omniture

Vantage Markets Menyambut Hari Ibu bersama Pelumba Extreme E NEOM McLaren, Cristina Gutiérrez

Vantage
2024-05-17 13:08 40

PORT VILA, Vanuatu, 17 Mei 2024 /PRNewswire/ -- Vantage Markets ("Vantage"), broker pelbagai aset yang terkemuka, dengan bangganya menyertai sambutan Hari Ibu bersama-sama Pemandu NEOM McLaren Extreme E, Cristina Gutiérrez. Acara yang istimewa ini bukan sahaja meraikan hubungan erat antara ibu dan anak-anak mereka, tetapi turut menekankan sokongan keluarga yang tidak berbelah bahagi dan nila-nilai kekeluargaan yang kukuh yang menjadi asas kepada kerjaya Cristina yang cemerlang.

Vantage Markets Menyambut Hari Ibu bersama Pelumba Extreme E NEOM McLaren, Cristina Gutiérrez
Vantage Markets Menyambut Hari Ibu bersama Pelumba Extreme E NEOM McLaren, Cristina Gutiérrez

Dalam satu temu bual eksklusif bersama Vantage, Cristina mengaitkan perjalanan kejuaraan beliau kepada nilai-nilai yang diterapkan oleh ibu beliau. "Ketekunan, kesetiaan dan kepentingan keluarga," katanya sambil merenungkan prinsip-prinsip asas yang telah membimbing kejayaan beliau baik di dalam mahupun di luar trek.

Mengimbas kembali kenangan manis bersama ibu beliau, Cristina berkongsi detik yang menyentuh hati daripada pengalaman Dakar Rally pertama beliau pada tahun 2017. "Memori yang paling kuat adalah apabila saya menyertai Dakar pertama saya pada tahun 2017," kongsi beliau. "Ibu saya turut hadir ke Dakar bersama saya dan kejayaan menamatkan perlumbaan adalah sangat mengujakan bukan sahaja buat saya, tetapi seluruh keluarga saya, terutamanya buat ibu saya. Ia merupakan sesuatu yang saya tidak akan lupa kerana kami semua berkongsinya bersama-sama."

Biarpun dengan pencapaian luar biasa beliau dalam sukan bermotor, Cristina Gutiérrez terus berpegang kepada tunjuk ajar dan kebijaksanaan ibu beliau dekat di hati beliau. "Semoga ibu saya sentiasa mengingatkan saya dari mana asal saya, permulaan saya dan semoga saya sentiasa bersyukur atas perkara yang berlaku kepada saya," kata Cristina.

Sempena Hari Ibu ini, Vantage ingin menyampaikan ucapan selamatnya kepada semua ibu dan keluarga mereka. "Kami berbesar hati dapat menyambut Hari Ibu bersama Cristina Gutiérrez," kata Marc Despallieres, Ketua Pegawai Strategi dan Perdagangan di Vantage. "Perjalanan beliau merupakan bukti sokongan yang tidak berbelah bahagi dan tunjuk ajar daripada ibu di mana-mana sahaja dan sebagai anak, bapa dan juga ibu, kami berasa bangga dapat berkongsi sambutan ini bersama beliau."

Sambutan ini menyusuli kempen Hari Wanita Antarabangsa Vantage Markets baru-baru ini bersama Cristina Gutiérrez, di mana mereka memperkuatkan mesej pemerkasaan dan keterangkuman beliau. Memandangkan Vantage terus memperjuangkan kepelbagaian dan keterangkuman, mereka berbangga dapat menyokong Cristina dan para ibu di seluruh dunia.

Latar Belakang Vantage

Vantage (atau Vantage Markets) ialah broker pelbagai aset yang menawarkan kepada pelanggan akses kepada perkhidmatan yang pantas dan hebat bagi memperdagangkan produk Kontrak untuk Perbezaan (CFD) termasuk tukaran mata wang asing (Forex), Komoditi, Indeks, Saham, ETF dan Bon.

Dengan pengalaman pasaran selama lebih 13 tahun, Vantage melangkaui peranan sebagai broker, menyediakan ekosistem dagangan yang dipercayai, aplikasi dagangan mudah alih yang memenangi anugerah dan platform dagangan mesra pengguna yang memperkasa pelanggan untuk merebut peluang perdagangan. Muat turun Vantage App pada App Store atau Google Play.

berdagang lebih bijak@vantage

http://www.vantagemarkets.com/ 

Source: Vantage
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Women-related news DEI Page