SINGAPURA, 17 Mei 2024 /PRNewswire/ -- Dialog ACCA Asia Pacific 2024 yang dianjurkan oleh ACCA ialah persidangan serantau sulung yang akan datang yang akan menghimpunkan pemimpin bidang perakaunan dan kewangan, pakar dan individu berwawasan bagi pertukaran ilmu dan perbincangan selama dua hari. Berlangsung pada 28 dan 29 Mei 2024 di JW Marriott Hotel yang berprestij di Hanoi, Vietnam, persidangan ini akan memfokuskan kepada teknologi dan inovasi sebagai pemangkin untuk masa depan profesion perakaunan dan kewangan.
Dengan tujuan untuk 'Menganyam Fabrik Kejayaan Hari Esok Bersama-sama', Dialog ACCA Asia Pacific 2024 akan mendalami kolaborasi dan inisiatif berani bagi membentuk masa depan yang lebih cerah. Hampir 30 pemimpin dan pendidik akan naik ke pentas untuk membincangkan bagaimana Asia Pasifik membentuk semula naratif global, mengemudi perubahan dan memupuk daya hidup ekonomi berlatarbelakangkan landskap global yang semakin tidak menentu. Mereka juga akan berkongsi pandangan tentang bagaimana pemimpin kewangan dan perniagaan dapat mengatasi cabaran dan memanfaatkan peluang di rantau ini bagi memacu kebingkasan ekonomi untuk syarikat mereka dan profesion ini.
Tema acara ini, 'Giao', meneroka perkaitan yang mengikat budaya, industri dan aspirasi Asia Pasifik yang pelbagai. Sesi-sesi telah direka bentuk dengan teliti untuk memberi manfaat kepada eksekutif peringkat atasan, termasuk Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangan, pembuat keputusan dan pemimpin daripada firma perkhidmatan profesional, sektor awam, bidang akademik dan pelbagai industri. Pendidik kewangan dan perakaunan akan turut mendapati persidangan ini memberi manfaat untuk memperoleh pandangan berharga dan meluaskan hubungan mereka.
"Di ACCA, matlamat kami adalah untuk menjadi kuasa kebaikan awam yang memimpin profesion perakaunan global. Kami mencipta peluang yang akan membangunkan golongan profesional kewangan yang diperlukan oleh dunia dan Dialog ACCA Asia Pacific 2024 benar-benar selari dengan tujuan berkenaan," kata Pulkit Abrol, Pengarah Urusan, ACCA Asia Pacific. "Persidangan ini bukan sekadar untuk pembelajaran sekali sahaja – ia merupakan platform khusus bagi memudahkan perbualan yang penting dan memupuk kolaborasi. Topik-topik telah dipilih susun khususnya untuk mencetuskan perbincangan bermakna yang penting untuk masa kini dan masa depan. Melalui perbincangan panel yang interaktif, ucaptama yang menarik dan sesi perangkaian khusus, para delegasi akan berpeluang untuk berkongsi amalan terbaik, memberikan sumbang saran penyelesaian yang inovatif dan membangunkan strategi yang boleh diambil tindakan yang akan memastikan profesion ini berkembang maju dalam menghadapi perubahan."
Pada Hari Pertama, fokus 'Bait dan hijau: Mencetuskan pertumbuhan melalui inovasi digital dan mampan' adalah mengenai memanfaatkan teknologi bagi membina ekonomi yang inovatif dan mampan. Sesi-sesi utama termasuk panel yang bertajuk 'Inovasi dasar untuk Asia Pasifik hijau dan digital' serta ucaptama mengenai 'Potensi menarik di Asia Pasifik' dan 'Menjadi manusia dalam dunia digital'. Terdapat juga sesi koktel perangkaian kuasa untuk delegasi yang berminat untuk menjalin hubungan profesional di seluruh rantau Asia Pasifik.
Hari Kedua akan memfokuskan kepada 'Persamaan bakat: Memacu masa depan pembelajaran melalui teknologi dan inovasi'. Delegasi akan memperoleh pandangan untuk memanfaatkan inovasi teknologi yang terkini bagi membina kumpulan bakat yang kukuh dan memanfaatkan ACCA bagi memenuhi keperluan pembelajaran yang semakin berkembang dalam kalangan generasi muda hari ini. Sesi-sesi utama termasuk 'Pembentangan: Meneroka aplikasi AI Generatif mampan dan beretika dalam pendidikan' dan 'Kelayakan mikro: Memperkasa generasi pelajar seterusnya melalui kelayakan mini'.
Penceramah-penceramah utama termasuk:
Dialog ACCA Asia Pacific 2024 akan berlangsung mulai jam 9:00 pagi hingga 5:00 petang pada 28 dan 29 Mei 2024 di JW Marriott Hotel di Hanoi, Vietnam
Sila kunjungi laman web acara untuk maklumat lanjut dan untuk mendaftar kehadiran anda: https://acca-apac-dialogue.com/
Latar Belakang ACCA
Kami merupakan ACCA (Association of Chartered Certified Accountants), sebuah badan perakaunan profesional yang diiktiraf di peringkat global yang memberikan kelayakan dan memajukan standard dalam bidang perakaunan di seluruh dunia.
Ditubuhkan pada tahun 1904 untuk memperluaskan akses kepada profesion perakaunan, kami telah lama memperjuangkan rangkuman dan hari ini dengan bangganya menyokong komuniti yang pelbagai dengan lebih 247,000 ahli dan 526,000 ahli pada masa akan datang di 181 negara.
Kelayakan kami yang berpandangan jauh, pembelajaran berterusan dan pandangan dihormati dan dihargai oleh majikan dalam setiap sektor. Mereka melengkapkan individu dengan kepakaran perniagaan dan kewangan serta pertimbangan beretika untuk mencipta, melindungi dan melaporkan nilai mampan yang disampaikan oleh organisasi dan ekonomi.
Berpandukan tujuan dan nilai kami, visi kami adalah untuk membangunkan profesion perakaunan yang diperlukan oleh dunia. Bekerjasama dengan penggubal dasar, penetap standard, komuniti penderma, pendidik dan badan perakaunan yang lain, kami mengukuhkan dan membina profesion yang dapat memacu masa depan yang mampan buat semua.
Ketahui lebih lanjut di: www.accaglobal.com
HUBUNGI: Untuk pertanyaan media, hubungi: Chloe Lim, Fifth Ring bagi pihak ACCA, chloe.lim@fifthring.com