omniture

Tingkatkan Pengalaman Realiti Maya Anda dengan RGB Vertical Stand KIWI design, Kini Boleh Didapati di Laman Web Meta

KIWI design
2024-05-30 13:58 34

LOS ANGELES, 30 Mei 2024 /PRNewswire/ -- Penyedia aksesori VR berkualiti terbaik KIWI design melancarkan produk terkininya, RGB Vertical Stand. Aksesori yang dibenarkan oleh Meta ini, direka bentuk untuk memperdalam pembendaman (immersion) pengguna dalam metasemesta, kini boleh didapati melalui laman web Meta rasmi.

KIWI design RGB Vertical Stand
KIWI design RGB Vertical Stand

"Komitmen KIWI design untuk menerobos sempadan aksesori realiti maya mengambil satu lagi lonjakan ke hadapan melalui pengenalan produk baharu kami," kata Ray, Ketua Pegawai Eksekutif KIWI design. "Kami sentiasa berdedikasi untuk membawakan penaiktarafan yang inovatif kepada aksesori peranti VR dengan matlamat untuk memperkayakan pengalaman realiti maya pengguna."

RGB Vertical Stand yang baru dilancarkan ini menampilkan reka bentuk modular yang mesra pengguna dengan pemasangan tekan-masuk, menjadikannya mudah disediakan dan digunakan. Ia serasi dengan Meta Quest 3, Quest 2 dan Quest Pro, bagi memastikan kebolehgunaan yang luas. Dengan penyambung USB Type-C magnetik, ia menyediakan cara yang mudah untuk mengecas dan memaparkan set kepala anda. Pengguna juga boleh menyesuaikan paparan mereka dengan 16 pilihan lampu RGB berbilang warna ambien pratetap.

Dengan teknologi VR yang sentiasa berkembang, pengguna semakin mencari pengalaman yang lebih imersif. Sebagai pengeluar yang terkemuka bagi aksesori VR, KIWI design komited untuk meningkatkan pengalaman pengguna, melalui reka bentuk produk yang unik. Sejak penubuhannya pada tahun 2015, KIWI design memperoleh lebih 100 paten dan mempunyai barisan produk yang pelbagai, termasuk pengikat kepala, antara muka wajah, dirian VR, aksesori pengecasan dan penutup cengkaman pengawal.

KIWI design juga mengambil bahagian dengan aktif dalam program Made for Meta yang disediakan oleh Meta untuk mengukuhkan perkongsiannya dengan jenama-jenama terkemuka bagi menyediakan aksesori yang dapat meningkatkan produk Meta dengan lebih banyak pilihan dan pengalaman yang lebih beraneka untuk semua orang. Penyertaan KIWI design dalam program ini mengesahkan standard reka bentuknya yang berkualiti tinggi.

RGB Vertical Stand untuk Meta Quest 3, Quest 2 serta Quest Pro dan satu lagi dok pengecas dibenarkan yang direka bentuk khusus untuk Meta Quest 2 kini tersedia untuk dibeli melalui kedua-dua laman web KIWI design dan Amazon. Untuk maklumat lanjut mengenai jenama dan produk kami, sila kunjungi laman web kami dan ikuti KIWI design melalui Facebook, Instagram, X, YouTube dan TikTok.

https://www.kiwidesign.com/

https://www.facebook.com/KIWIdesignOfficial

https://www.instagram.com/kiwidesignins/

https://twitter.com/KIWIdesign_shop

https://www.youtube.com/channel/UCOzFWarIschBuBfNz01Oucw

TikTok - Make Your Day

 

Source: KIWI design
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Computer Accessories Artificial Intelligence