PHOENIX, 29 Oktober 2014 /PRNewswire/ -- Rio Tinto Alcan (RTA), SNC-Lavalin, dan Hatch menerima anugerah idaman Projek Terbaik Tahun Ini semasa Majlis Anugerah Profesional Institut Pengurusan Projek (PMI) yang diadakan malam semalam. Majlis Anugerah Profesional PMI mengiktiraf organisasi dan individu dengan semangat, bakat serta kepakaran yang membuat sumbangan terbesar kepada kerjaya pengurusan projek.
Pasukan ini juga sememangnya bersemangat tinggi. Malah, cogan kata "kerapian, keberanian, semangat" telah digunakan bagi memacu komitmen pasukan untuk memenuhi matlamat projek dan melangkaui jangkaan RTA bagi kesihatan, keselamatan serta alam sekitar (HSE).
AP60 Fasa 1 merupakan loji aluminium baharu yang terletak di Jonquiere, Quebec (464 km timur laut Montreal). Loji itu direka bagi menguji teknologi peleburan AP60 milikan RTA pada skala perindustrian. Projek itu adalah yang pertama seumpamanya di dunia dan merupakan langkah pertama dalam program pelaburan terancang RTA di rantau Saguenay-Lac-Saint-Jean Quebec.
Matlamat RTA sudah jelas sejak awal lagi – untuk menyediakan loji perindustrian dengan selamat bagi menunjukkan teknologi AP60 dengan perbelanjaan modal minimum serta jadual yang munasabah. Projek bernilai 1.3 bilion dolar Kanada itu telah disiapkan mengikut peruntukan belanjawan dan sebulan lebih awal daripada tarikh yang dijadualkan. Ia juga menetapkan standard bertaraf dunia untuk HSE yang telah dilaksanakan sebagai tanda aras oleh RTA dan industri pembinaan di Quebec, yang telah menerima kesan buruk akibat kadar kekerapan kecederaan masa terbuang (LTIFR) yang tinggi. Projek itu disiapkan dengan kadar kecederaan 99 peratus lebih rendah daripada purata tempatan.
"Membina loji aluminium untuk mengendalikan teknologi paling canggih di dunia merupakan cabaran yang sangat besar dan menguja," kata Andre Noel daripada Hatch, Pengurus Projek AP60. "Di tengah kemelut kewangan global, pasukan ini menghadapi cabaran tugas untuk merendahkan kos projek kepada paras yang boleh diterima tanpa memberi kesan pada nilai bersih semasa. Amalan peningkatan nilai yang menyeluruh memberi hasil penjimatan perbelanjaan modal sebanyak kira-kira $280 juta tanpa menjejaskan kos pengendalian."
"Kami menetapkan standard baharu untuk prestasi kesihatan dan keselamatan dalam industri pembinaan Quebec dengan projek AP60 ini," kata Marc O'Connor, Naib Presiden Projek, Amerika Utara, Perlombongan dan Metalurgi, SNC-Lavalin. "Kebanyakan program kesihatan dan keselamatan, prosedur serta alatan yang dibangunkan sebagai sebahagian daripada projek ini, merupakan pelopor kepada peralatan yang sedang digunakan untuk projek masa kini."
"Pengurusan projek – adalah semata-mata tentang betapa mahirnya anda memperincikan pelan, mempersembahkan pelan, melaksanakan pelan dan juga menghasilkan keputusan. Itulah apa yang mereka lakukan dengan begitu bagus sekali. Merekalah yang terbaik," kata Michel Charron, Pengarah Projek, Rio Tinto Alcan.
Projek itu telah dilaksanakan di bawah model kontrak pengurusan kejuruteraan, pemerolehan dan juga pembinaan (EPCM), yang diterajui oleh usaha sama antara SNC-Lavalin dan Hatch.
Rio Tinto Alcan (RTA) ialah peneraju global dalam perniagaan aluminium. Salah satu pengeluar terbesar dunia untuk bauksit, alumina serta aluminium, kepimpinannya diperkuat dengan: perancangan projek menyeluruh, teknologi peleburan yang menjadi tanda aras dan juga kedudukan kuasa hidro yang dicemburui ramai. Prinsip pembangunan mampan membimbing tindakan dan keputusan firma itu. Kecemerlangan kesihatan, keselamatan serta alam sekitar ialah keutamaan penting. RTA merupakan salah satu daripada lima kumpulan produk yang dikendalikan oleh Rio Tinto, kumpulan perlombongan antarabangsa terkemuka.
Hatch ialah firma perkhidmatan profesional berbilang disiplin milik kakitangan yang menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan teknikal dan strategik yang menyeluruh, termasuk khidmat nasihat, teknologi maklumat, kejuruteraan, pembangunan proses serta pengurusan projek dan pembinaan kepada sektor Perlombongan, Metalurgi, Tenaga dan juga Infrastruktur. Hatch telah berkhidmat untuk para pelanggan selama lebih enam dekad dengan asal-usul korporat selama lebih 100 tahun dan mempunyai pengalaman projek di lebih 150 negara seluruh dunia. Dengan lebih 11,000 profesional di lebih 65 pejabat, firma itu mempunyai projek yang sedang diuruskan bernilai lebih 35 bilion dolar.
Setelah ditubuhkan pada tahun 1911, SNC-Lavalin ialah salah satu kumpulan kejuruteraan dan pembinaan terkemuka di dunia dan pemain utama dalam pemilikan infrastruktur. Dari pejabat di lebih 50 negara, kira-kira 45,000 kakitangan SNC-Lavalin menyediakan perkhidmatan EPC dan EPCM kepada para pelanggan dalam pelbagai sektor industri, termasuk perlombongan serta metalurgi, minyak dan gas, alam sekitar serta air, infrastruktur dan juga kuasa. SNC-Lavalin juga boleh menggabungkan perkhidmatan ini dengan kemampuan penyelenggaraan dan pengendalian serta pembiayaan untuk menyediakan penyelesaian projek hujung ke hujung yang lengkap.
Gabrielle Lamirande-Gauvin, Ketua Komunikasi dan Pemasaran / Amerika Utara Timur, Hatch Ltd., Tel: +1-514-864-5500, glamirande-gauvin@hatch.ca, www.hatch.ca; Alexis Fung Fook, Pengurus Komunikasi, SNC-Lavalin, Tel +1-416-252-5315, samb. 52379, alexis.fungfook@snclavalin.com; Claudine Gagnon, Penasihat utama, Perhubungan media, Rio Tinto Alcan, Tel +1-514-848-1129, claudine.gagnon@riotinto.com