omniture

Sasaran berasaskan-sains ZTE diluluskan oleh SBTi

ZTE Corporation
2024-05-07 11:25 87
  • Sasaran jangka pendek dan jangka panjang ZTE terhadap kriteria sifar-bersih SBTi diluluskan  
  • ZTE komited untuk mengurangkan emisi GHG skop 1 dan 2 mutlak sebanyak 52% menjelang tahun 2030, 90% menjelang tahun 2040 dan mencapai emisi GHG sifar-bersih dalam seluruh rantaian nilai menjelang tahun 2050

SHENZHEN, China, 7 Mei 2024 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia global yang terkemuka bagi penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi, baru-baru ini mengumumkan sasaran berasaskan sainsnya, mencapai pengurangan emisi gas rumah hijau sejajar dengan laluan had kenaikan suhu 1.5°C dan akhirnya mencapai emisi sifar-bersih selewat-lewatnya pada tahun 2050, telahpun diluluskan oleh inisiatif Science Based Targets (SBTi) dan disenaraikan pada papan pemuka sasaran SBTi. ZTE menjadi syarikat teknologi ICT berskala besar pertama di China yang mendapat kelulusan rasmi untuk kedua-dua sasaran pengurangan emisi GHG jangka pendek dan jangka panjang serta mendapat tempat dalam Senarai A CDP, menunjukkan pencapaian penting dalam tindak balas aktifnya terhadap cabaran iklim global.


ZTE bertindak balas secara aktif terhadap trend penyahkarbonan antarabangsa. Sejak tahun 2021, syarikat ini merangka strategi hijau dan rendah karbon berdasarkan kepada inovasi kecerdasan digital, memfokuskan kepada empat dimensi utama: Operasi Hijau, Rantaian Bekalan Hijau, Infrastruktur Digital Hijau dan Pemerkasaan Hijau. Strategi ini bermatlamat untuk membina laluan hijau untuk ekonomi digital, menggalakkan inisiatif hijaunya sendiri secara dalaman dan memperkasa penjimatan tenaga industri dan pengurangan karbon secara luaran.

Pertama, ZTE menetapkan matlamat standard-tinggi sistematik yang bercita-cita tinggi. ZTE komited untuk mengurangkan emisi GHG skop 1 dan 2 mutlak sebanyak 52% menjelang tahun 2030, 90% menjelang tahun 2040 dan mencapai emisi GHG sifar-bersih dalam seluruh rantaian nilai menjelang tahun 2050.

Kedua, ZTE mengintegrasikan konsep hijau dan rendah karbon secara mendalam ke dalam operasi hujung-ke-hujungnya. ZTE bukan sahaja memfokuskan kepada penyelidikan dan pembangunan (R&D), pengeluaran dan kemudahan penggunaan tinggi untuk mengurangkan penggunaan sumber dan impak terhadap alam sekitar, tetapi turut mengintegrasikan langkah-langkah hijau dalam rantaian bekalannya, membangunkan model emisi dan menggalakkan kolaborasi bersama rakan kongsi untuk mengurangkan emisi keseluruhan.

Bagi infrastruktur digital, ZTE menyasarkan "tenaga bersih, ICT ultra cekap, rangkaian kecerdasan," memfokuskan untuk meningkatkan kecekapan produk dan mencipta rangkaian karbon "sifar". ZTE membantu pengendali global menjimatkan 10 bilion kWj elektrik setiap tahun melalui penjanaan kuasa fotovolta pintar, sel bahan api hidrogen, penyejukan cecair, penjimatan tenaga AI dan teknologi canggih yang lain.

Dalam bidang pemerkasaan hijau, ZTE melancarkan penyelesaian rangkaian awan jitu hijau berasaskan kepada seni bina "Nebula Digital", dikhususkan untuk membolehkan pelbagai industri mencapai penjimatan tenaga, pengurangan emisi dan peningkatan kecekapan.

ZTE mencapai hasil yang luar biasa dalam pembangunan mampan. Pada tahun 2023, emisi karbon keseluruhan syarikat ini berkurangan sebanyak 9.7% berbanding tahun sebelumnya, dengan emisi karbon operasi (skop 1&2) berkurangan sebanyak 3.0% berbanding tahun sebelumnya dan kesemua emisi karbon tidak langsung (skop 3) dalam huluan dan hiliran berkurangan sebanyak 9.8% berbanding tahun sebelumnya. Sejak dua tahun yang lalu, emisi karbon operasi (skop 1&2) berkurangan sebanyak 15.6% berbanding tahun sebelumnya, intensiti penggunaan unit daripada penggunaan tenaga keseluruhan syarikat meningkat sebanyak 18.1% manakala kapasiti terpasang penjanaan kuasa fotovolta dibina sendiri dan digunakan sendiri meningkat sebanyak 700%.

Sebagai "Pemacu Ekonomi Digital," ZTE akan terus menggalakkan pembangunan hijau dan mampan ekonomi global, menyumbang kepada mitigasi perubahan iklim dan membentuk masa depan bersama untuk dunia.

Inisiatif Science-Based Targets (SBTi) ialah satu inisiatif global yang dilancarkan secara bersama oleh World Wide Fund for Nature (WWF), Projek Pendedahan Karbon (CDP), World Resources Institute (WRI) dan United Nations Global Compact (UNGC). Inisiatif ini bertujuan untuk menetapkan sasaran pengurangan emisi berdasarkan kepada sains iklim untuk menggalakkan syarikat-syarikat di seluruh dunia mengurangkan emisi karbon sejajar dengan kehendak Perjanjian Paris, bagi mengatasi cabaran yang ditimbulkan oleh perubahan iklim secara kolektif.

PERTANYAAN MEDIA: 

ZTE Corporation
Komunikasi
Emel: ZTE.press.release@zte.com.cn

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 Shenzhen:000063
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Utilities Wireless Communications Conservation/Recycling Corporate Social Responsibility Environmental Issues New products/services