BEIJING, 6 November 2014 /PRNewswire/ -- Perfect World Co., Ltd. secara rasminya menandatangani perjanjian bersama Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada 28 Oktober (waktu tempatan di Beijing). Perfect World, pembangun dan pengendali permainan dalam talian terkemuka di China, merancang untuk memberi sumbangan kepada pertukaran budaya dan pendidikan global menerusi inisiatif "Pemulihan Hubungan Budaya", serta mengambil tanggungjawab bagi menggalakkan syarikat Internet generasi seterusnya di China untuk menjalankan tanggungjawab sosial melalui platform antarabangsa inisiatif itu.
Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20141103/156075
Pada petang yang sama, Vivien Wang, naib presiden kanan dan jurucakap rasmi Perfect World, turut memeterai perjanjian perkongsian dengan Jacques Rao, Setiausaha Agung Bahagian Sekretariat UNESCO dengan Negara Anggota serta Pertubuhan Antarabangsa. Hao Ping, timbalan pengarah Kementerian Pendidikan China dan presiden UNESCO sesi ke-37, dan juga Du Yue, Setiausaha Agung Suruhanjaya Kebangsaan China untuk UNESCO, turut menghadiri majlis pemeteraian tersebut.
Kedua-dua pihak berkata melalui perancangan kerjasama itu mereka mahu menggalakkan keharmonian budaya melalui kolaborasi memandangkan terdapatnya kesan budaya dan pendidikan yang besar terhadap masyarakat pada era perangkaian global masa kini.
Hao Ping berkata semasa majlis menandatangani perjanjian tersebut, beliau amat berharap lebih banyak syarikat Internet terkemuka di China, seperti Perfect World mengambil bahagian secara aktif dalam acara penting yang akan dianjurkan oleh UNESCO menerusi platform tersebut.
Cik Wang, naib presiden kanan Perfect World, mengulas bagaimana pembangunan pesat teknologi Internet telah menjadikan komunikasi budaya semakin tersebar luas dan cekap, lalu menghasilkan lebih banyak pilihan kaedah pendidikan dan seterusnya menggalakkan integrasi budaya. Perfect World merancang untuk memanfaatkan teknologi dan sumbernya yang terdapat di luar China bagi membantu UNESCO dalam usahanya untuk memupuk keharmonian budaya, dialog antara budaya serta keamanan dunia.
Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20141103/156075
Logo - http://www.prnasia.com/sa/2009/04/16/200904161852.jpg
SUMBER: Beijing Perfect World Network Technology Co., Ltd.