Mengumumkan Penambahan Ke-10 bagi Portfolio Lanson Place
HONG KONG, 7 November 2014 /PRNewswire/ -- Lanson Place Hospitality Management Limited ("Lanson Place" atau "Syarikat"), syarikat subsidiari milik penuh Wing Tai Properties Limited (kod saham HKEx: 369), hari ini dengan bebesar hati mengumumkan kerjasama terkininya bersama Shanghai Yongye Group bagi mengurus Projek Pangsapuri Khidmat oleh Lanson Place, Pangsapuri Yongye di Puxi. Ini menandakan projek keempat di Shanghai di bawah jenama Lanson Place.
Pangsapuri Yongye dimajukan di bawah Shanghai Yongye Group. Kumpulan ini ialah perusahaan milik-negeri yang ditubuhkan pada tahun 1994. Tumpuan utamanya adalah pemajuan harta tanah dan pengurusan harta tanah perumahan awam di Shanghai. Sejak penubuhannya, Shanghai Yongye Group telah berjaya menyiapkan banyak projek, termasuk pejabat, pangsapuri khidmat, pangsapuri kediaman dan juga pusat membeli-belah. Kumpulan ini terkenal dengan projek pengenalannya seperti Hotel Massenet, Pangsapuri Yongye, Kediaman Khidmat Lanson Place Jinlin Tiandi, Pusat Membeli-belah Yongye, dan sebagainya.
Projek yang terletak di Daerah Huangpu ini, bersebelahan Stesen Metro Madang Road. Ia terletak berhampiran dengan hab kewangan dan hiburan yang dikenali ramai, Xujiahui dan Xintiandi. Oleh itu, Pangsapuri Khidmat ini akan menjadi pilihan yang ideal untuk para pengunjung yang sentiasa sibuk dan inginkan kehidupan yang cerdas – hubungan pantas dengan dunia perniagaan dan hiburan. Sebagai kediaman yang terletak secara strategik dalam komuniti yang dinamik dan di waktu yang sama memiliki suasana yang mendamaikan, projek ini bakal menjadi kediaman menarik dimana kemeriahan dalam kesibukan harian dan privasi wujud secara harmoni bagi penginapan selesa. Lanson Place dan Shanghai Yongye Group berusaha untuk mewujudkan pengalaman kehidupan yang menarik bagi tetamu bercita rasa tinggi yang menginginkan pakej lengkap kemudahan, keselesaan, kebebasan, dan juga kehidupan yang dinamis.
Projek ini menawarkan 186 unit pangsapuri mewah dengan pilihan satu atau dua bilik tidur. Ia disasarkan untuk dirasmikan pada suku keempat tahun 2015.
Cik Hong daripada Shanghai Yongye Group berkata: "Kerjasama dengan Lanson Place ini akan menggalakkan pertumbuhan positif bagi kedua-dua syarikat. Shanghai Yongye Group sudah diiktiraf ramai dalam industri sebagai syarikat yang pesat membangun. Pendekatan pragmatik kami, disepadukan dengan kepakaran Lanson Place, akan mengujudkan Pangsapuri Khidmat yang ulung."
Encik Marc Hediger, Ketua Pegawai Eksekutif Lanson Place berkata: "Kami teruja dapat berganding bahu dengan Shanghai Yongye Group dan memperluas portfolio kami di Shanghai, kota metropolis bertaraf dunia. Projek baru ini akan menjadi gandingan serasi dengan tiga lagi projek di Shanghai di bawah kumpulan kami, lantas mencipta rangkaian sinergi. Dengan kepakaran Shanghai Yongye Group, dan berbekalkan pengalaman pengendalian mantap dan perkhidmatan yang memuaskan di Shanghai dari kami, kami mampu menambah nilai bagi pemilik aset dan mempertingkatkan taraf kejiranan ini bagi para pelanggan kami."
Latar Belakang Lanson Place Hospitality Management Limited
Lanson Place merupakan syarikat subsidiari milikan penuh Wing Tai Properties Limited, syarikat tersenarai awam di Hong Kong (kod saham HKEx:369), yang kini mengurus sembilan harta tanah di bawah jenama Lanson Place, terdiri daripada pangsapuri khidmat mewah serta hotel butik di Hong Kong, Beijing, Shanghai, Kuala Lumpur dan juga Singapura. Harta tanah baharu, Pangsapuri Khidmat Aroma Garden oleh Lanson Place di Shanghai, dijadualkan akan dibuka pada penghujung tahun 2014.
Harta tanah Lanson Place biasanya terletak berdekatan dengan daerah perniagaan pusat serta kawasan membeli-belah dan hiburan. Lanson Place menyasarkan untuk menawarkan perkhidmatan mesra dan tersuai khusus dengan kemudahan hotel mewah, dan pada masa yang sama keselesaan serta privasi kediaman sendiri.
Pada tahun 2014, Kumpulan itu memperkenalkan Perkhidmatan Gaya Hidup Lanson Place kepada tiga projek kediaman mewah di Hong Kong dan Shanghai.
Kumpulan itu akan terus memajukan jenama "Lanson Place" sebagai jenama seluruh Asia dan akan terus menerokai peluang pelaburan dan pengurusan terutamanya di bandar pintu masuk di rantau Asia Pasifik.
SUMBER Lanson Place Hospitality Management Limited