omniture

Casio bakal Sambut Ulang Tahun Jam Tangan ke-50 Diilhamkan oleh Konsep "Sky and Sea" Baharu

CASIO COMPUTER CO., LTD
2024-05-21 09:00 30

TOKYO, 21 Mei 2024 /PRNewswire/ -- Casio Computer Co., Ltd. mengumumkan pada hari ini keluaran lima model "Sky and Sea" baharu yang mencakupi lima jenama jam tangannya — Casiotron, G-SHOCK, EDIFICE, PRO TREK dan BABY-G — bagi memperingati ulang tahun ke-50 jam tangan Casio. Tema reka bentuk menampilkan warna aksen biru dan emas bagi menonjolkan cahaya berkilauan yang menerangi langit dan lautan.

From left: BGA-S290SS, GMW-B5000SS, TRN-50SS, PRW-61SS, and ECB-2000SS
From left: BGA-S290SS, GMW-B5000SS, TRN-50SS, PRW-61SS, and ECB-2000SS

Casio menyertai bidang perniagaan jam tangan pada tahun 1974 melalui keluaran Casiotron QW02. Sebagai jam tangan digital pertama di dunia dengan fungsi kalendar automatik, Casiotron dibina berasaskan konsep jam tangan automatik sepenuhnya, yang bukan sahaja memaparkan jam, minit dan saat, tetapi juga bulan, tarikh dan hari dalam seminggu yang betul. Membangun berdasarkan kepada permulaan yang mengagumkan ini, Casio terus menyampaikan fungsian termaju yang diilhamkan oleh keghairahan terhadap kebolehgunaan dengan ciri-ciri termasuk penerimaan gelombang radio masa standard, ketersambungan Pautan Mudah Alih serta pengecasan solar dan dalam masa yang sama membangunkan jenama-jenama jam tangan tersendiri yang melengkapkan gaya hidup yang pelbagai.

Jam tangan baharu daripada lima jenama jam tangan Casio yang diilhamkan oleh konsep "Sky and Sea" ("Langit dan Laut") ini memperingati ulang tahun ke-50 jam tangan Casio. Setiap jam tangan baharu ini adalah berdasarkan kepada reka bentuk popular daripada salah satu jenama Casio yang terkemuka dan kesemuanya berkongsi tema reka bentuk yang sama dengan warna aksen biru dan emas yang menonjolkan pemandangan langit dan laut yang bermandikan cahaya yang bersinar-sinar. Ini merupakan barisan pertama yang menampilkan jam tangan daripada lima jenama Casio berbeza dengan tema yang sama.

Tema reka bentuk "Sky and Sea" menonjolkan sifat langit dan laut yang terdapat di mana-mana sahaja, namun sentiasa berubah-ubah bagi menyatakan komitmen Casio kepada inovasi berterusan yang dibina berasaskan konsep asal syarikat untuk mencipta jam tangan berciri automatik sepenuhnya.

Kelima-lima jam tangan ini menggabungkan ciri-ciri reka bentuk yang mementingkan alam sekitar, termasuk sistem pengecasan Tough Solar, yang menukarkan cahaya matahari dan cahaya pendarfluor kepada tenaga untuk memberi kuasa kepada semua fungsi jam tangan, sementara bungkusan khas diperbuat daripada bahan kitar semula.

Source: CASIO COMPUTER CO., LTD
Keywords: Consumer Electronics Household/Consumer/Cosmetics Jewelry Retail New products/services