omniture

Vantage dedahkan impak penting sumbangan terhadap sokongan pelarian UNHCR yang berterusan di Australia

Vantage
2024-05-09 14:19 82

SYDNEY, 9 Mei 2024 /PRNewswire/ -- Broker pelbagai aset yang terkemuka, Vantage Markets (atau Vantage), dengan sukacitanya mengumumkan kesan berterusan daripada sumbangannya dalam menyokong perlindungan dan penempatan semula pelarian dan individu tanpa kerakyatan di Australia. Ini berikutan sumbangannya sebanyak AS$100,000 kepada UNHCR, Agensi Pelarian PBB pada Mei 2023.

The Australian Government has granted emergency visas to evacuate Afghans no longer safe in their home country, including Fatima, the captain of the Afghan Women’s Football Team. © UNHCR/Heidi Wentworth-Ping
The Australian Government has granted emergency visas to evacuate Afghans no longer safe in their home country, including Fatima, the captain of the Afghan Women’s Football Team. © UNHCR/Heidi Wentworth-Ping

Kerajaan Australia telah memberikan visa kecemasan untuk memindahkan warga Afghanistan yang tidak lagi selamat di tanah air mereka, termasuk Fatima, kapten Pasukan Bola Sepak Wanita Afghanistan. © UNHCR/Heidi Wentworth-Ping

Landskap pelarian Australia membawa cabaran yang rumit, dengan beribu-ribu orang mencari suaka dan perlindungan. Usaha UNHCR, diperkukuh oleh sokongan daripada Vantage, memainkan peranan penting dalam menghadapi cabaran ini dan menyediakan bantuan kritikal kepada individu ini, dengan menyokong perlindungan pelarian dan individu tanpa kerakyatan yang lebih baik, menawarkan sokongan kaunseling langsung dan memudahkan penyelesaian yang kukuh dan berpanjangan untuk pelarian yang layak.

Kesan daripada perkongsian ini adalah mendalam, memberi manfaat kira-kira 788 orang pelarian, pelarian dalaman (IDP) dan orang yang kembali ke tanah air dalam tahun 2023 sahaja. Daripada kesemua ini, 119 individu berjaya ditempatkan semula dari Australia ke New Zealand, 39 menemui rumah baharu di Kanada dan 19 individu berlepas ke Amerika Syarikat.

"Kerjasama kami bersama UNHCR menekankan komitmen kami untuk mewujudkan dunia yang lebih inklusif dan penuh belas kasihan," kata Jack Kelly, Ketua Bahagian Jualan, Vantage Australia. "Kami berbesar hati melihat bagaimana jalinan kerjasama kami membolehkan UNHCR menangani kerumitan sokongan pelarian dengan berhati-hati, memastikan setiap langkah yang diambil merupakan langkah ke arah masa depan yang lebih baik."

Usaha-usaha ini menghasilkan perubahan yang bermakna dalam kehidupan mereka yang memerlukan bantuan. Sebagai contoh, seorang wanita dari Iran, yang telah mengalami keganasan dan pengasingan sosial ekoran gangguan tekanan selepas trauma (PTSD) yang teruk, mendapat ketenangan melalui sokongan daripada UNHCR. Dengan bantuan dana daripada Vantage, UNHCR mempunyai sumber yang mencukupi untuk menyokong kesihatan mental beliau dan menyelesaikan temu duga yang diperlukan untuk penempatan semula di New Zealand. Kini, beliau menunggu keputusan daripada permohonannya, mengharapkan masa depan yang lebih cerah.

Begitu juga dengan seorang lagi lelaki Kurdish yang bergelut dengan PTSD kronik dan keadaan kesihatan yang mengancam nyawa, menunjukkan daya tahan yang luar biasa. Melalui sokongan holistik daripada UNHCR, beliau dapat menstabilkan kesihatan mentalnya dan dapat menyelesaikan temu duga yang panjang dan terperinci untuk memulakan proses penempatan semula beliau. Kini, beliau masih stabil dan mengharapkan permulaan yang baharu.

"Pelaksanaan aktiviti ini memberi impak yang signifikan ke atas kesejahteraan dan kualiti hidup pelarian dan pencari suaka di bawah perlindungan UNHCR," menurut satu laporan yang disusun oleh UNHCR Australia. "Dengan memperkasa mereka dan memupuk rasa berupaya bertindak sendiri, aktiviti ini dapat menawarkan laluan kepada pelarian dan pencari suaka untuk mendapatkan semula sedikit kawalan ke atas kehidupan mereka. Lebih penting lagi, penglibatan ini memastikan pilihan mereka untuk penempatan semula terbuka, memberikan harapan dan laluan yang nyata menuju masa depan yang lebih cerah."

"Kami berbesar hati dapat menyokong usaha UNHCR — pasukan ini melakukan tugas yang sangat penting dan kami berbangga dapat menjadi sebahagian daripada perjalanan mereka," kata Kelly. "Kami berharap agar inisiatif kami menggalakkan lebih ramai individu dan organisasi untuk menyokong usaha berterusan UNHCR dan menyertai misi untuk mencipta sebuah dunia yang lebih inklusif dan penyayang."

Latar Belakang Vantage

Vantage  (atau Vantage Markets) ialah broker pelbagai aset yang menawarkan kepada pelanggan dengan akses kepada perkhidmatan yang pantas dan hebat untuk memperdagangkan Kontrak untuk Perbezaan (CFD) pada tukaran mata wang asing (Forex), Komoditi, Indeks, Saham, ETF dan Bon.

Dengan pengalaman pasaran selama lebih 13 tahun, Vantage melangkaui peranan sebagai broker, menyediakan ekosistem dagangan yang dipercayai, aplikasi dagangan mudah alih yang memenangi anugerah dan platform dagangan mesra pengguna yang memperkasa pelanggan untuk merebut peluang perdagangan. Muat turun Vantage App pada App Store atau Google Play.

berdagang lebih bijak @vantage

https://www.vantagemarkets.com/en-au/ 

Vantage Global Prime Pty Ltd (ACN 157 768 566) ("Vantage"), terletak di 12/15 Castlereagh Street, Sydney, NSW, Australia, 2000 dan diberi kuasa dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti & Pelaburan Australia (ASIC) AFSL no. 428901.

Memperdagang derivatif mempunyai risiko yang besar. Ia tidak sesuai untuk semua pelabur dan sekiranya anda merupakan seorang pelanggan profesional, anda boleh mengalami kerugian besar lebih daripada pelaburan awal anda. Apabila memperoleh produk derivatif kami, anda tidak mempunyai kelayakan, hak atau kewajipan terhadap aset kewangan yang mendasari. Prestasi lalu bukan petunjuk prestasi masa depan dan undang-undang cukai tertakluk kepada perubahan. Maklumat di laman web ini bersifat umum dan tidak mengambil kira objektif peribadi, keadaan kewangan atau keperluan anda. Sehubungan itu, sebelum bertindak berdasarkan nasihat, anda harus mempertimbangkan sama ada nasihat itu sesuai untuk anda dengan mengambil kira objektif, keadaan kewangan dan keperluan anda. Kami menggalakkan anda untuk mendapatkan nasihat bebas jika perlu.

Anda harus mempertimbangkan sama ada anda merupakan sebahagian daripada pasaran sasaran kami dengan menyemak Penentuan Pasaran Sasaran (TMD) kami, membaca Kenyataan Pendedahan Produk (PDS) kami dan dokumen-dokumen sah yang lain bagi memastikan anda memahami sepenuhnya risiko sebelum anda membuat apa-apa keputusan perdagangan. Kami menggalakkan anda untuk mendapatkan nasihat bebas jika perlu.

Latar Belakang UNHCR

UNHCR, Agensi Pelarian PBB, menerajui tindakan antarabangsa untuk melindungi orang yang terpaksa melarikan diri disebabkan oleh konflik dan penganiayaan. Pertubuhan ini memberi bantuan yang menyelamatkan nyawa termasuk tempat berlindung, makanan dan air, membantu melindungi hak asasi manusia dan membangunkan penyelesaian yang memastikan orang ramai mempunyai tempat selamat yang dipanggil rumah yang membolehkan mereka membina masa depan yang lebih baik. UNHCR juga berusaha untuk memastikan orang tak bernegara diberi kerakyatan.

Source: Vantage
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Corporate Social Responsibility Not for profit Socially Responsible Investing Financial Technology DEI Page Cision Influencer List - ESG