omniture

Membongkar kecekapan: penaiktarafan pintar TrinaTracker menggiatkan semula loji kuasa solar

TrinaTracker
2024-05-29 20:00 93

CHANGZHOU, China, 29 Mei 2024 /PRNewswire/ -- Sebuah loji janakuasa fotovolta di wilayah Shandong, salah satu projek terawal dalam bidang ini, baru-baru ini mengalami kejejalan kecekapan ekoran teknologinya yang sudah lama. Bagi menangani isu-isu operasi dan penyelenggaraan yang semakin meningkat serta kemerosotan dalam kecekapan penjanaan kuasa, TrinaTracker, penyedia yang terkemuka bagi penyelesaian penjejak pintar di bawah Trinasolar, memanfaatkan kepakarannya yang luas dan teknologi kecerdasan digital termaju, Sistem Kawalan Pintar, bagi melaksanakan transformasi teknologi yang penting.

The Shandong photovoltaic power plant. (Photo: TrinaTracker)
The Shandong photovoltaic power plant. (Photo: TrinaTracker)

Teras penaiktarafan ini melibatkan penggantian sistem kawalan elektronik lapuk stesen janakuasa ini dengan TCU dan NCU yang dibangunkan sendiri oleh TrinaTracker. Ini dapat menyelesaikan halangan komunikasi dan menambah baik mekanisme pertahanan keselamatan. Strategi atur muat yang dirancang dengan teliti oleh TrinaTracker diaktifkan secara automatik apabila angin kencang melanda, melaraskan penjejak dengan pintar berdasarkan data meteorologi masa nyata untuk mengurangkan risiko yang ditimbulkan oleh cuaca buruk. Di samping itu, TCU mengenal pasti beban lampau motor dan mencetuskan program atur muat, mencegah kerosakan struktur yang disebabkan oleh lebihan arus dan memastikan kestabilan dan keselamatan jangka panjang.

Bagi membongkar potensi penjanaan kuasa, TrinaTracker menyepadukan algoritma pintar SuperTrack, dilengkapi dengan Algoritma Pematahbalikan Pintar (SBA) dan Algoritma Penjejakan Pintar (STA). SBA menggunakan model pembayangan-mini berpaten untuk membina peta 3D menggunakan data rupa bumi, membolehkan pembelajaran kendiri dan pengoptimuman kendiri untuk penderiaan masa nyata parameter serta memaksimumkan kelebihan penjejak. STA bergantung kepada Model Sinaran Dwimuka untuk menentukan sudut penjejak yang optimum untuk keadaan mendung dan hujan, meminimumkan putaran serta memanjangkan waktu operasi.

Penggabungan Trina Smart Cloud merevolusikan amalan operasi dan penyelenggaraan konvensional. Platform ini membolehkan pemantauan masa nyata, pengesanan dan pemaparan kerosakan segera dan ciri-ciri seperti perkongsian data, peta digital dan diagnosis kesihatan bagi meningkatkan kecekapan operasi keseluruhan serta memastikan kesejahteraan loji janakuasa.

Syarikat O&M yang menyelia stesen janakuasa ini memuji "strategi pembaharuan teknikal komprehensif" TrinaTracker untuk menyelesaikan kesalahan operasi dengan ketara dan memastikan operasi sistem yang mantap melalui penyepaduan pemantauan digital dan teknologi penjejakan pintar.

Dalam industri fotovolta yang berkembang pesat, inovasi teknologi merupakan daya penggerak yang memacu sektor ini ke hadapan. Sistem Kawalan Pintar TrinaTracker dipasang atur di peringkat global, dengan kontrak melebihi 6.2GW merentas 16 negara dan wilayah. Syarikat ini komited kepada pendekatan yang mengutamakan pelanggan, memperhalusi dan menginovasi sistemnya secara berterusan melalui projek lapangan dan usaha kolaboratif untuk mengurangkan kos dan meningkatkan kecekapan untuk stesen janakuasa PV, yang memangkinkan evolusi ke arah sistem kuasa jenis baharu.

 

Source: TrinaTracker
Related Stocks:
Shanghai:688599
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Environmental Products & Services Oil/Energy Utilities New products/services