TEL AVIV, Israel, 6 November 2014 /PRNewswire/ -- ICL Industrial Products ("ICL IP"), yang merupakan segmen ICL (NYSE dan TASE: ICL), pengeluar global untuk produk berdasarkan mineral khusus yang memenuhi keperluan penting populasi dunia yang kian berkembang dalam pasaran pertanian, makanan proses serta bahan tereka bentuk, hari ini mengumumkan yang ia telah meningkatkan harga untuk bromin unsur dan asid hidrobromik yang ia jual di Timur Jauh. Berkuat kuasa serta-merta, harga untuk setiap produk akan meningkat sebanyak 20 peratus, atau sejajar dengan persetujuan antara ICL IP dengan para pelanggannya.
Diminta memberi komen tentang peningkatan harga ini, Ran Oren, Naib Presiden Industrial Solutions ICL IP berkata, "Perniagaan bromin ICL Industrial Products telah dikenakan tekanan margin dalam masa beberapa tahun lepas. Kami telah melaksanakan peningkatan harga ini bagi mengekalkan tahap khidmat pelanggan kami yang tinggi, serta bagi memastikan pelaburan berterusan ICL Industrial Products dalam perniagaannya. Tambahan lagi, ICL IP baru-baru ini mengumumkan pelan penstrukturan semula bagi tujuan mengurangkan kos keseluruhan kami dan untuk memperbaiki kedudukan persaingan kami."
Latar Belakang ICL Industrial Products
ICL IP, salah satu daripada tiga segmen pengendalian ICL, mengeluarkan dan memasarkan pelbagai bahan kimia perindustrian berdasarkan bromin, magnesia, klorin dan juga natrium. Produk berasaskan bromin ICL-IP merupakan komponen yang menyelamatkan nyawa yang mengurangkan pembebasan raksa daripada stesen kuasa yang membakar arang, meningkatkan keselamatan pengendalian penggerudian minyak dan gas di laut dalam dan turut meminimumkan bahaya kebakaran yang berkaitan dengan barangan elektronik pengguna, automobil, perabot, penebatan serta produk lain yang banyak digunakan. Tambahan lagi, industri farmaseutikal menggunakan bromin sebagai perantara dalam penghasilan ubat-ubatan bagi merawat barah, sawan, penyakit jantung dan juga penyakit lain yang mengancam nyawa. ICL-IP merupakan syarikat bromin terkemuka industri, dan membekalkan kira-kira satu pertiga daripada bromin unsur sedunia. Ia menggaji kira-kira 2,500 kakitangan di Israel dan di seluruh dunia.
Latar Belakang ICL
ICL merupakan pengeluar global untuk produk berdasarkan mineral khusus yang memenuhi keperluan penting manusia terutamanya dalam tiga pasaran: pertanian, makanan serta bahan tereka bentuk.
Produk pertanian yang dihasilkan ICL membantu menyediakan makanan untuk populasi dunia yang kian bertambah. Potasy dan fosfat yang dilombong dan dikeluarkan syarikat itu digunakan sebagai bahan dalam baja dan bertindak sebagai komponen penting dalam industri farmaseutikal dan industri bahan penambah makanan. Bahan penambah makanan yang dikeluarkan ICL membolehkan orang ramai lebih mudah mendapatkan makanan yang lebih berkualiti tinggi dan berbagai-bagai. Produk rawatan air ICL membekalkan air bersih kepada jutaan orang, serta kepada industri seluruh dunia. Bahan lain, yang berdasarkan bromin dan fosfat, membantu menghasilkan tenaga yang lebih cekap dan mesra alam, mencegah merebaknya kebakaran hutan serta membenarkan penggunaan produk dan bahan secara selamat dan meluas.
ICL menikmati manfaat daripada kehadiran yang luas di serata dunia dan kehampiran dengan pasaran besar, termasuk di rantau baru muncul. ICL beroperasi dalam kerangka kerja kemampanan strategik yang termasuklah komitmen terhadap alam sekitar, sokongan komuniti tempat ICL mengendalikan pengeluaran mereka serta tempat tinggal para pekerja mereka, dan juga komitmen kepada semua kakitangan, pelanggan, pembekal dan pihak berkepentingan lain.
ICL ialah syarikat awam yang sahamnya didagangkan di Bursa Saham New York dan Bursa Saham Tel Aviv (NYSE dan TASE: ICL). 45 peratus daripada Syer ICL dipegang oleh Israel Corporation Ltd, 13.9 peratus oleh PotashCorp dan bakinya dipegang awam. Syarikat itu menggaji kira-kira 12,000 individu seluruh dunia, manakala jualannya pada tahun 2013 pula berjumlah US$6.3 bilion. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.icl-group.com
Kenyataan Pandang ke Hadapan
Siaran akhbar ini mengandungi penilaian dan keputusan pandang ke hadapan berkenaan keadaan ekonomi makro dan pasaran Kumpulan itu, dan tiada kepastian sama ada, bila, dan/atau pada kadar apakah unjuran ini akan direalisasikan. Unjuran pengurusan berkemungkinan besar akan berubah mengikut turun naik pasaran, terutamanya dalam lokasi pengeluaran ICL dan pasaran sasarannya. Tambahan lagi, ICL berkemungkinan besar akan menerima kesan daripada perubahan dalam permintaan dan persekitaran harga bagi produknya serta kos penghantaran dan tenaga sama ada disebabkan oleh tindakan kerajaan, pengeluar ataupun pengguna. ICL juga boleh menerima kesan daripada perubahan dalam pasaran modal, termasuk turun naik dalam kadar tukaran mata wang, ketersediaan kredit, kadar faedah, dan sebagainya.
MAKLUMAT PERHUBUNGAN AKHBAR
Fleisher Communications and Public Relations
Amiram Fleisher
+972-3-6241241
amiram@fleisher-pr.com