omniture

COP29 Memperkenalkan Platform Penginapan

COP29
2024-05-24 23:12 170

Portal Akan Membolehkan Peserta dan Hadirin Menempah Bilik untuk Acara November di Baku

BAKU, Azerbaijan, 24 Mei 2024 /PRNewswire/ -- Azerbaijan, tuan rumah COP29, hari ini melancarkan portal penginapan interaktifnya, sistem yang akan membolehkan peserta dan hadirin menempah bilik hotel dan penginapan lain untuk Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang diadakan di Baku pada bulan November.

COP29 Launch of accommodation platform
COP29 Launch of accommodation platform

Dalam sidang akhbar di Pejabat COP29, Azada Huseynova, Timbalan Pengerusi Agensi Pelancongan Negeri Republik Azerbaijan, berkata sistem penginapan telah direka untuk memastikan pelbagai jenis bilik dan lokasi akan disediakan untuk orang yang ingin menghadiri acara itu.

Platform penginapan akan tersedia untuk tempahan https://cop29-accommodation.bnetwork.com  mulai 17:00 hari ini, pada 23hb Mei 2024.

"Kami akan siap sedia untuk mengalu-alukan dunia ke Baku. Kami telah mengkaji pengalaman negara-negara hos COP terdahulu dan bagaimana mereka mendekati program penginapan mereka dan telah menyepadukan beberapa elemen amalan tersebut ke dalam rancangan kami sebagai negara hos COP," kata Cik Huseynova. "Kami telah menyediakan infrastruktur yang akan memastikan peserta daripada seluruh dunia dapat membuat tempahan penginapan mereka dengan cara yang lancar dan cepat."

Agensi Pelancongan Negeri sedang bekerjasama dengan hotel, pasaran penginapan dalam talian, dan lokasi kediaman dan penginapan lain di bandar dan rantau ini, untuk memastikan acara ini dapat menampung sepenuhnya peserta dengan penginapan yang selesa dan menyeronokkan.  

Penginapan yang disediakan dalam sistem hari ini ialah fasa pertama pelancaran menyeluruh. Fasa selanjutnya akan mengeluarkan bilik tambahan di hotel dan fasiliti penginapan tambahan.

Hotel yang termasuk dalam platform telah dipilih berdasarkan kualiti, lokasi dan perkhidmatan pengangkutan yang akan diatur untuk acara tersebut. Agensi telah mengaudit lebih daripada 300 pengendali penginapan, dan kira-kira 200 telah diklasifikasikan dan menerima penarafan bintang. Kira-kira 40 hotel yang tidak mendapat klasifikasi bintang diberi tempoh untuk meningkatkan fasiliti dan prestasi sebelum diaudit semula.

Cik Huseynova juga memberikan butiran program latihan perkhidmatan pelanggan yang dijalankan oleh Agensi Pelancongan Negeri terlebih dahulu sebelum COP29. Kira-kira 2,000 pekerja daripada kira-kira 300 pengendali penginapan di bandar Baku dan Sumgayit, dan wilayah Absheron yang lebih luas mengambil bahagian.

Di samping itu, Agensi merancang untuk memberikan latihan dan pensijilan kepada 200 pemandu pelancong, dan latihan kepada 1,000 lagi sukarelawan pelancongan, yang akan ditugaskan ke hotel untuk menyokong tetamu semasa COP29.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2420875/COP29_Accommodation_1.jpg?p=medium600
Photo - https://mma.prnasia.com/media2/2420878/COP29_Accommodation_2.jpg?p=medium600
Photo - https://mma.prnasia.com/media2/2420876/COP29_Accommodation_3.jpg?p=medium600
Photo - https://mma.prnasia.com/media2/2420877/COP29_Accommodation_4.jpg?p=medium600

COP29 Launch of accommodation platform
COP29 Launch of accommodation platform

 

COP29 Launch of accommodation platform
COP29 Launch of accommodation platform

 

COP29 Launch of accommodation platform
COP29 Launch of accommodation platform

 

Source: COP29
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Hotels and Resorts Publishing/Information Service Travel New products/services