omniture

Forum China-Perancis tekankan pertukaran sesama rakyat, budaya

xinhuanet
2024-05-06 20:11 83

PARIS, 6 Mei 2024 /PRNewswire/ -- Forum tentang pembangunan pertukaran sesama rakyat dan budaya antara China dan Perancis telahpun diadakan di sini pada hari Sabtu, dalam usaha untuk meningkatkan kerjasama dan pembelajaran bersama.

A forum on the development of people-to-people and cultural exchanges between China and France was held at InterContinental Paris - Le Grand on Saturday.(Yang Lei)
A forum on the development of people-to-people and cultural exchanges between China and France was held at InterContinental Paris - Le Grand on Saturday.(Yang Lei)

 

President of Xinhua News Agency Fu Hua attends a forum on the development of people-to-people and cultural exchanges between China and France and delivers a speech, in Paris, France, May 4, 2024. (Meng Dingbo)
President of Xinhua News Agency Fu Hua attends a forum on the development of people-to-people and cultural exchanges between China and France and delivers a speech, in Paris, France, May 4, 2024. (Meng Dingbo)

 

Chinese Ambassador to France Lu Shaye, speaks at a forum on the development of people-to-people and cultural exchanges between China and France, in Paris, France, May 4, 2024. (Lian Yi)
Chinese Ambassador to France Lu Shaye, speaks at a forum on the development of people-to-people and cultural exchanges between China and France, in Paris, France, May 4, 2024. (Lian Yi)

Para peserta bersetuju bahawa pengukuhan pertukaran budaya dan kerjasama antara China dan Perancis bukan sahaja akan membantu meluaskan konsensus dan memperdalam kepercayaan bersama, tetapi turut menggalakkan dua tamadun besar dan tamadun-tamadun lain di seluruh dunia untuk saling bekerja keras dan mencapai penggiatan semula dengan kevitalan baharu dalam era baharu.

Tahun ini menandakan ulang tahun ke-60 penubuhan hubungan diplomatik antara China serta Perancis dan juga Tahun Kebudayaan dan Pelancongan China-Perancis.

Dalam ucapan pembukaan beliau, Presiden Xinhua News Agency Fu Hua berkata forum ini, diadakan pada malam sebelum lawatan negara Presiden China Xi Jinping ke Perancis, adalah sangat penting untuk meningkatkan kerjasama antara media, badan pemikir dan perusahaan dari kedua-dua negara dan untuk mempermudah pertukaran budaya serta pembelajaran bersama.

Fu berkata Xinhua menumpukan perhatian untuk menceritakan kisah mengenai persahabatan antara kedua-dua negara ini dan mempromosikan budaya Cina dan Perancis.

"Kami bersedia untuk bekerjasama dengan outlet media Cina dan Perancis, badan pemikir dan pertubuhan lain bagi mendukung prinsip kesamarataan, pembelajaran bersama, dialog dan keterangkuman antara tamadun serta mendorong nilai bersama semua manusia," kata beliau.

Xinhua bersedia untuk memaparkan secara bersama hasil daripada kerjasama China-Perancis, memperlihatkan daya tarikan budaya tradisional kedua-dua negara dan tumpuan unik daripada tamadun moden mereka serta meluaskan jambatan pertukaran sesama rakyat dan kerjasama budaya, ujar Fu.

Xi turut bersiap sedia untuk merebut peluang seperti Tahun Kebudayaan dan Pelancongan China-Perancis dan Sukan Olimpik Paris untuk cuba mengadakan lebih banyak aktiviti pertukaran budaya bagi mendorong hubungan dua hala ke tahap lebih tinggi.

Duta China ke Perancis Lu Shaye berkata pertukaran sesama rakyat dan budaya merupakan asas yang penting dan daya penggerak yang berterusan untuk hubungan China-Perancis.

Kedua-dua negara ini dijadualkan untuk melancarkan berpuluh-puluh acara kebudayaan dan pelancongan pada tahun ini yang menandakan ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik dan Tahun Kebudayaan dan Pelancongan China-Perancis serta akan menyaksikan Sukan Olimpik Paris, membawa peluang yang penting kepada pertukaran sesama rakyat dan budaya, kata duta.

Lu turut menyatakan kepercayaan beliau bahawa di bawah bimbingan yang strategik daripada Presiden Xi dan Presiden Macron, hubungan dua hala pasti menunjukkan semangat dan daya tenaga pada masa akan datang manakala pertukaran budaya dan kerjasama yang berkembang pesat juga akan meletakkan asas pendapat umum yang lebih kukuh demi pembangunan hubungan dua hala yang kukuh dan stabil.

"Budaya merupakan pengikat yang paling kuat antara tamadun kami," kata Eric Alauzet, presiden Kumpulan Persahabatan Perancis-China daripada Perhimpunan Kebangsaan Perancis, di forum ini.

Sejarah bersama antara kedua-dua negara ini selepas penubuhan hubungan diplomatik telah memupuk pertukaran budaya dan sesama rakyat yang membuahkan hasil, yang hasilnya memacu kerjasama dan pembangunan dalam bidang-bidang lain, kata beliau.

Kerjasama dua hala telahpun mencapai banyak hasil dari segi ekonomi serta perdagangan dan dalam usaha bersama mereka menentang perubahan iklim, tambah Alauzet, menyatakan bahawa kedua-dua negara telah mengadakan pelbagai aktiviti pertukaran budaya pada tahun ini, yang akan memajukan selanjutnya hubungan dua hala.

Forum pada hari Sabtu ditaja bersama oleh Xinhua News Agency, Kedutaan China di Perancis dan Publicis Groupe, sebuah syarikat pengiklanan dan perhubungan awam multinasional.

Bertemakan "Memperkukuh Pertukaran Sesama Rakyat dan Budaya, Mendorong Semangat China-Perancis," forum ini menarik sekitar 250 wakil daripada kerajaan China dan Perancis, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan pertubuhan antarabangsa yang lain, outlet media global arus perdana, badan pemikir serta lingkungan budaya dan perniagaan kedua-dua negara.

Sebelum pembukaan forum, Xinhua News Agency menandatangani memorandum persefahaman bersama Publicis Groupe.

Source: xinhuanet
Keywords: Art Banking/Financial Service Publishing/Information Service