omniture

SANY Heavy Industry Terbit Laporan Pembangunan Mampan 2023

SANY Group
2024-05-14 14:35 71

SHANGHAI, 14 Mei 2024 /PRNewswire/ -- Pengeluar jentera pembinaan terkemuka SANY Heavy Industry (SANY) menerbitkan secara rasmi Laporan Pembangunan Mampan tahunannya, memperincikan inisiatif dan pencapaian SANY dalam memajukan penyahkarbonan proses-penuh tatkala dunia menghadapi cabaran iklim yang teruk, menggalakkan pembangunan bakat hijau berpusatkan-kepelbagaian dan komiten teguh serta pelaburan dalam kebajikan sosial untuk memperkukuh nila-nilai bersama.

SANY Heavy Industry's sustainable development footprint
SANY Heavy Industry's sustainable development footprint

"Laporan Pembangunan Mampan tahunan SANY merupakan satu wadah bagi kemajuan dan pencapaian penyahkarbonan syarikat dan komitmen kami kepada perlindungan terhadap alam sekitar dan pembangunan mampan. SANY memberi tindak balas kepada cabaran iklim global dan mencapai matlamat 'Dwi-Karbon' dengan langkah-langkah konkrit. Kami berharap dapat mengukuhkan transformasi dan pembangunan industri serta memberi sumbangan besar kepada pengurangan emisi gas rumah hijau dan memajukan pembangunan tenaga bersih," kata Xiang Wenbo, pengerusi SANY Heavy Industry.

Kemampanan: pelaburan berterusan dalam tenaga boleh baharu dengan pengurusan emisi diperkukuh 

Menerusi langkah-langkah yang bersungguh-sungguh untuk menggalakkan pengeluaran fotovolta dan hidrogen, SANY mempercepatkan penggunaan tenaga bersihnya termasuk solar dan hidrogen. Menjelang akhir tahun 2023, 21 subsidiari SANY mempunyai peralatan penjanaan kuasa fotovolta yang digunakan, dengan jumlah penggunaan tenaga bersih mencapai 44,815.9 kWj, perkadaran sebanyak 6.55 peratus.

Pada tahun 2023, kepekatan emisi VOC SANY ialah 0.00136 tan setiap juta unit, pengurangan sebanyak 23 peratus daripada tahun asas dengan sasaran dicapai; ketumpatan pelepasan air kumbahan pada 5.42 tan setiap juta unit merupakan pengurangan sebanyak 38 peratus berbanding tahun asas.

Sementara itu, SANY telah menjalankan penyelenggaraan percuma untuk melanjutkan tempoh guna peralatan penutupan di peringkat global untuk mengitar semula peralatan yang sudah usang dan dalam masa yang sama meninjau cara untuk mengitar semula bungkusan dan menaik taraf kadbod serta kotak kayu. Pada tahun 2023, ia menjimatkan 2.2 juta yuan (USD 303,820) bagi bahan bungkusan dan mengurangkan dengan ketara sisa pepejal.

Menuju hijau: kilang hijau dan rantaian bekalan hijau

SANY mengintegrasikan inisiatif penjimatan tenaga dalam semua pautan pengeluaran dan operasi. Pada tahun 2023, penggunaan tenaganya bagi setiap RMB 10,000 nilai pengeluaran di kawasan pengeluaran adalah sebanyak 39.53 yuan (USD5.46), penurunan sebanyak 10.7 peratus berbanding tahun sebelumnya sementara program pemuliharaan dan pengurangan penggunaan tenaga telah menjimatkan 11.89 juta yuan (USD1.64 juta) kos tenaga.

Pada tahun 2023, SANY mereka bentuk dan membina 'kilang rumah api' luar negara pertamanya di Indonesia, mencapai pengeluaran berangkaian dan tanpa pemandu sepenuhnya. Kini SANY mengendalikan 33 kilang rumah api, yang secara puratanya, mengurangkan kos buruh sebanyak 46.33 peratus. Hasil daripada pencapaian ini, SANY diberi penghormatan oleh Forbes China sebagai salah satu daripada '50 Syarikat Multinasional Teratas China'. Sejak tahun 2021, SANY mengaplikasikan secara aktif teknologi canggih seperti internet perindustrian, robotik dan AI dalam pelbagai senario pengeluaran. Pada tahun 2023, SANY Automobile diiktiraf oleh Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat Republik Rakyat China sebagai "Perusahaan Pengurusan Rantaian Bekalan Hijau".

Pembangunan bakat berpacukan-inovasi memfokuskan kepada kemampanan dan kebajikan sosial. 

Pada tahun 2023, SANY menjalankan 394 sesi latihan yang dihadiri oleh 23,993 orang - kira-kira 93 peratus daripada pekerja SANY mengambil bahagian dalam pelbagai latihan dengan purata masa latihan selama 121.4 jam. Jumlah perbelanjanaan latihan SANY mencapai 56 juta yuan (USD 7.73 juta).

SANY meletakkan aspek keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan pekerjanya sebagai keutamaan tertinggi dan dinamakan sebagai "Majikan Terbaik China" selama tiga tahun berturut-turut. Hunan SANY Polytechnic College berjaya memupuk 450 bakat teknikal untuk jawatan teknikal setakat Disember 2023 melalui kursus orientasi ibu pejabat pengurusan luar negara.

SANY turut melabur sebanyak 27.872 juta yuan (USD 3.98 juta) dalam pelbagai program kebajikan awam dan sosial. Platform "SANY Public Welfare" kini mempunyai 17,002 sukarelawan berdaftar dan ketika ini SANY mempunyai 51 pasukan sukarelawan yang disertai oleh 714 orang, dengan tempoh perkhidmatan sukarelawan kumulatif selama 2,266.2 jam.

SANY terus memperkukuh dan mengembangkan pasukannya dengan memanfaatkan ramai individu berbakat daripada pelbagai latar belakang. Menjelang akhir tahun 2023, syarikat ini mempunyai 25,930 pekerja sepenuh masa, dengan 10 peratus mencatat rekod daripada pasukan eksekutif adalah wanita.

Source: SANY Group
Keywords: Alternative Energies Construction/Building Environmental Products & Services Green Technology Machinery Mining/Metals Utilities Corporate Social Responsibility Cision Influencer List - ESG