omniture

PPP Dilancarkan Tingkat Pencegahan Kanser Wanita dan Kualiti Pendaftaran Kanser di Amerika Latin dan Caribbean

IFPMA/PAHO Foundation
2014-11-04 20:00 132

NEW YORK, Nov. 4, 2014 /PRNewswire/ -- 

  • Yayasan PAHO (Pertubuhan Kesihatan Seantero Amerika) serta Persekutuan Antarabangsa Pengeluar dan Persatuan Farmaseutikal (IFPMA) bergabung tenaga bagi meningkatkan pencegahan serta kawalan kanser payudara dan kanser serviks.
  • Perkongsian itu bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan amalan dalam kalangan pesakit dan penyedia rawatan kesihatan utama bagi pemeriksaan kanser payudara dan pengesanan awal selain meningkatkan kapasiti pendaftaran kanser di rantau ini.
  • Projek usaha sama selama tiga tahun itu menerima pembiayaan berjumlah $600,000 daripada IFPMA selain sumbangan lain seperti bantuan komunikasi dan bekalan infrastruktur.

Yayasan PAHO (Pertubuhan Kesihatan Seantero Amerika) dan Persekutuan Antarabangsa Pengeluar & Persatuan Farmaseutikal (IFPMA) hari ini mengumumkan perkongsian untuk bersama membangunkan kapasiti serantau untuk membanteras kanser dalam kalangan wanita di Amerika Latin dan Caribbean. Kolaborasi selama tiga tahun itu akan membolehkan fasa pertama inisiatif bernilai $5 juta memberi tumpuan kepada kanser yang berlaku dalam kalangan wanita di negara terpilih di Amerika Latin serta Caribbean.

Kanser merupakan penyebab kedua utama kematian di seluruh Amerika. Kanser payudara dan kanser serviks merupakan beberapa kanser yang paling kerap berlaku dalam kalangan wanita. Kira-kira 128,000 wanita maut akibat kanser payudara (92,000) dan juga kanser serviks (36,000) pada tahun 2012.

Perkongsian ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran terhadap kanser payudara dan kanser serviks serta menambah baik perkhidmatan pemeriksaan dan pengesanan awal bagi mengurangkan jumlah wanita yang maut sebelum waktunya akibat kanser ini. Di samping itu, perkongsian tersebut akan melibatkan kerjasama para penyedia rawatan kesihatan bagi menambah pengetahuan mereka tentang strategi pemeriksaan yang inovatif.

Komponen kedua yang penting bagi kolaborasi ini ialah meningkatkan kualiti dan kelengkapan pendaftaran kanser di beberapa negara Amerika Latin terpilih. Pendaftaran kanser adalah perlu bagi mengawal kanser, memandangkan maklumat tentang situasi kanser di sesebuah negara dapat membantu keputusan termaklum dibuat bagi intervensi yang disasarkan untuk mengurangkan insiden dan kematian. Pada masa kini, hanya dua negara di Amerika Latin dan Caribbean (Costa Rica serta Uruguay) yang mempunyai pendaftaran kanser berdasarkan populasi (PBCR) negara berkualiti tinggi.

"Penurunan kadar kematian dalam kalangan wanita yang menghidap kanser bergantung pada kemampuan untuk mengesannya pada peringkat awal. Ketaksamaan yang wujud bagi akses wanita terhadap strategi pengesanan awal dan rawatan awal di Amerika adalah luar biasa," kata Dr. Ward-Robinson. "Projek ini akan mewujudkan rangka kerja yang dapat mengurangkan kadar kematian akibat kanser ini dan meningkatkan kadar keberkesanan untuk pesakit. Perkongsian Yayasan PAHO dengan IFPMA memperlihatkan bagaimana, melalui usaha bersama sektor swasta, kami berusaha melindungi dan meningkatkan kesihatan setiap individu di Amerika."

"Perkongsian ialah langkah maju apabila berhadapan dengan cabaran yang kompleks seperti yang diutarakan oleh NCD. Usaha merentasi sektor membolehkan rakan kongsi mencapai hasil berkaitan kesihatan yang bersifat transformasi, dan seterusnya mampan. Kami amat berbesar hati dapat bergabung tenaga bersama Yayasan PAHO bagi melaksanakan strategi inovatif yang dapat membantu mengurangkan beban NCD di negara berpendapatan rendah dan sederhana," Eduardo Pisani, Ketua Pengarah, IFPMA pula berkata.

Source: IFPMA/PAHO Foundation
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Corporate Social Responsibility