HONG KONG, 31 Oktober 2014 /PRNewswire/ -- Lebih 25 pakar media sosial terbesar pada peringkat global dan pencipta kandungan berkumpul pada acara Social Matters Hong Kong. Lebih 400 perwakilan telah mempelajari cara untuk menghasilkan kandungan yang hebat, merangsang interaksi dan turut mempercepat perkembangan jenama merentasi media sosial.
#socialmatters menyaksikan lebih 3,000 kiriman, dengan kiriman pembukaan bagi acara tersebut berjaya mencapai lebih 800 kiriman semula. Jumlah tanggapan berjaya mencapai lebih 12 juta sepanjang hari tersebut.
Acara tersebut memberi tumpuan kepada tiga topik utama yang amat penting dalam strategi digital yang berjaya: penciptaan kandungan dan pengedaran, pemasaran mudah alih serta menilai ROI (pulangan pelaburan) bagi kempen digital yang hebat.
Antara sorotan yang disediakan termasuklah sesi daripada Zach King "Raja Vine."
Dengan lebih 2 juta pengikut menerusi Vine dan 1.4 juta pengikut di Instagram, Zach menekankan tiga soalan yang perlu dikemukakan sebelum mencipta kandungan sosial:
"Kehadiran platform baharu mendorong jenama untuk menghasilkan kandungan berkualiti dalam jumlah yang tinggi dengan pantas," kata Thomas Crampton, Pengarah Urusan Global di Social@Ogilvy. "Wadah yang tepat dapat membantu jenama mempercepat dan mempertingkat kualiti kandungannya."
Bagi mendapatkan butiran lanjut tentang acara tersebut sila layari Social Matters, atau berhubung dengan kami di www.facebook.com/socialogilvy, www.twitter.com/matterssocial
Latar Belakang All That Matters & Social Matters
All That Matters yang memenangi anugerah merupakan satu-satunya acara Business2Business2Fan (Perniagaan kepada perniagaan kepada peminat) di Asia yang menghimpunkan Muzik, Digital, Sosial dan juga Perihal Penajaan berserta kumpulan dan juga pengguna YouTube.
Sebagai usaha sama antara Branded dan Social@Ogilvy, Social Matters merupakan satu-satunya acara perniagaan peringkat eksekutif di Asia agar jenama dapat menilai secara kritis penggunaan media sosial sebagai wadah perniagaan yang berpengaruh.
Latar Belakang Social@Ogilvy
Social@Ogilvy merupakan rangkaian pakar strategi media sosial terbesar di dunia. Dipilih sebagai Perunding Digital/Sosial Global Terbaik Tahun 2013 oleh The Holmes Report, khidmatnya memanfaatkan kepakaran media sosial merangkumi semua bidang Ogilvy & Mather, lalu menawarkan pelbagai perkhidmatan dan penyelesaian perniagaan.
Latar Belakang Branded
Branded merupakan penerbit acara media dan hiburan terkemuka di Asia dan menerbitkan siri acara All That Matters yang memenangi anugerah. Branded telah mencipta perkongsian berjenama yang jaya dengan beberapa penghibur terkenal dunia termasuk Rolling Stones, Coco Lee, dan juga Black Eyed Peas.
Sarah Edwards
Pengarah Komunikasi Korporat, APAC Ogilvy & Mather, Hong Kong
D: +852-2884-8611
Anna Mugglestone
Pengarah Marcom, Hong Kong
D: +852-2884-8685