tidak sabar untuk mengalu-alukan pasukan Envato ke Shutterstock," kata Ketua Pegawai Eksekutif Shutterstock, Paul Hennessy. "Envato berada pada kedudukan yang sempurna bagi memenuhi keperluan pelanggan yang semakin meningkat untuk langganan pelbagai aset tanpa had ke perpustakaan kandungan kreatif, dengan penekanan pada video, audio, grafik, fon dan templat. Dengan meluaskan jangkauan kami kepada khalayak yang lebih pesat berkembang dan ke dalam jenis kandungan tambahan, pengambilalihan ini akan membantu Shutterstock memenuhi misi syarikat untuk menghubungkan pelanggan dengan kandungan yang diperlukan, di mana sahaja mereka berada supaya mereka boleh mencipta, membina dan berkongsi idea besar mereka yang seterusnya."

"Sejak permulaan yang sederhana di garaj Sydney, Envato telah menjana pendapatan lebih daripada $1.3 bilion untuk komuniti pengarang syarikat dan meningkat kepada 650 ribu pelanggan. Saya berasa amat berbangga dengan pasukan kerana berjaya mencapai skala global ini sebagai perniagaan bebas," tambah Ketua Pegawai Eksekutif Envato, Hichame Assi. "Apabila kita memasuki bab seterusnya ini, kita tetap memberikan tumpuan kepada memperkasa komuniti kreatif untuk berkembang maju dan teruja kerana mencapai matlamat bersama ini dengan Shutterstock."

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama Collis Ta 'eed mengucapkan terima kasih kepada komuniti dengan menyatakan bahawa beliau "sangat berterima kasih kepada semua pihak yang memainkan peranan, besar atau kecil, dalam kisah kolektif kami." Ta'eed menambah, "Saya akan bersorak dari luar, yakin terdapat dedikasi bersama terhadap inovasi dan kreativiti, serta komitmen berterusan kepada nilai kita."

Sorotan Strategik:

  • Melengkapi tawaran sedia ada Shutterstock dengan Envato Elements, tawaran langganan berbilang aset tanpa had yang terkemuka
  • Memperluas jangkauan Shutterstock dalam kalangan khalayak yang lebih pesat berkembang seperti pekerja bebas, penggemar, perniagaan kecil dan agensi
  • Menambah 650 ribu pelanggan, lebih daripada dua kali ganda pangkalan pelanggan Shutterstock kepada 1.15 juta
  • Meningkatkan hasil Kandungan Shutterstock daripada video, audio, grafik, fon dan templat
  • Mengukuhkan perpustakaan kandungan Shutterstock dengan 10 juta imej, 6 juta video, 1 juta klip audio, 0.5 juta templat dan 0.2 juta grafik & fon
  • Mempelbagaikan lagi Shutterstock kepada jenis kandungan baharu termasuk kod & tema web, contoh produk, fon dan templat (misalnya, Slides, Powerpoint, Keynote, Wordpress, video, reka bentuk untuk kiriman sosial, permainan, audio siar dan cetakan atas permintaan)

Sorotan Transaksi:

  • $245 juta pembelian tunai 100% Envato Pty Ltd semasa penutupan, selepas modal kerja biasa dan pelarasan lain
  • Dijangka mempercepat laluan ke sasaran jangka panjang Shutterstock 2027 dengan Envato menambah 20% kepada hasil tahunan dan 15% kepada EBITDA tahunan yang diselaraskan
  • Pembiayaan melalui kemudahan kredit $375 juta dengan jangkaan keumpilan yang diambil sebanyak 0.7x hutang bersih untuk tahun 2024 gabungan EBITDA yang dilaraskan
  • Jangkaan penutupan transaksi pada suku ketiga, tertakluk kepada syarat penutupan biasa

Maklumat Tambahan:

Pelabur boleh mendapatkan pautan ke bahan pembentangan mengenai pengambilalihan Envato di: https://investor.shutterstock.com.

Sumber Pembiayaan dan Penasihat:

Pembiayaan untuk transaksi ini akan disediakan oleh Bank of America, Citigroup, Wells Fargo dan Citizens. CapM Advisors dan White & Case LLP masing-masing bertindak sebagai penasihat kewangan dan penasihat undang-undang kepada Shutterstock. Drake Star Partners dan Goodwin Procter LLP dan King & Wood Mallesons masing-masing bertindak sebagai penasihat kewangan dan penasihat undang-undang kepada Envato.

MAKLUMAT TENTANG SHUTTERSTOCK

Shutterstock, Inc. (NYSE: SSTK) ialah platform kreatif global terkemuka yang menawarkan kandungan kreatif berkualiti tinggi untuk jenama transformatif, media digital dan syarikat pemasaran. Didorong oleh jutaan pencipta di seluruh dunia, enjin data yang semakin berkembang dan dedikasi kepada inovasi produk, Shutterstock ialah platform global terkemuka untuk pelesenan daripada koleksi model, video, muzik, gambar, vektor dan ilustrasi 3D berkualiti tinggi yang paling luas dan pelbagai. Daripada pasaran kandungan terbesar di dunia, kepada berita terkini dan akses editorial hiburan senarai A, kepada platform penyuntingan kandungan semua dalam satu dan perkhidmatan produksi studio—kesemuanya menggunakan teknologi berinovatif terkini—Shutterstock menawarkan pilihan sumber yang paling menyeluruh untuk merealisasikan penceritaan.

Ketahui lebih lanjut di www.shutterstock.com dan ikuti kami di LinkedIn, Instagram, X, Facebook dan YouTube.

MAKLUMAT TENTANG ENVATO

Envato ialah peneraju global dalam aset, alat dan templat kreatif digital. Memberikan perkhidmatan kepada pelanggan di seluruh dunia, Envato membentuk proses kreatif dengan produk seperti Envato Elements–langganan kreatif yang penting–dan Placeit, platform utama untuk contoh produk dan templat. Dengan lebih 16 juta aset berkualiti tinggi yang dibuat oleh penyumbang global yang bersemangat dan berbakat, Envato berdedikasi menjana projek kreatif dengan reka bentuk dan templat video, video stok, grafik, foto, trek muzik dan kesan bunyi dan banyak lagi yang sedia digunakan. Envato sedang meningkatkan masa depan sumber aset kreatif–menjadikan pengalaman lebih bijak dan boleh digunakan serta memperkasa kreatif untuk menyiapkan projek dengan lebih cepat dan berkesan.

Ketahui lebih lanjut di www.envato.com dan ikuti kami di LinkedIn,Instagram, X ,Facebook dan Tuts+ YouTube.

PERNYATAAN PANDANG KE HADAPAN

Siaran akhbar ini mengandungi pernyataan pandang ke hadapan dalam pengertian Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995. Semua pernyataan selain pernyataan fakta sejarah ialah berpandangan ke hadapan. Contoh pernyataan pandang ke hadapan termasuk, tetapi tidak terhad kepada, pernyataan berkenaan panduan, prospek industri, perniagaan masa depan, pencapaian operasi atau keadaan kewangan pada masa depan, ciri baharu atau dirancang, produk atau perkhidmatan, strategi pengurusan dan kedudukan daya saing kami. Anda boleh mengenal pasti pernyataan pandang ke hadapan melalui perkataan seperti "mungkin boleh," "akan," "mungkin akan," "sepatutnya," "boleh," "jangka," "duga," "percaya," "anggar," "berniat," "rancang," "ramal," "unjurkan," "cari," "potensi," "peluang" dan ungkapan serupa dan negatif daripada ungkapan tersebut. Walau bagaimanapun, tidak semua pernyataan pandang ke hadapan mengandungi perkataan ini. Pernyataan pandang ke hadapan adalah tertakluk kepada risiko yang diketahui dan tidak diketahui, ketidakpastian dan faktor lain yang boleh menyebabkan keputusan sebenar kami berbeza dengan besar berbanding yang dinyatakan atau tersirat oleh pernyataan pandang ke hadapan yang terkandung di sini. Risiko dan ketidakpastian tersebut termasuk, antara lain, yang dibincangkan di bawah kapsyen "Faktor Risiko" dalam Laporan Tahunan terkini kami dalam Borang 10-K, serta dalam dokumen lain yang boleh difailkan oleh Syarikat dari semasa ke semasa dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Saham.  Faktor berkaitan dengan transaksi yang dibincangkan dalam dokumen ini yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza dengan besar berbanding yang dipertimbangkan oleh pernyataan pandang ke hadapan termasuk: ketidakpastian mengenai masa untuk menyelesaikan potensi transaksi; risiko bahawa syarat untuk menutup potensi transaksi mungkin tidak dipenuhi; potensi litigasi yang berkaitan dengan potensi transaksi yang boleh dimulakan; kesan gangguan kepada perniagaan kami atau sasaran masing-masing; kesan kos transaksi; keupayaan kami untuk mencapai manfaat daripada transaksi yang dicadangkan; keupayaan kami untuk mengintegrasikan operasi yang diperoleh secara berkesan ke dalam operasi kami; keupayaan kami untuk mengekalkan dan mengupah kakitangan sasaran utama; dan kesan daripada apa-apa liabiliti yang tidak diketahui. Akibat daripada risiko, ketidakpastian dan faktor tersebut, keputusan sebenar Shutterstock mungkin berbeza dengan besar berbanding keputusan, prestasi atau keputusan masa depan yang dibincangkan atau tersirat oleh pernyataan pandang ke hadapan yang terkandung di sini. Pernyataan pandang ke hadapan yang terkandung dalam pengumuman ini hanya dibuat pada tarikh ini dan Shutterstock tidak memegang apa-apa kewajipan untuk mengemas kini maklumat yang termasuk dalam pengumuman ini atau menyemak semula apa-apa pernyataan pandang ke hadapan, sama ada disebabkan oleh maklumat baharu, perkembangan masa depan atau sebaliknya, kecuali yang dikehendaki oleh undang-undang.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2403424/LI_tile_2C.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1075411/Shutterstock_Red_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Shutterstock, Inc.
Related Stocks:
NYSE:SSTK
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Acquisitions, mergers, takeovers