BEIJING, 29 Oktober 2014 /PRNewswire/ -- QingCloud, penyedia perkhidmatan pengkomputeran awan yang berpangkalan di China, mengumumkan di Beijing pada 27 Oktober, ia merancang untuk mengadakan hala tuju baharu bagi memasuki pasaran antarabangsa apabila ia melancarkan zon Asia Pasifik pertama, yang dikenali sebagai AP1, di Hong Kong. Langkah tersebut memperlihatkan QingCloud, penyedia IaaS pertama di dunia yang mampu menyediakan apa-apa bilangan sumber IT dalam tempoh beberapa saat sahaja dan mengamalkan sistem bil per saat, telah memulakan kempen luar negara yang agresif untuk memberi perkhidmatan lebih baik kepada para pelanggan di seluruh dunia.
AP1, zon perkhidmatan awan awam serantau keempat dilancarkan oleh QingCloud sejak Julai 2013, menyediakan perkhidmatan pembayaran berbilang mata wang dan bahasa setelah penyedia IaaS China berjaya memperoleh lebih 20,000 pelanggan korporat.
QingCloud berhasrat untuk disertakan dalam senarai penyedia perkhidmatan pengkomputeran awan terkemuka di dunia memandangkan ia dibangunkan dengan teknologi unggul seperti sistem storan blok teragih yang memastikan prestasi I/O tinggi (128MB/s), salinan masa nyata merentasi perkakas berbeza, perkhidmatan awan peribadi berasaskan SDN, sandaran dan pemulihan peranti peringkat blok, serta kolaborasi komuniti robot P2P masa nyata yang memastikan kegagalan disedari dan tidak berbahaya, serta kesemua API dibuka tanpa had.
Walaupun terdapat pegangan yang tugas utama pengkomputeran awan adalah untuk mencipta semula seluruh industri IT dan untuk membangunkan ekosistem IT baharu, QingCloud adalah komited untuk mewujudkan platform yang menyediakan sumber IT masa nyata yang andal, selamat serta mengikut permintaan, yang berbeza daripada perkhidmatan pengkomputeran awan lain yang bertumpu pada pengehosan, dibina dengan tujuan untuk memasuki pasaran perusahaan pada peringkat global.
Keputusan tersebut adalah hasil kelebihan teknikalnya selain hasil operasinya yang berjaya dan pertumbuhan perniagaan yang pesat di tanah besar China.
Syarikat dalam bidang Internet dan Internet mudah alih seperti laman web, perkongsian media, permainan siber, e-perniagaan, rangkaian sosial, data besar serta Aplikasi mudah alih menggunakan perkhidmatan QingCloud bagi memastikan sistem mereka beroperasi dengan lancar.
Sementara itu, kerajaan dan industri tradisional termasuk kewangan, pembuatan, pendidikan serta pembinaan juga beroleh manfaat daripada perkhidmatan IaaS yang hebat oleh QingCloud yang membantu meningkatkan kecekapan operasi IT secara signifikan, mengurangkan TCO bagi sistem IT dan operasi, serta menjimatkan kos penyelenggaraan. QingCloud turut membantu ratusan syarikat baharu memulakan perniagaan mereka walaupun dengan asas modal yang kecil.
Pelancaran AP1, berikutan operasi tiga zon perkhidmatan awan awam QingCloud yang pertama - PEK1, GD1 dan juga PEK2, memperlihatkan integrasi China selanjutnya ke dalam ekonomi dunia.
Memandangkan syarikat antarabangsa semakin mementingkan China, yang merupakan ekonomi kedua terbesar di dunia, syarikat di China juga amat aktif mencari peluang di luar negara.
QingCloud yakin Hong Kong akan menjadi lokasi ideal untuk zon Asia Pasifik pertamanya kerana ia dapat menyasarkan syarikat China yang ke luar negara dan juga syarikat asing yang bertumpu di China.
AP1 menyediakan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi di China dan juga di luar negara tersebut, yang dapat menyediakan perkhidmatan lebih baik untuk syarikat multinasional meliputi pasaran China dan lain-lain pasaran di Asia Pasifik.
QingCloud juga melakukan penyesuaian akhir kerja persiapan untuk perluasan ke Amerika Syarikat dan merancang untuk melancarkan zon USW1 tidak lama lagi.
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20141028/0861407840
Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20141028/0861407840LOGO