omniture

Lebih 25,000 Pemimpin Global dan Pembuat Keputusan Industri Berhimpun di Asia Tech x Singapore untuk Mencipta Masa Depan Digital Inklusif

Infocomm Media Development Authority of Singapore
2024-05-07 22:14 105

SINGAPURA, 7 Mei 2024 /PRNewswire/ -- Mulai 29 hingga 31 Mei, platform teknologi unggulan Asia, Asia Tech x Singapore (ATxSG) akan menjadi tuan rumah kepada lebih 25,000 pemimpin global dan pembuat keputusan industri bagi mengatur langkah ke hadapan dalam membina masa depan digital global yang inklusif. Edisi keempat ATxSG akan mendorong perbualan pada persimpangan antara teknologi, masyarakat dan ekonomi digital.


"Kita semakin dapat melihat dan mengalami impak teknologi disruptif yang semakin berkembang dari segi cara kita menjalani kehidupan, bekerja dan bermain. Kerajaan, perusahaan dan individu perlu melaksanakan usaha yang kolaboratif untuk terlibat dalam perbincangan yang strategik dan menerajui inisiatif yang akan memberi impak positif ke atas masa depan digital kita. Melihatkan kedudukan Singapura sebagai nod global-Asia kepada ekonomi digital yang berkembang paling pantas di dunia, kami tidak sabar-sabar untuk menjadi tuan rumah kepada para peserta di ATxSG pada tahun ini apabila mereka mendalami perbualan yang kritikal ini," kata Kiren Kumar, Timbalan Ketua Eksekutif, IMDA.

ATxSummit, acara paling penting dalam ATxSG, akan menghimpunkan lebih 80 penceramah global dan 3,000 tetamu dari 55 negara dalam bidang perniagaan, teknologi dan kerajaan. Acara berdasarkan jemputan sahaja ini diadakan di Capella Singapore, akan menampilkan yang berikut:

  • 29 Mei: Gala Pembukaan di Gardens by the Bay, diserikan oleh En. Tharman Shanmugaratnam, Presiden Republik Singapura.
  • 30 Mei: Persidangan Pleno perdana yang akan menjadi platform untuk pemimpin kerajaan dan industri membahaskan Kecerdasan Buatan, Tadbir Urus dan Keselamatan, Pengkomputeran Kuantum dan Kemampanan. Tetamu Kehormat, En. Heng Swee Keat, Timbalan Perdana Menteri Singapura dan Menteri Penyelaras Dasar Ekonomi akan menyampaikan ucaptama pembukaan.
  • 31 Mei: Dua persidangan utama – ATxAI yang akan memudahkan perbualan yang kritikal berkisarkan pembangunan AI yang bertanggungjawab serta peluang dan cabaran AI, serta Women and Youth in Tech, yang mana penggubal dasar dan pemimpin industri akan membincangkan bagaimana teknologi dapat merevolusikan pendidikan, mengukuhkan rangkuman dan merapatkan jurang jantina. Puan Josephine Teo, Menteri Perhubungan dan Penerangan Singapura serta Menteri yang bertanggungjawab bagi Negara Pintar dan Keselamatan Siber akan menghadiri persidangan sebagai Tetamu Kehormat untuk ATxAI, yang melaluinya beliau akan menyampaikan ucaptama dan penceramah di Women and Youth in Tech. En. Chan Chun Sing, Menteri Pendidikan Singapura, akan turut menjadi sebahagian daripada panel bagi perbincangan Women and Youth in Tech mengenai Revolusi Pembelajaran – But Semula Pendidikan Masa Depan.

ATxSummit akan disertai oleh pemimpin kanan kerajaan dan perniagaan dari seluruh dunia, termasuk:

Pegawai Kerajaan / Organisasi Antarabangsa:

  • Paula Ingabire, Menteri Teknologi Komunikasi Maklumat dan Inovasi, Rwanda
  • Jessica Rosenworcel, Pengerusi, Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan, AS
  • Amandeep Singh Gill, Utusan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Teknologi

Pemimpin Industri:

  • Dario Amodei, Ketua Pegawai Eksekutif, Anthropic
  • Mira Murati, Ketua Pegawai Teknologi, OpenAI
  • Dr Hongjiang Zhang, Pengerusi Pengasas, Beijing Academy of AI
  • John Churchill, Ketua Pegawai Teknologi, Dyson
  • Natasha Crampton, Ketua Pegawai AI yang Bertanggungjawab, Microsoft
  • Profesor Dame Wendy Hall, Profesor Regius Sains Komputer, Southampton University
  • Dr Parag Khanna, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, AlphaGeo
  • Dr Hiroaki Kitano, Timbalan Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Teknologi, Sony Group Corporation
  • Selina Yuan, Presiden, Alibaba Cloud Intelligence International dan Naib Presiden, Alibaba Group

Kunjungi asiatechxsg.com untuk maklumat lanjut.

Hubungi: atxsg.imda@omnicomprgroup.com 

Source: Infocomm Media Development Authority of Singapore
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Education Trade show news Artificial Intelligence