-- Syarikat mengumumkan pelbagai peningkatan, kemas kini serta perluasan program.
BARCELONA, Sepanyol, 29 Oktober 2014 /PRNewswire/ -- Pada hari Selasa semasa TechEd Eropah, Microsoft Corp. mengumumkan perkhidmatan awan baharu, penyelesaian mobiliti, API, alatan serta ekosistem diperluas bagi penyelesaian rakan kongsi, semuanya direka bagi membantu profesional IT dan pembangun bersaing dan berjaya dalam dunia masa kini yang mengutamakan awan dan mudah alih.
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20000822/MSFTLOGO
"Perusahaan masa kini sentiasa aktif, manakala para pembangun dan profesional IT pula sentiasa terdesak untuk mengikuti persaingan permintaan perniagaan," kata Jason Zander, naib presiden korporat Microsoft Azure, Microsoft. "Kami menggunakan kuasa platform awan kami - Azure, Office 365 serta Microsoft Dynamics – untuk menyediakan penyelesaian teknologi yang memperkasa para profesional IT, pembangun dan juga pengguna akhir untuk meningkatkan kemampuan mereka."
Inovasi Azure membantu melancarkan pengendalian dan mempertingkat keselamatan
Semasa TechEd Eropah, Microsoft mengumumkan beberapa perkhidmatan awan untuk membantu automasi dan melancarkan pengendalian IT secara pintar, termasuklah:
- Azure Operational Insights membawa bersama Azure, HDInsight serta Microsoft System Center untuk mengumpul dan menganalisis data mesin merentasi persekitaran awan dan menukarkannya menjadi maklumat boleh tindak yang memaklumkan keputusan perniagaan. Sedia untuk pratonton pada November 2014.
- Azure Batch membenarkan pelanggan mengaturkan penggunaan tugas skala melintang besar-besaran, dengan akses kepada ribuan teras, bagi menyelesaikan masalah rumit dengan hanya beberapa klik dan tiada pelaburan infrastruktur. Boleh didapati untuk pratonton.
- Azure Automation mengautomasikan tugas yang memakan masa merentasi persekitaran pihak ketiga dan Azure, lalu mengurangkan risiko yang berkaitan dengan proses manual berulang. Boleh didapati secara umum.
Microsoft turut mengumumkan sebilangan peningkatan keselamatan, yang boleh didapati secara umum sekarang, kepada Azure Virtual Machines dan Cloud Services, termasuk:
- Sokongan untuk berbilang kad antara muka rangkaian (NIC) agar pelanggan boleh membawa perkakas perangkaian dan keselamatan mereka sendiri seperti pengimbang beban dan tembok api
- Kumpulan Keselamatan Rangkaian Baharu yang membolehkan sempadan keselamatan tersuai khusus untuk akses rangkaian dan menyediakan kawalan lebih baik untuk aliran lalu lintas
- Anti Perisian Hasad Microsoft untuk Mesin Maya dan Perkhidmatan Awan, perkhidmatan percuma yang menyediakan perlindungan ancaman masa nyata
Pengurusan mobiliti perusahaan menyeluruh untuk hampir apa jua peranti dan data
Microsoft juga mengumumkan peningkatan pengurusan, keselamatan, privasi serta pematuhan untuk Enterprise Mobility Suite dan Office 365. Kemampuan baharu ini memberi IT kemampuan untuk menguatkuasakan polisi, melindungi aset korporat dan turut memperkasa tenaga kerja hari ini yang sentiasa aktif dan mudah alih.
- Kemas kini Microsoft Intune. Kemas kini ini akan membolehkan pelanggan mengurus app mudah alih Office secara menyeluruh, menyelubungi aplikasi bidang perniagaan mereka sendiri dengan teknologi pengurusan, membolehkan paparan app mudah alih yang lebih selamat serta menyediakan ciri akses bersyarat yang kuat yang membenarkan kawalan lebih ketat untuk sumber korporat dengan ciri akses bersyarat. Boleh didapati dalam beberapa bulan akan datang.
- Pengurusan Peranti Mudah Alih (MDM) Terbina Dalam untuk Office 365. Kemampuan MDM Intune baharu terbina dalam untuk Office 365 bagi peranti iOS, Android serta Windows Phone akan melengkapi pentadbir dengan pengurusan peranti dipacu polisi dan kemampuan untuk memadamkan data korporat bagi mencegah akses dan penggunaan yang tidak sah – semuanya sambil memelihara data peribadi. Boleh didapati pada suku tahun pertama 2015.
- Kemas kini Premium Direktori Aktif (AD) Azure. Azure AD Application Proxy, boleh didapati secara umum menjelang akhir tahun 2014, akan memungkinkan penerbitan aplikasi di premis kepada pengguna luar melalui awan. Azure AD Connect, boleh didapati untuk pratonton menjelang akhir tahun 2014, akan memudahkan penyambungan aset di premis kepada awan dan menyelaras direktori kepada Azure AD.
- Melanjutkan teknologi Pencegahan Kehilangan Data (DLP) merentasi Office 365. Dalam masa beberapa bulan berikut, kemampuan DLP akan ditambah kepada SharePoint Online dan OneDrive for Business untuk menyediakan perlindungan bagi kandungan sensitif merentasi Office 365. Tambahan lagi, pada tahun 2015, app Office akan menyokong pemberitahuan DLP untuk menyediakan perintah prom berguna kepada pengguna yang berkaitan dengan perlindungan maklumat.
API dan alatan Office 365 untuk pembangun
Microsoft juga memperkenalkan API dan alatan baharu yang membenarkan pembangun mengakses API Office 365 dan mencipta aplikasi produktiviti beraneka data baharu menggunakan platform, alatan serta peranti pilihan mereka.
- API Terbuka Baharu untuk Office 365. API berasaskan REST ini untuk mel, fail, kalendar dan juga orang hubungan akan memperkasa pembangun Android, iOS, Windows atau Web untuk memanfaatkan kandungan Office 365 sebanyak lebih 400 petabit bagi menyediakan produktiviti dipertingkat kepada jutaan pelanggan Office 365. Kini boleh didapati melalui API Sandbox Microsoft untuk Office 365.
- Kit pembangunan perisian (SDK) mudah alih baharu untuk pembangunan app asal. SDK ini memudahkan pembangun menggunakan API Office 365 untuk mencipta aplikasi bagi sebarang platform menggunakan alatan dan bahasa yang biasa mereka gunakan. SDK iOS baharu untuk Xcode boleh didapati dalam pratonton. SDK Android dan Visual Studio boleh didapati secara umum.
- Pelancar App Office 365. Pelancar App Office 365 menyediakan ruang tunggal boleh suai khusus dalam Office 365 agar orang ramai boleh mengakses app kegemaran mereka. Pembangun boleh menggunakan Pelancar App untuk meningkatkan ketampakan app mereka di samping app seperti Outlook, Yammer serta OneDrive.
Tambahan lagi, pelanggan Visual Studio Online di Eropah boleh memilih untuk menggunakan Rantau Amsterdam Azure untuk projek mereka dan menyimpan data di tempat yang lebih hampir dengan mereka.
Ekosistem rakan kongsi awan diperluas
Microsoft terus menyediakan penyelesaian awan diperkasa rakan kongsi baharu, termasuk:
- Rangkaian Sistem Pengendalian Awan diperluas, dengan sokongan rakan kongsi kini boleh didapati di lebih 100 negara, memberi pelanggan akses luas kepada penyelesaian awan hibrid.
- Program Diluluskan untuk Perkhidmatan Aplikasi Azure yang baharu, sebahagian daripada Azure Certified, yang merangkumi API terurus dan perkhidmatan data. Pelanggan kini boleh mengakses lebih 50 penyelesaian daripada lebih 30 rakan kongsi, melalui Azure Marketplace, termasuk New Relic, Cloudera, Hortonworks, CommVault, CoreOS, DataStax, NGINX serta Veeam.
Setelah ditubuhkan pada tahun 1975, Microsoft (Nasdaq "MSFT") ialah peneraju sedunia daripada segi perisian, perkhidmatan, peranti dan juga penyelesaian yang membantu orang ramai dan perniagaan merealisasikan potensi penuh mereka.
Source: Microsoft Corp.