GUZHEN, China, 7 November 2014 /PRNewswire/ -- Pameran Pencahayaan Antarabangsa (Guzhen) China ke-14 melabuhkan tirainya di Pusat Konvensyen dan Pameran Guzhen pada 26 Oktober lalu. Acara yang berlangsung selama 5 hari itu dianjurkan oleh Persatuan Industri Pencahayaan China, disokong oleh Biro Ekonomi dan Teknologi Maklumat Zhongshan serta Kerajaan Zhongshan Rakyat Bandar Guzhen dan turut dianjurkan oleh UBM Sinoexpo. Bagi menggalakkan kualiti dalam kalangan pembeli, buat julung kalinya, acara tersebut mengenakan bayaran bagi pendaftaran yang dilakukan di lokasi acara. Acara tersebut menawarkan ruang istirahat untuk pembeli luar negara, selain perkhidmatan terjemahan di tempat acara serta bas ulang-alik secara percuma antara lapangan terbang, pelabuhan Zhongshan dan tempat utama acara. Pameran Guzhen menjadi jendela bagi menerokai pasaran global dan mempamerkan produk serta teknologi baharu.
Sejak tahun 2014, sebanyak dua pameran diadakan setiap tahun, edisi musim bunga dan edisi musim luruh, yang menghubungkan pameran dan kedai terlibat. Edisi musim luruh memperluas skala pameran: tempat sampingan acara ditambahkan daripada 3 kepada 4 tempat; ruang pula diluaskan daripada 250,000 kepada 600,000 meter persegi.
Majlis perasmian telah berlangsung di Pusat Konvensyen dan Pameran Guzhen pada 22 Oktober. Kerajaan tempatan dan syarikat turut serta dalam majlis tersebut dan memeterai pelbagai perjanjian kerjasama. Majlis perasmian turut diadakan pada hari yang sama di Pusat Ekspo LED & Pencahayaan Star Alliance, yang merupakan tempat sampingan acara itu.
Lebih 200,000 pengunjung dari 60 negara dan wilayah menyertai acara tersebut dengan 56,828 pengunjung ke tempat utama acara manakala 138,566 pengunjung pula ke tempat sampingan acara tersebut. Pra-pendaftaran bagi pembeli profesional berjumlah 25,607; 2,849 merupakan pembeli dari luar negara. Tempat sampingan acara itu, Pusat Ekspo LED & Pencahayaan Star Alliance turut menarik ramai pengunjung dan pembeli.
Pra-pendaftaran untuk para pengunjung adalah percuma; pihak penganjur turut memperkenalkan sistem pertanyaan pempamer serta khidmat bas ulang-alik secara percuma untuk pembeli profesional. Para pembeli luar negara dapat menikmati khidmat sehenti seperti pengangkutan, hotel, penginapan, visa, penterjemahan dan juga ruang istirahat. Acara tersebut juga menyediakan Wi-Fi percuma, ruang istirahat pembeli serta bas ulang-alik antara tempat utama dan empat tempat sampingan. Di samping itu, versi baharu laman web rasmi bagi pameran tersebut menawarkan sistem tempahan hotel tempatan yang dikemas kini dan juga maklumat trafik, yang mendapat pujian tinggi daripada para pengunjung atas kemudahan yang disediakan.
Pameran Pencahayaan Antarabangsa (Guzhen) China ke-14 berakhir dengan jayanya. Pameran Pencahayaan Antarabangsa (Guzhen) China ke-15 akan diadakan di Pusat Konvensyen dan Pameran Guzhen pada 18 hingga 21 Mac 2015, yang akan bertumpu pada pasaran domestik serta mewujudkan platform tukaran pencahayaan sehenti.
SUMBER China (Guzhen) International Lighting Fair