omniture

Kekuatan Perwatakan Dijadikan Kempen Pengiklanan Baharu Johnnie Walker®

Diageo
2014-11-01 03:51 148

LONDON, 1 November 2014 /PRNewswire/ -- JOHNNIE WALKER®, jenama Wiski Scotch terkemuka dunia[1], telah melancarkan kempen pengiklanan global baharu yang menghidupkan perwatakan tersendiri empat wiski mewah jenama itu.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20141027/713116-a)
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20141027/713116-b)
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20141027/713116-c)

Kempen 'Perwatakan' memainkan peranan penting dalam strategi pemasaran mewah jenama itu yang telah menembusi pasaran baharu melalui kandungan dalam talian berprofil tinggi dan acara pengalaman dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Pengiklanan itu bertumpu pada perwatakan tersendiri dan berbeza yang dicipta daripada kecemerlangan seni buatan dan pengadunan di sebalik empat Wiski Scotch JOHNNIE WALKER - kedalaman rasa JOHNNIE WALKER® BLUE LABEL™ yang sukar ditemui, rasa lancar dan gilap JOHNNIE WALKER® GOLD LABEL RESERVE™, rasa berani JOHNNIE WALKER® BLACK LABEL® dan juga keamatan rasa JOHNNIE WALKER® DOUBLE BLACK™.

Semasa mencipta kempen itu, jenama JOHNNIE WALKER bekerjasama dengan pelbagai perintis pemecah kebiasaan bagi menghasilkan siri imej yang telah dipengaruhi perwatakan adunan serta kepakaran personaliti di sebalik imej itu, lalu menghasilkan metafora tampak yang kuat bagi perwatakan setiap wiski.

James Thompson, Pengarah Urusan, Diageo Global Reserve, berkata: "Kempen Perwatakan mempertingkat perakuan mewah jenama JOHNNIE WALKER serta rangkaian wiskinya yang mengagumkan. Pengiklanan itu mencerminkan dengan penuh indah seni buatan, kualiti serta perwatakan setiap adunan kami melalui hasil karya dengan standard kreatif yang luar biasa.

"JOHNNIE WALKER sentiasa memecah kebiasaan dalam pemasaran mewah, dan kempen ini adalah sebahagian daripadanya."

Pelancaran kempen Perwatakan itu dijalankan berikutan keluaran filem dalam talian jenama itu baru-baru ini, 'The Gentleman's Wager', yang dibintangi Jude Law dan Giancarlo Giannini serta acara "Symphony in Blue' yang mendapat sambutan hebat – pengembaraan teater, pengalaman, muzikal serta artistik pertama dunia melalui wiski mewah – yang diadakan di London bulan lepas. Dalam The Gentleman's Wager, Jude Law memainkan watak lelaki yang, walaupun memiliki segala-galanya, mengusulkan pertaruhan bagi cuba memenangi hadiah yang tidak ternilai dengan wang, dan kini filem pendek itu telah menarik lebih 30 juta tontonan, dan menurut Thompson, telah "mencipta tanda aras baharu untuk kami daripada segi penghasilan kandungan."

Thompson berkata lagi: "JOHNNIE WALKER ialah jenama yang mendiami ruang kemewahan, sama ada itu dizahirkan dalam pengalaman JOHNNIE WALKER HOUSE™ mempesonakan kami – contoh hospitaliti dan penceritaan mengasyikkan yang terbaik – atau dalam pengiklanan yang mencuri tumpuan dan membangkitkan rasa seperti ini."

Setiap iklan dalam kempen baharu ini diilhamkan terus daripada perwatakan tersendiri dan mudah dikenali untuk setiap wiski itu di terasnya.

Untuk JOHNNIE WALKER BLUE LABEL – ekspresi unggul terhadap sifat jarang didapati daripada JOHNNIE WALKER – ini digambarkan melalui pencarian giat untuk kedalaman dan perwatakan yang sukar ditemui. Hanya 1 daripada 10,000 tong kayu yang ditapai dari empat sudut negara Scotland mengandungi wiski dengan perwatakan yang mencukupi bagi menghasilkan pengalaman rasa yang begitu lancar dan dikenali.

Iklan JOHNNIE WALKER BLUE LABEL baharu dibintangi Guillaume Néry, penyelam bebas juara dunia Perancis, yang telah diabadikan dalam foto sedang mencari sesuatu yang mendalam dan jarang didapati pada kedalaman sekitar 100 kaki di bawah paras laut di The Pit, tempat masuk sistem sungai bawah tanah terbesar dunia di Semenanjung Yucatán, Mexico.

JOHNNIE WALKER GOLD LABEL RESERVE dihasilkan oleh Pakar Pengadun syarikat itu dengan menggunakan beberapa wiski kegemarannya, termasuk Wiski Malt Tunggal Clynelish yang sumber airnya mengalir dari Bukit-bukau Kildonan, tempat emas telah ditemui pada tahun 1868, bagi menghasilkan adunan yang penuh lancar dan gilap.

Untuk iklan baharu itu, artis cahaya perintis Bionic League telah mencipta perlambangan fizikal untuk kelancaran dan rasa gilap itu dengan menghasilkan 'River of Gold' secara harfiahnya dengan menghanyutkan bola disko emas di sungai Pergunungan Scotland. Bionic League membantu beberapa pemuzik terkenal seluruh dunia untuk menghiburkan para penonton dengan pertunjukan cahaya yang memukau.

JOHNNIE WALKER BLACK LABEL merupakan salah satu jenama Wiski Scotch yang paling terkemuka di dunia, dikenali kerana rasa beraninya, manakala JOHNNIE WALKER DOUBLE BLACK pula ialah wiski klasik moden yang dicipta berdasarkan gaya JOHNNIE WALKER BLACK LABEL dengan perwatakan yang lebih mendalam dan kuat, dihasilkan daripada wiski rasa berasap semula jadi dan juga penggunaan tong kayu hangus bara.

Dalam iklan itu, perwatakan kedua-dua adunan dihidupkan oleh artis kelahiran Itali Mattia Biagi, yang dikenali kerana menukarkan objek harian menjadi hasil karya seni yang ceria dan ikonik dalam warna hitam. Bagi kempen pengiklanan ini, beliau menukarkan bilik penuh dengan barangan mewah ikonik – termasuk piano besar serta kereta antik – menjadi hasil karya seni yang berani dan membangkitkan rasa yang kuat, melalui penggunaan warna hitam, api dan juga asap.

Daniel Leahy, Pengarah Perakuan Global JOHNNIE WALKER berkata: "Membangunkan kempen ini semata-matanya adalah tentang penciptaan gambaran penuh imaginasi, berkuasa serta meluap-luap yang benar-benar mencerminkan perwatakan wiski kami – tentang menampilkan kualiti teras minuman itu dengan ketara.

"Kami gembira kerana telah mencipta ini bersama Guillaume, Bionic League, Mattia serta Anomaly – agensi kreatif berpusat di New York – kerana mereka ialah perintis sebenar. Seperti JOHNNIE WALKER, mereka berkongsi kepercayaan terhadap standard kecemerlangan tanpa kompromi serta komitmen mendalam untuk inovasi dan kemajuan. Kami tidak sabar-sabar lagi untuk menikmati kerjasama yang bakal membuahkan hasil lumayan.

--------------------------------------------------

1. IWSR (2013)

Latar Belakang Diageo

Diageo merupakan peneraju global daripada segi minuman beralkohol dengan koleksi jenama mengagumkan merentasi kategori arak, bir dan juga wain. Jenama ini termasuklah Johnnie Walker, Crown Royal, J&B, Buchanan's, wiski Windsor dan Bushmills, vodka Smirnoff, Cîroc serta Ketel One, Captain Morgan, Baileys, Don Julio, Tanqueray dan juga Guinness.

Diageo ialah syarikat global, dan produk kami dijual di lebih 180 negara seluruh dunia. Syarikat itu termasuk dalam senarai Bursa Saham London (DGE) dan Bursa Saham New York (DEO). Untuk maklumat lanjut tentang Diageo, kakitangan kami, jenama kami serta prestasi kami, lawati kami di http://www.diageo.com. Lawati sumber amalan minum secara berhebah global Diageo, http://www.DRINKiQ.com, untuk maklumat, inisiatif dan juga cara untuk berkongsi amalan terbaik.

Meraikan kehidupan, setiap hari, di mana-mana sahaja.

Perkataan JOHNNIE WALKER, BLUE LABEL, GOLD LABEL RESERVE, BLACK LABEL dan DOUBLE BLACK, imej Striding Figure dan logo berkaitan ialah tanda dagang © John Walker & Sons 2014.

Sila Minum Secara Berhemah.

SUMBER  Diageo

Source: Diageo
Related Links:
Keywords: Advertising Beer, Wine & Spirits Beverages Food/Beverages Publishing/Information Service