GUNUNG WUTAI, China, 29 Oktober 2014 /PRNewswire/ -- Dicipta bersama oleh Tapak Pelancongan Gunung Wutai dan Guanyinxiang Art Development Co., Ltd., serta diarahkan oleh sutradara terkenal Wang Chaoge, drama berskala besar See Mount Wutai Again mengadakan tayangan perdana globalnya di Gunung Wutai di Shanxi pada 19 September 2014. Penonton seramai lebih 1,600 jemputan khas, termasuk wakil daripada Persatuan Buddha Gunung Wutai dan tetamu daripada semua golongan masyarakat telah menyaksikan tayangan perdana itu dan memuji-muji persembahan itu. Guru dari pelbagai kuil di Gunung Wutai mengadakan majlis memberkati secara besar-besaran dengan 1,000 peserta.
Gunung Wutai ialah tempat perlindungan Buddha yang paling dikenali dalam kalangan empat pergunungan suci Buddha di China. Pentas sepanjang hampir 200 meter itu dengan suasana Buddha yang mantap, tafsiran bertema yang luar biasa serta ruang berputar yang indah merupakan sorotan tampak utama persembahan itu. Dalam drama itu, para penonton melihat bagaimana ajaran Buddha berkaitan dengan kehidupan moden dan kisah hidup orang biasa. Para penonton, berserta para pelakon drama itu, mengalami peredaran masa dan tafakur hidup Zen, sambil mendalami kebijaksanaan yang disampaikan dari Gunung Wutai menurut pandangan istimewa. "Di China, ajaran Buddha bukan sekadar kepercayaan agama; ia sudah menjadi sebahagian daripada budaya kami yang sebati dalam darah daging masyarakat China," kata Wang.
Sewaktu pertunjukan itu berlangsung, para penonton dibawa dari kawasan berbumbung ke pentas berputar panoramik 360 darjah bagi mengalami ilham kepercayaan dan kebijaksanaan unggul. Dengan bahasa pentas dan rangka lakon yang begitu indah, See Mount Wutai Again memberi tafsiran segar tentang kilasan dan ritual ajaran Buddha seperti gunung yang tersergam gagah dan air yang mengalir, serta membolehkan renungan falsafah. Dengan apa yang kita lihat dan dengar, kita akan lihat hari yang baharu mulai saat seterusnya. Apabila diminta mengulas tentang ekspresi tema ajaran Buddha, Wang berkata, "Budaya ajaran Buddha adalah seluas laut lepas. Kita tidak boleh gambarkan samudera dengan sepenuhnya. Namun besarlah hati kami sekiranya karya kami dapat mengingatkan anda, mengilhamkan anda ataupun membolehkan anda menerima kebijaksanaan Manjushri."
See Mount Wutai Again bukan sahaja projek utama bagi menggalakkan pembaharuan sepenuhnya dan naik taraf keseluruhan Gunung Wutai, tetapi juga merupakan langkah besar untuk menggalakkan perubahan secara agresif dan merupakan batu loncatan pembangunan industri pelancongan Gunung Wutai, serta menandakan pertumbuhan Shanxi menjadi daerah dengan industri kebudayaan yang berkembang pesat.