omniture

Xinhua Silk Road: Jenama EV China Zeekr mendapat perhatian sebagai jenama digemari warga asing di gala Hari Jenama China 2024

Xinhua Silk Road
2024-05-15 05:05 71

BEIJING, 15 Mei 2024 /PRNewswire/ -- Pembuat kenderaan elektrik (EV) ulung China Zeekr mendapat perhatian yang luas di gala Hari Jenama China 2024 atas kemasukannya ke dalam senarai 50 jenama China paling digemari oleh warga asing pada tahun ini.

Photo shows Zeekr (ZK. NYSE) went public on the New York Stock Exchange on May 10.
Photo shows Zeekr (ZK. NYSE) went public on the New York Stock Exchange on May 10.

Sebagai jenama EV baharu, Zeekr mendapat penghormatan pada 10 Mei hasil daripada kehandalannya menerusi undian dalam talian, data objektif, kehadiran luar negara dan penarafan pakar.

Dicipta di tengah-tengah peningkatan industri auto China, Zeekr yang diperkenalkan buat julung kalinya pada Bursa Saham New York juga pada 10 Mei ternyata kini menjadi penetap langkah dan bukannya pengikut dalam pembuatan EV China yang berkembang pesat.

Dengan model-model ulungnya berulang kali mendapat kedudukan teratas sebagai jaguh jualan antara EV mewah China, Zeekr yang didedahkan kepada umum pada April 2021, mengekalkan momentumnya dengan memperkenalkan secara konsisten sekurang-kurangnya dua model baharu setiap tahun sejak tahun 2023.

Menjelang penghujung April, Zeekr telah menyerahkan lebih 240,000 EV. Penghantaran bulanan mencapai 16,000 EV dalam bulan April, menunjukkan kenaikan 99 peratus berbanding tahun sebelumnya, paras tinggi bulanan baharu mengiringi pertumbuhan penghantaran Jan-April sebanyak 111 peratus.

Sangat mengambil berat pengalaman dan keselamatan pengguna, Zeekr mengutamakan konsep mementingkan pengguna dalam setiap inovasi teknologi dan usahanya untuk meningkatkan kekuatan struktur badan auto, sekuriti bateri dan penggunaan ruang dalaman memberi balasan kepada syarikat dengan sokongan dan kepercayaan daripada pengguna di dalam dan luar negara.

Mendalami pemanduan pintar, teknologi bateri dan motor, bahan badan auto dan bidang termaju yang lain, Zeekr mengekalkan dedikasinya untuk melangkaui inovasi memandangkan kini ia mempunyai enam pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) di seluruh dunia bagi mempertajam kelebihan teknologi selanjutnya dan menarik minat lebih ramai pengguna.

Dengan lebih 120,000 pekerja di seluruh dunia, pembuat EV Cina dengan EVnya diberi jolokan "kereta kebal di jalan raya" telah memasuki lebih 20 pasaran arus perdana di seluruh dunia termasuk Sweeden, Belanda, Jerman, UAE, Arab Saudi, Qatar, Bahrain, Thailand, Filipina, Laos dan Myanmar.

Dianjurkan oleh pejabat National Brands Project Xinhua News Agency dan China Economic Information Service pada tahun ini, aktiviti pemilihan bagi jenama-jenama China yang paling digemari oleh warga asing diadakan setiap tahun bagi memupuk penjenamaan produk-produk yang dibuat di China.

Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/340165.html

 

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Auto Computer/Electronics Electronic Design Automation Publishing/Information Service Transportation Trade show news General Manufacturing