omniture

Jakarta Hos New Cities Summit 2015

New Cities Foundation and the City of Jakarta
2014-11-07 00:11 120

JAKARTA, Indonesia dan PARIS, 7 November 2014 /PRNewswire/ --

New Cities Foundation (Yayasan Bandar Baharu) dan Bandar Jakarta mengumumkan hari ini edisi keempat New Cities Summit (Sidang Kemuncak Bandar Baharu) akan diadakan di Jakarta, Indonesia, pada 9 hingga 11 Jun 2015.

Tema bagi Sidang Kemuncak 2015 ini ialah Memanfaatkan Detik Bandar: Bandar Tumpuan Kemajuan dan Pembangunan.

Tiga dekad akan datang bakal menyaksikan pertambahan terbesar penduduk bandar di dunia dalam sejarah kehidupan manusia. Menjelang pertengahan abad ini, 6.5 bilion penduduk akan tinggal di bandar, meningkat daripada 4 bilion pada hari ini. Anjakan demografi yang belum pernah berlaku ini membawa kepada gelombang pelaburan terhadap perkhidmatan serta infrastruktur bandar pada suatu skala yang belum pernah dilihat sebelum ini. Sejajar dengan itu, teknologi baharu membolehkan orang ramai dan syarikat mencari penyelesaian baharu dan inovatif bagi menghadapi cabaran di bandar yang tiada kesudahannya.

Cabaran ini dapat bersama-sama mengenal pasti detik peluang yang luar biasa untuk menambah baik kehidupan bagi generasi akan datang, di seluruh dunia.

Bandar di Asia menjadi tumpuan detik bandar ini. Penduduk wilayah Jakarta akan bertambah daripada kira-kira 27 juta pada masa kini kepada hampir lebih 40 juta menjelang tahun 2050. Kota metropolis yang luas dan beragam ini berhadapan dengan beberapa cabaran penting ketika mengurus pertumbuhan ekonomi dan demografinya yang pesat – seterusnya menjadikannya lokasi sesuai untuk mengadakan New Cities Summit 2015 (Sidang Kemuncak Bandar Baharu 2015).

John Rossant, Pengasas dan Pengerusi New Cities Foundation (Yayasan Bandar Baharu), berkata: "Kami amat gembira untuk menjejakkan kaki ke Asia bagi dialog global penting kami yang seterusnya tentang bandar. Ini sememangnya detik Jakarta dan Indonesia."

Basuki Tjahaja Purnama, Pemangku Gabenor Jakarta, berkata: "Kami dengan bangganya menjemput semua wakil New Cities Summit (Sidang Kemuncak Bandar Baharu) untuk bertemu di Jakarta pada tahun 2015. Rakyat Jakarta dan saya sendiri akan menantikan kehadiran anda pada tahun 2015."

Ketahui lebih lanjut tentang New Cities Summit 2015 (Sidang Kemuncak Bandar Baharu 2015) di Jakarta: http://bit.ly/ncs2015

Latar Belakang New Cities Summit (Sidang Kemuncak Bandar Baharu)

Dianjurkan oleh New Cities Foundation (Yayasan Bandar Baharu), New Cities Summit (Sidang Kemuncak Bandar Baharu) merupakan acara kepimpinan global utama untuk masa depan bandar, menarik 800 peneraju pemikiran global. Edisi Sidang Kemuncak sebelum ini telah diadakan di Paris, Sao Paulo serta Dallas.

Untuk maklumat lanjut tentang New Cities Summit (Sidang Kemuncak Bandar Baharu), sila layari:
http://www.newcitiesfoundation.org/new-cities-summit/

Twitter:newcitiesfound #ncs2015

Latar Belakang New Cities Foundation (Yayasan Bandar Baharu)

New Cities Foundation (Yayasan Bandar Baharu) merupakan pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang berusaha untuk menambah baik bandar di dunia.

http://www.newcitiesfoundation.org

Facebook: /NewCitiesFoundation

Twitter: @newcitiesfound

Sumber: New Cities Foundation, The City of Jakarta

Source: New Cities Foundation and the City of Jakarta
Keywords: Construction/Building Environmental Products & Services Real Estate Trade show news