omniture

The Center for Global Enterprise Umumkan Pengedaran Global buku Re-Think: A Path to the Future

The Center for Global Enterprise
2014-11-04 03:00 115

NEW YORK, 4 November 2014 /PRNewswire/ -- The Center for Global Enterprise (CGE) mengumumkan pada hari ini pengedaran global buku Re-Think: A Path to the Future, yang telah pun diperkenalkan pada April tahun ini oleh Sam Palmisano, mantan Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi IBM. CGE merupakan organisasi bukan berdasarkan keuntungan yang dikhususkan untuk membantu pemimpin perniagaan di seluruh dunia mewujudkan amalan pengurusan terbaik untuk menerajui perusahaan bersepadu pada peringkat global (GIE). Re-Think menggariskan unsur operasi teras GIE, peluang yang wujud dalam ekonomi global, selain cabaran paling hebat yang dihadapi oleh dunia perniagaan masa kini. Berdasarkan pengalaman Palmisano di IBM dan pengajaran yang diperoleh ketika menyelia salah satu proses penyepaduan global yang paling besar di dunia, buku tersebut berperanan sebagai bantuan pendidikan yang penting untuk mereka yang berminat dengan amalan pengurusan kontemporari dalam era globalisasi dan ketelusan.

CGE, dengan kerjasama Cemex dan Geely Holdings Limited, dua syarikat global yang diketengahkan dalam buku tersebut, mengedarkan 100,000 salinan buku Re-Think itu di 193 negara yang berkhidmat di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Buku ini boleh didapati dalam empat bahasa. Para penuntut dan kakitangan fakulti di institusi serta universiti terkemuka di seluruh dunia akan berpeluang untuk belajar daripada buku Re-Think dengan menerima salinan secara percuma. Mereka yang terlibat juga layak untuk Inisiatif Sarjana Global CGE baharu: thecge.net/scholar/ yang merupakan usaha pendidikan baharu pada peringkat global agar golongan sarjana mendapat akses kepada penyelidikan dan kandungan CGE yang tersendiri, menghadiri acara dan turut serta dalam sesi interaktif bersama para pemimpin dan felow CGE, antara kelebihan lain yang disediakan.

Pengedaran global buku Re-Think adalah sebahagian daripada komitmen CGE terhadap pembelajaran dan pendidikan terbuka, global dan juga gunaan, sains pengurusan perniagaan kontemporari serta struktur perusahaan yang kian berubah. CGE dikhususkan untuk penyelidikan gunaan (http://thecge.net/research) dan berhasrat untuk melakukan kolaborasi dengan para pemimpin berbakat di seluruh dunia. Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang pengedaran global buku Re-Think dan juga program Sarjana CGE sila layari: http://thecge.net.

Source: The Center for Global Enterprise
Keywords: Banking/Financial Service Publishing/Information Service Economic news, trends, analysis Not for profit