omniture

Crowe Horwath International umumkan pengerusi bersama baharu

Crowe Horwath International
2014-10-29 21:00 85

NEW YORK, 29 Oktober 2014 /PRNewswire/ -- Crowe Horwath International mengumumkan En. Charles Allen, ketua pegawai eksekutif Crowe Horwath LLP, dan En. Yang Jiantao, rakan kongsi utama Ruihua Certified Public Accountants, bakal menjadi pengerusi bersama bagi rangkaian tersebut, berkuat kuasa 1 Januari 2015. Mereka akan menggantikan Andrew Pianca daripada Crowe Clark Whitehill, yang bakal menamatkan perkhidmatan selama dua tahun. Crowe Horwath International menduduki tempat dalam kalangan 10 rangkaian perakaunan global terbaik, dengan lebih 150 firma khidmat nasihat dan perakaunan bebas di lebih 100 negara di serata dunia.

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20090902/CL69632LOGO

En. Kevin McGrath, ketua pegawai eksekutif Crowe Horwath International, berkata: "Chuck dan Jiantao, mempunyai hubungan kerjasama yang rapat sebagai pemimpin perniagaan dalam dua ekonomi terbesar di dunia. Dua individu ini bakal berkhidmat sebagai pengerusi bersama, yang akan menyediakan perspektif dan kepelbagaian budaya yang ditingkatkan. Lembaga pengarah serta firma ahli rangkaian berharap dapat memberi sebanyak mungkin sumbangan bagi meningkatkan pengaruh serta kesan rangkaian kami pada pentas global."

En. Allen telah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Crowe Horwath LLP sejak tahun 2007 dan kini berkhidmat untuk lembaga pengarah Crowe Horwath International.

En. Yang telah berkhidmat sebagai rakan kongsi utama Ruihua Certified Public Accountants dan juga merupakan ahli lembaga semasa Crowe Horwath International.

Latar Belakang Crowe Horwath International
Crowe Horwath International menduduki tempat dalam kalangan 10 rangkaian perakaunan global terbaik, dengan lebih 150 firma khidmat nasihat dan perakaunan bebas di lebih 100 negara seluruh dunia. Firma ahli Crowe Horwath International komited terhadap perkhidmatan yang berkualiti terbaik, proses penyampaian perkhidmatan yang sangat bersepadu dan juga set umum nilai teras yang membimbing keputusan harian. Setiap firma telah mantap sebagai peneraju dalam komuniti perniagaan negaranya dan diuruskan oleh rakyat tempatan, dengan itu menyediakan maklumat tentang undang-undang serta adat setempat yang amat dititikberatkan oleh pelanggan yang memulakan usaha baharu atau berkembang ke negara lain. Firma ahli Crowe Horwath International terkenal dengan perkhidmatan peribadi mereka untuk perniagaan persendirian dan perniagaan pegangan awam dalam kesemua sektor serta telah membina reputasi antarabangsa dalam bidang audit, cukai dan juga khidmat nasihat.

Source: Crowe Horwath International
Keywords: Banking/Financial Service Personnel announcements